backup og meta

Cara Mudah Rancang Keluarga Dengan Tampal Patch, Ada Kelebihan & Kekurangan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/09/2023

    Cara Mudah Rancang Keluarga Dengan Tampal Patch, Ada Kelebihan & Kekurangan!

    Kebanyakan pengguna alat perancang keluarga akan memilih kaedah yang selesa, mampu dibeli dan berkesan dalam mencegah kehamilan serta penyakit kelamin.

    Penggunaan kontraseptif di negara ini telah dibincangkan dengan meluas dan tersedia untuk pasangan yang sudah berkahwin.

    Patch kontraseptif atau perancang jenis tampal adalah sejenis alat kontrasepsi yang mengandungi hormon estrogen dan progestin.

    Kontraseptif ini adalah tampalan kecil yang melepaskan hormon ke dalam badan melalui kulit anda untuk merancang kehamilan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Apa itu alat perancang keluarga jenis tampal?

    Alatan perancang keluarga ini berfungsi sama seperti pil kawalan kelahiran gabungan dan yang lain.

    Patch kontraseptif akan mencegah kehamilan dengan cara melepaskan hormon ke aliran darah anda yang menghalang ovari daripada membebaskan telur wanita dan melakukan proses ovulasi.

    Walau bagaimanapun, anda memerlukan preskripsi daripada doktor dan golongan perubatan perofesional sebelum menggunakan alat perancang keluarga ini.

    alat perancang keluarga

    Namun, anda harus beringat bahawa tampalan ini tidak melindungi diri daripada jangkitan seksual.

    Adakah kaedah perancang keluarga ini berkesan?

    Sekiranya anda menggunakannya dengan betul, perancang patch ini boleh berkesan sehingga 99%.

    Tetapi manusia tidak sempurna, dan cenderung untuk membuat kesilapan jadi pada hakikatnya, patch kontraseptif ini menjadi 91% berkesan.

    Jika anda mampu menjaga masa penggunaan patch ini sebaiknya dan tepat pada waktunya, maka fungsinya menjadi semakin baik.

    Namun begitu, masih ada kemungkinan kecil untuk anda hamil, walaupun anda mungkin telah menggunakannya dengan betul.

    Sekiranya anda struggle dengan cara penggunaan alat perancang keluarga ini, anda mungkin mahu menggunakan kaedah lain yang tidak perlu diubah setiap minggu, seperti IUD, implan atau suntikan kawalan kelahiran.

    Kelebihan dan kekurangan patch kontraseptif

    Jika anda berhasrat memakai perancang patch, ini kelebihan dan kekurangan penggunaannya. Ambil tahu dulu sebelum pakai.

    alat perancang keluarga

    Kelebihan:

    • Sangat mudah digunakan dan tidak mengganggu hubungan seks
    • Tidak seperti pil kontraseptif oral, anda tidak perlu mengambilnya setiap hari , hanya perlu beringat untuk menukarnya seminggu sekali
    • Hormon daripada patch tidak diserap oleh perut
    • Menjadikan haid anda lebih teratur dan tidak menyakitkan
    • Membantu dengan gejala pramenstruasi
    • Mengurangkan risiko terkena barah ovari, rahim dan usus
    • Mengurangkan risiko fibroid dan sista ovari

    Kekurangan:

  • Boleh menyebabkan kegatalan pada kulit
  • Tidak melindungi anda daripada STI, anda mungkin masih perlu menggunakan kondom
  • Sesetengah wanita mendapat kesan sampingan sementara ketika awal penggunaan, seperti sakit kepala, mual dan perubahan mood
  • Penggunaan sebilangan ubat boleh menjadikan patch tersebut kurang berkesan
  • Sebahagian kaedah perancang keluarga lain lebih mudah dan tidak memerlukan anda untuk menukar secara berskala, seperti alat implan atau intrauterin (IUD)
  • Risiko menggunakan alat perancang keluarga ini

    Terdapat risiko yang sangat kecil untuk beberapa kesan sampingan yang serius ketika anda menggunakan kontraseptif hormon, seperti perancang patch ini.

    Antara risiko dalam penggunaan patch kontraseptif ialah berlakunya masalah darah beku.

    Sebilangan kecil individu yang menggunakan kaedah ini mungkin mengalami pembekuan darah di bahagian vena atau arteri.

    Jangan gunakan patch kontraseptif ini jika anda pernah mempunyai masalah darah beku sebelumnya.

    Risiko anda akan menjadi lebih tinggi sekiranya:

    • Ini adalah tahun pertama anda menggunakan kaedah ini
    • Anda seorang perokok
    • Anda mempunyai berat badan berlebihan
    • Anda mengalami vena varikos yang teruk
    • Anda seorang penghidap penyakit diabetes
    • Anda seorang yang menghidapi migrain
    • Sejarah ahli keluarga terdekat mempunyai serangan jantung, strok atau darah beku sebelum mereka berusia 45 tahun
    • Anda mempunyai kanser

    alat perancang keluarga

    Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang menggunakan patch kontraseptif mempunyai risiko kecil untuk didiagnosis dengan kanser payudara berbanding dengan mereka yang tidak.

    Akan tetapi risiko ini akan berkurang mengikut masa setelah penggunaan kontraseptif ini dihentikan.

    Selain itu, terdapat juga kajian menunjukkan peningkatan kecil risiko kanser serviks dengan penggunaan kontrasepsi hormon estrogen dan progestogen jangka panjang.

    Rumusan

    Dapat dirumuskan bahawa alat perancang keluarga menggunakan patch kontraseptif ini mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi.

    Namun, kaedah ini hanya akan berkesan jika anda mengamalkannya dengan cara yang betul dan mematuhi waktu pemakaiannya.

    Apa yang penting, bagi pasangan yang ingin melakukan family planning, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor ataupun golongan profesional terlebih dahulu supaya tidak tersalah memilih kaedah perancangan keluarga.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan