backup og meta

Siapa Kata Seks Hanya Untuk Fun, Ini 7 Manfaat Seks Dari Sudut Kesihatan!

Siapa Kata Seks Hanya Untuk Fun, Ini 7 Manfaat Seks Dari Sudut Kesihatan!

Selalunya apabila menyebut pasal hubungan seks, pasti hanya terfikir tentang keseronokan semata-mata. Hakikatnya, ada kebaikan seks daripada sudut kesihatan yang mungkin tidak anda ketahui.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Kebaikan Seks Terhadap Kesihatan

Bagi pasangan suami isteri, hubungan seks merupakan aspek yang penting dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga. Tidak kurang kes perceraian yang berlaku akibat masalah di dalam bilik.

Selain mengukuhkan keintiman sesama pasangan, seks juga mempunyai kelebihan dari sudut kesihatan. Berikut kebaikan seks terhadap kesihatan yang anda perlu tahu.

1. Merendahkan tekanan darah, salah satu kebaikan seks

Kajian menunjukkan bahawa hubungan seksual secara khusus (bukan masturbasi) boleh merendahkan tekanan darah sistolik (nombor pertama dalam bacaan tekanan darah anda).

2. Meningkatkan kawalan air kencing bagi wanita

kebaikan seks

Lantai pelvis yang kuat sangat penting bagi wanita untuk mengelakkan masalah kencing tidak lawas yang menjejaskan sekitar 30 peratus wanita.

Seks yang bagus ialah seperti senaman bagi otot lantai pelvis. Apabila berlaku orgasma, otot pelvis akan mengecut dan akan menguatkannya.

3. Mengurangkan risiko serangan jantung, kebaikan seks untuk kesihatan

Di samping meningkatkan kadar degupan jantung, ia mampu mengekalkan keseimbangan kadar estrogen dan testosteron dalam darah.

Sebarang ketidakseimbangan yang berlaku boleh meningkatkan risiko penyakit seperti osteoporosis dan penyakit jantung.

Menurut kajian, mereka yang melakukan hubungan seksual dua kali seminggu mempunyai 50 peratus risiko serangan jantung lebih rendah berbanding orang lain.

4. Mengurangkan risiko kanser prostat antara kebaikan seks

Lelaki yang kerap mengalami ejakulasi lebih kurang mendapat kanser prostat, menurut sebuah kajian dalam Journal of American Medical Association.

kebaikan seks

5. Meningkatkan kualiti tidur

Anda mungkin berasa penat dan tidur lena selepas menjalani hubungan seks. Ini disebabkan oleh hormon prolaktin yang dilepaskan selepas orgasma yang memberikan rasa tenang dan mengantuk.

6. Membantu mengawal stres

Hubungan yang intim bersama pasangan boleh membantu mengawal stres dan kebimbangan. Sentuhan dan pelukan merangsang badan untuk melepaskan hormon yang memberikan rasa gembira.

Rangsangan seksual pula merembeskan bahan kimia dalam otak yang mengaktifkan sistem ganjaran dan keseronokan.

Seks juga meningkatkan keyakinan diri serta kebahagiaan.

Baca juga:

Kebaikan Seks #7. Menguatkan sistem imun

Mereka yang menjalani hubungan seksual mempunyai lebih banyak faktor yang melindungi diri daripada jangkitan kuman.

Kajian yang dijalankan di Universiti Wilkes, Pennsylvania mendapati bahawa mereka yang melakukan seks sekali atau dua kali seminggu mengandungi kadar antibodi lebih tinggi berbanding orang lain.

Namun ia tidak cukup dengan seks semata-mata. Anda tetap perlu mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang betul untuk kekal sihat.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Benefits of a Healthy Sex Life. https://www.ohsu.edu/womens-health/benefits-healthy-sex-life. Accessed on Sept 17, 2021
  2. Health Benefit of Good Sex Life. https://familydoctor.org/health-benefits-good-sex-life/. Accessed on Sept 17, 2021
  3. Weekly Sex Can Prolong Life. https://www.aarp.org/health/healthy-living/info-2017/health-benefits-regular-sex-fd.html. Accessed on Sept 17, 2021
  4. Hui Liu, Linda Waite, Shannon Shen, and Donna Wang (2016). Is Sex Good for Your Health? A National Study on Partnered Sexuality and Cardiovascular Risk Among Older Men and Women. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5052677/. Accessed on Sept 17, 2021
  5. Benefits of Having and Talking about Sex. https://mydoctor.kaiserpermanente.org/ncal/structured-content/Health_Topic_Benefits_of_Having_and_Talking_about_Sex_-_ObGyn.xml. Accessed on Sept 17, 2021

Versi Terbaru

29/11/2022

Ditulis oleh [email protected]

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 29/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan