Influenza: Apa yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Influenza adalah sejenis jangkitan saluran pernafasan. Juga dikenali sebagai flu, ia disebabkan oleh virus, yang dinamakan virus influenza. Di negara bermusim, penyakit ini biasanya berlaku pada musim sejuk iaitu antara November hingga Mac di Hemisfera Utara, dan antara April hingga September di Hemisfera Selatan.

Namun, di negara tropikal seperti Malaysia, ia boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun. Pernah dengar selesema burung? Itu juga adalah sejenis influenza.

Apakah tanda dan simptom flu?

Biasanya simptom flu berlaku secara tiba-tiba. Pesakit akan mengalami:

  • Demam tinggi (37.8°C-40°C).
  • Seram sejuk dan menggigil.
  • Sakit kepala.
  • Hidung berair dan batuk.
  • Sakit badan dan sendi.
  • Penat dan tidak bermaya.

Kebiasaannya, simptom akan berlaku selama seminggu. Namun, kadangkala rasa letih dan tidak bermaya boleh kekal lebih lama. Warga emas dan kanak-kanak mungkin mengalami simptom yang lebih teruk.

Influenza disebabkan oleh virus, bukan bakteria

Perkara yang penting masyarakat perlu tahu adalah penyakit ini bukan disebabkan oleh bakteria, tetapi virus. Ini adalah penting kerana penyakit yang disebabkan oleh virus tidak boleh dirawat dengan antibiotik. Jangan tertukar dengan haemophilus influenzae B (Hib) yang merupakan sejenis bakteria.

Virus influenza terdiri daripada beberapa jenis; A, B, C dan D. Virus A mempunyai beberapa subjenis bergantung kepada 2 jenis protein yang terdapat di permukaannya. Protein tersebut adalah haemagluttinin (HA) dan neuraminidase (NA). Daripada 2 protein ini, nama subjenis virus berbeza diambil.

Contohnya, H1N1 dan H3N1 (dua jenis yang paling kerap menjangkiti manusia). Terdapat sehingga H18 dan N11.

Apakah rawatan yang ada?

Biasanya, rawatan sokongan untuk mengurangkan simptom sudah memadai kerana kebanyakan jangkitan tidak menyebabkan kesan yang serius, meskipun berpotensi menyebabkan komplikasi seperti pneumonia dan maut.

Apa yang boleh dilakukan adalah:

  • Rehat di rumah dan elakkan bersentuh dengan orang lain agar jangkitan tidak tersebar. Sentiasa basuh tangan dengan sabun.
  • Gunakan selimut untuk mengelakkan badan kehilangan haba.
  • Makan makanan yang sihat dan banyakkan minum air.
  • Jangan merokok dan mengambil minuman beralkohol.
  • Ubat demam dan tahan sakit seperti panadol, aspirin dan ibuprofen boleh membantu. Elakkan aspirin bagi kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun kerana risiko komplikasi sindrom Reye.
  • Kadangkala, ubat anti-virus atas preskripsi doktor membantu mempercepat proses pemulihan.

Bagi yang tinggal berseorangan, sebaiknya dapatkan ahli keluarga atau kenalan untuk melihat keadaan anda. Jika demam dan simptom lebih 3 hari, sila berjumpa doktor dengan segera kerana ada risiko mengalami demam denggi.

Sebagai langkah pencegahan, anda boleh dapatkan vaksin influenza di klinik atau hospital. Vaksin ini perlu diambil setiap tahun untuk mendapatkan perlindungan yang lebih berkesan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Tidak ramai yang sedar akan kepentingan vaksin bagi virus influenza semasa musim wabak. Artikel ini melampirkan 8 soalan lazim berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 23/04/2020 . 5 minit bacaan

    Patutkah Keluarga Anda Mengambil Vaksin Influenza?

    Artikel ini akan membicarakan berkenaan dengan keperluan anda sekeluarga untuk mengambil vaksin influenza. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 21/01/2020 . 4 minit bacaan

    SERIUS Ke Bawang Merah Boleh Serap Kuman, Virus Selsema & Bakteria Lain? Ini Penjelasannya…

    Memandangkan sekarang tengah musim jangkitan influenza, tular kisah bawang merah boleh membantu menyerap kuman tersebut. Ini manfaat kesihatan bawang.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Fakta Menarik, Gaya Hidup Sihat 21/01/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahaya virus influenza

    Flu Memang Berbahaya Terhadap Kesihatan, Terutamanya Buat Wanita Yang Sedang Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin flu

    Ada Diabetes? Ambil Suntikan Flu Bagi Elak Risiko MAUT, Penting Terutama Ketika COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu flu

    Influenza Bukan Penyakit Biasa, Jom Ikrar Cegah Flu Menerusi Norma Baharu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
    flu adalah

    Anak Dr Say Jatuh Sakit Akibat Influenza, Seru Ibu Bapa Ambil Berat Keperluan Vaksinasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan