Apakah simptomnya?
Selain perubahan mendadak dalam emosi, anda mungkin mengalami:
- Kebimbangan dan kesengsaraan
- Kekeliruan dan mudah terlupa
- Mudah hilang fokus
- Pengambilan alkohol berlebihan
- Berhalusinasi
- Tertekan
- Sering membuat keputusan terburu-buru
- Melulu, cuai
- Bercakap laju
- Kesukaran memahami dan menyampaikan maklumat
- Perubahan selera dan berat badan
- Kelesuan
- Haid tidak teratur
- Loya
- Gangguan tidur
Faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan
Keadaan mental seperti gangguan bipolar, gangguan cyclothymic, gangguan kemurungan utama, dysthymia, dan gangguan emosi, gangguan ketidaksuburan juga boleh menyebabkan perubahan emosi ini. Skizofrenia dan Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) juga boleh mengakibatkan berlakunya perubahan dalam emosi.
Ketidakstabilan hormon boleh mengganggu kimia otak yang akhirnya merubah emosi individu. Remaja, wanita hamil, dan wanita yang berdepan dengan menopaus sering mengalami ketidakstabilan hormon, sekali gus mendedahkan mereka kepada perubahan emosi ini.
Penggunaan dadah dan alkohol boleh memberikan kesan negatif kepada emosi. Penyalahgunaan bahan ini boleh menyebabkan ketagihan dan mengganggu keadaan mental individu.
Keadaan kesihatan lain seperti yang menjejaskan fungsi paru-paru, sistem kardiovaskular, tiroid, dan sistem saraf pusat juga boleh mengakibatkan perubahan pada emosi.
Apa yang boleh menjadi pencetus?
Selain dari faktor yang disebutkan di atas, emosi boleh berubah disebabkan beberapa perkara lain, termasuklah tekanan, perubahan kehidupan, diet pemakanan, corak tidur, dan juga ubatan yang diambil. Ia adalah amat berguna untuk mencatatkan apa yang berlaku apabila anda berdepan dengan emosi yang berubah sebagai bantuan untuk doktor mengesan punca utamanya.