backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Bosan Asyik Posisi SAMA Saja? Apa Kata Cuba 7 Posisi Senggama Ini Pula, SYOK!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/05/2024

Bosan Asyik Posisi SAMA Saja? Apa Kata Cuba 7 Posisi Senggama Ini Pula, SYOK!

Posisi seks suami isteri sebenarnya adalah sesuatu yang perlu diraikan dan dibincangkan secara terbuka. Jika kita singkirkan perasaan malu atau takut untuk mengutarakan pendapat mengenai perkara ini, ia sebenarnya adalah satu ilmu yang sangat luas.  

Menurut sebuah kitab panduan kuno dari India iaitu Kama Sutra yang bermaksud keinginan, hasrat, cinta atau nafsu, hubungan intim adalah sesuatu perkara indah dan perlu dilakukan dengan sempurna oleh pasangan suami dan isteri.

Kama Sutra, adalah sebuah teks india silam yang boleh dijadikan sebagai piawaian bagi karya mengenai cinta dan hubungan intim. Karya yang dianggap sebagai kesusasteraan Sanskrit ini membicarakan mengenai kelakuan intim manusia.

Di dalamnya, penuh dan padat dengan posisi yang boleh dilakukan dan dicuba.

Apakah cara buat suami tergila gilakan isteri? Apa tanda suami mahu bersama? Apa petua tahan lama tradisional?

Untuk mengetahui mengenai posisi bercinta yang boleh anda dan pasangan anda cuba, ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

5 jenis posisi seks suami isteri

posisi seks suami isteri
Kemesraan suami isteri.

Apakah cara buat suami tergila gilakan isteri? Apa tanda suami mahu bersama? Apa petua tahan lama tradisional?

#1 Hubungan ghairah

Apakah cara buat suami tergila gilakan isteri?

Hubungan ghairah dianggap sebagai hubungan yang paling biasa dilakukan oleh pasangan suami isteri. Ia juga selalunya dilakukan oleh pasangan yang baru berkahwin atau pasangan yang sudah lama tidak melakukan hubungan.

Namun, ia merupakan jenis hubungan yang sangat bergantung kepada perasaan cinta individu terhadap pasangannya.

Jenis ini dilakukan oleh suami isteri dengan sangat intim dan mereka akan berlumba-lumba sesama sendiri untuk memuaskan nafsu masing-masing.

Posisi seks suami isteri #2 Humor

Sesuai dengan namanya, jenis ini adalah hubungan yang dilakukan dengan menyertakan unsur lucu atau jenaka. Ia pasti akan mendatangkan senyum, gelak dan ketawa yang berpanjangan semasa melakukan persetubuhan.

Kebanyakan suami isteri yang melakukan jenis ini sudah pasti merupakan pasangan yang sudah lama mengenali hati budi masing-masing dan mungkin bermula sebagai sahabat satu ketika dahulu.

Tujuan jenis ini dilakukan adalah untuk mengelakkan rasa risau, cemas dan takut ketika melakukan persetubuhan.

#3 Hubungan spiritual

Hubungan intim seringkali dikaitkan dengan nafsu syahwat semata-mata. Namun begitu, terdapat juga jenis berjimak yang lebih mementingkan aspek spiritual manusia.

Untuk melakukan hubungan jenis ini, ia memerlukan rasa cinta dan kepercayaan yang sangat kuat daripada pasangan masing-masing. Ia akan dilakukan dengan pasangan saling menghormati kemahuan dan keperluan batin masing-masing.

Jenis ini adalah lebih tenang dan nyaman kerana ia dilakukan dengan tidak meletakkan harapan dan bebanan yang terlalu berlebihan.

#4 Hubungan kilat

Kadangkala, faktor masa dan kerjaya akan menjejaskan kehidupan intim individu dengan pasangan yang sudah pasti akan mengehadkan masa untuk “bersama’’ melakukan persetubuhan. Oleh itu, apakah yang boleh dilakukan?

Pasangan suami isteri mungkin boleh cuba melakukan hubungan kilat. Sesuai dengan namanya, ia dilakukan dengan sepantas kilat.

Jenis ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan mana-mana tempat sahaja asalkan ia cepat. Misalnya, hubungan oral di rumah sebelum ke pejabat tidak akan mengambil masa yang lama, bukan?

Posisi seks suami isteri #5 Fantasi

Apakah cara buat suami tergila gilakan isteri?

Buat pasangan suami isteri yang mempunyai daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi, jenis fantasi amat sesuai untuk dilakukan bersama. Ini kerana jenis fantasi memerlukan individu yang kuat bahagian otak kanannya.

Sebenarnya, berjimak dengan menambah unsur fantasi adalah sangat menarik dan kadangkala perlu dilakukan untuk mengelakkan kebosanan.

Caranya, hanya nyatakan sahaja kepada pasangan tentang fantasi yang sudah sekian lama diangankan dan pujuk pasangan untuk mencubanya bersama-sama.

2 posisi seks suami isteri pilihan untuk dicuba

Pernahkah anda dan pasangan kadangkala berasa bosan dengan hubungan yang selama ini dilakukan bersama pasangan dan mahukan variasi?

Caranya, mudah sahaja. Pasangan suami isteri sebenarnya boleh cuba menggunakan posisi yang pelbagai ketika melakukan jimak.

Terdapat banyak posisi yang anda dan pasangan boleh guna yang kadangkala anda sendiri tidak pernah tahu kewujudannya. Oleh itu, berbincanglah bersama pasangan anda akan posisi yang anda ingin cuba dan lakukannya seusai masing-masing bersetuju.

Selain posisi seks suami isteri yang sangat biasa dan membosankan seperti:

terdapat banyak lagi posisi yang sebenarnya boleh digunakan oleh suami isteri.

Berikut adalah posisi yang anda dan pasangan boleh cuba untuk menghilangkan kebosanan serta menggalakkan variasi ketika melakukan hubungan:

#1. Isteri di atas

Sudah lumrah lelaki, mereka sangat gemar melihat pasangan wanita melakukan “pekerjaan” untuk mereka.

Posisi ini sangat menarik untuk dilakukan kerana ia bukan sahaja membolehkan isteri mengawal rentak dan ritma tusukan zakar, malahan suami juga sangat bebas untuk menyentuh, memegang dan merangsang pasangan yang sedang berada di atasnya.

Semakin isteri terangsang, sudah pasti akan buat suami lebih geram, bukan?

#2. Bunga teratai

Posisi seks suami isteri ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan posisi wanita di atas. Bezanya, ia memerlukan suami untuk duduk tegak berbanding baring menelentang. Jadi, ia akan memberi ruang untuk isteri duduk di atas suami sambil berpelukan.

Fakta

Posisi hubungan intim ini boleh dilakukan di atas katil atau di mana-mana tempat yang boleh suami bersandar padanya.

Sambil berpelukan, suami isteri juga boleh berkucupan sekali gus menghangatkan lagi hubungan intim.

posisi seks suami isteri
Cara hangatkan semula hubungan suami isteri.

Posisi seks suami isteri adalah kunci kepada perhubungan yang bahagia

Konklusinya, hubungan intim adalah satu perkara yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk menghangatkan dan memarakkan lagi api hubungan mereka.

Pelbagai posisi hubungan intim boleh dipelajari, dicuba dan dibuat oleh anda bersama pasangan bagi mendapatkan kepuasan yang maksimum.

Ini sekali gus akan menjamin kesihatan dan kehidupan intim anda dan pasangan yang lebih bahagia.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan