backup og meta

Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

Benarkah Jangkitan Klamidia Boleh Jadi Punca Kepada MATI PUCUK? Ini Jawapannya

Mati pucuk atau disfungsi erektil boleh terjadi jika seseorang individu itu menghidapi penyakit klamidia? Untuk mengetahui jawapannya, ikuti perkongsian artikel ini.

Penyakit klamidia punca disfungsi erektil

Sesetengah individu dengan jangkitan klamidia mengalami kesukaran mendapatkan atau mengekalkan ereksi, yang biasanya disebut disfungsi erektil.

Kesukaran ini berlaku apabila klamidia menjangkiti kelenjar prostat, yang membawa kepada prostatitis.

Umumnya, penyakit klamidia (chlamydia) adalah penyakit jangkitan kelamin (STD) yang boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang. 

Kebanyakan individu dengan klamidia tidak mengalami sebarang gejala dan tidak menyedari bahawa mereka mempunyai jangkitan tersebut.

Sekiranya tidak dirawat, klamidia boleh menyebabkan:

  • Prostatitis kronik pada lelaki, menyebabkan kesakitan dan disfungsi erektil (ED)
  • Peningkatan risiko mendapat HIV
  • Kemandulan kekal pada wanita dan keadaan menyakitkan yang disebut penyakit radang pelvis

Adakah penyakit klamidia menyebabkan ED?

Klamidia dapat menjangkiti prostat, menyebabkan komplikasi yang disebut prostatitis, boleh menyebabkan ED.

Sekiranya klamidia memasuki saluran kemaluan, ia boleh merebak ke organ berdekatan. 

Bagi individu lelaki, bakteria klamidia dapat menjangkiti uretra – tiub yang membawa sperma keluar dari badan. Lama-kelamaan, bakteria boleh melalui uretra ke kelenjar prostat.

Sekiranya prostat dijangkiti dan meradang, ia mungkin menyekat aliran darah ke zakar, yang boleh menyukarkan atau menyekat ereksi.

disfungsi erektil

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat melaporkan bahawa jangkitan klamidia dapat merebak kepada pasangan seksual, walaupun lelaki tidak mengalami ejakulasi semasa bersetubuh.

Mengenal pasti simptom jangkitan

Penyakit klamidia selalunya tidak mempunyai gejala. 

Bagi sesetengah individu, simptom atau gejala mungkin muncul beberapa minggu selepas jangkitan awal. 

Pada masa itu seseorang mungkin telah menyebarkan klamidia kepada individu lain.

Apabila klamidia menyebabkan gejala, ia boleh merangkumi:

Jangkitan ini secara tidak langsung boleh menyebabkan disfungsi erektil. 

Pun begitu, ia tidak bermaksud bahawa seseorang dengan ED semestinya menghidap klamidia atau STD lain.

Seandainya seseorang individu itu menghadapi masalah mendapatkan atau mengekalkan ereksi, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat mengenai rawatan bersesuaian.

Mencegah penyakit klamidia

Individu yang aktif secara seksual berisiko terkena klamidia. CDC menganggarkan bahawa 2.6 juta kes jangkitan berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.

Mengamalkan seks yang selamat dapat mencegah klamidia dan komplikasinya. 

Seseorang individu boleh mencegah jangkitan ini dengan:

  • Menggunakan kondom atau empangan gigi (dental dam) dengan betul setiap kali melakukan hubungan seks
  • Melakukan hubungan intim dengan individu yang telah diuji dan dirawat untuk sebarang jangkitan STD
  • Mengelakkan diri dari seks faraj, oral dan dubur

Merawat klamidia dan disfungsi erektil

Ujian klamidia mungkin melibatkan sampel air kencing atau swab dalam bahagian uretra. Jika memang disahkan ada jangkitan, individu tersebut disarankan memulakan rawatan segera.

Memaklumkan kepada pasangan seksual mengenai diagnosis ujian akan membolehkan mereka menjalani pemeriksaan dan memulakan rawatan, jika perlu.

Doktor akan menetapkan antibiotik untuk merawat penyakit klamidia. Jadi, sangat penting untuk setiap penghidap penyakit ini mengambil semua antibiotik seperti yang ditetapkan. 

Kegagalan untuk menghabiskan preskripsi ubatan boleh menyebabkan beberapa bakteria membiak sekali gus menimbulkan jangkitan lain.

Antibiotik yang lengkap boleh menyembuhkan jangkitan penyebab prostatitis, yang dapat melegakan simptom disfungsi erektil.

Seseorang individu boleh dijangkiti klamidia berulang kali. Pengambilan ubat boleh menyingkirkan bakteria tetapi tidak menjadikan seseorang itu kebal daripada jangkitan.

Individu yang didiagnosis dengan klamidia harus mengelakkan semua jenis hubungan seksual setelah mengambil antibiotik dos tunggal atau semasa mengikuti rawatan sepanjang tempoh 7 hari.

Punca lain penyebab ED

Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada masalah disfungsi erektil seperti fizikal, psikologi, dan emosi. 

jangkitan klamidia

Beberapa masalah kesihatan juga boleh menyebabkan ED termasuklah:

  • Penyakit jantung
  • Diabetes jenis 2
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah buah pinggang
  • Gangguan kegelisahan
  • Gangguan kemurungan

Di samping itu, tekanan yang berlebihan termasuklah pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan disfungsi erektil.

Kegelisahan dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan STD juga boleh menyebabkan ED.

Lakukan pemeriksaan doktor

Seorang individu yang mempunyai gejala berikut harus melakukan pemeriksaan dan mendapatkan nasihat perubatan jika:

  • Mempunyai masalah untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi
  • Sensasi terbakar semasa membuang air kecil
  • Mengalami rasa sakit semasa hubungan seks
  • Keluar cairan daripada zakar
  • Ruam pada alat kelamin

Hanya profesional dan pakar kesihatan sahaja yang dapat mendiagnosis dan merawat penyakit kelamin STD dengan betul. 

Bagi individu yang aktif secara seksual, ujian penyakit klamidia secara berkala adalah bahagian penting untuk kekal sihat.

Jangkitan klamidia yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi, tetapi keadaan tersebut boleh dirawat. 

Pemeriksaan perubatan dan ujian STD yang dilakukan secara berkala dapat membantu mencegah dan merawat disfungsi erektil serta masalah lain akibat penyakit klamidia.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Sept 1, 2020 from

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3604566/

https://opa.hhs.gov/reproductive-health?reproductive-health/fact-sheets/sexually-transmitted-diseases/chlamydia/index.html

https://www.cdc.gov/std/chlamydia/stdfact-chlamydia.htm

https://www.cdc.gov/std/chlamydia/stdfact-chlamydia-detailed.htm

https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/prostate-problems/prostatitis-inflammation-prostate

https://www.cdc.gov/std/prevention/screeningreccs.htm

https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/erectile-dysfunction/symptoms-causes 

Versi Terbaru

26/05/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Viagra Bukan Penting Untuk Rawat Masalah Lelaki Sahaja, Ada Fungsi Lain!

Siapa Sangka Senaman Biasa Untuk Wanita Ini Juga Boleh Rawat Masalah Lelaki!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan