5 Tip Berpuasa Ketika Demam

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Demam adalah keadaan apabila suhu badan melebihi 38 darjah Celsius. Demam merupakan sebahagian daripada proses ketahanan badan yang sedang melawan jangkitan akibat virus, bakteria, atau parasit. Jadi, bagaimana ingin terus puasa ketika demam? Artikel ini akan memberikan beberapa tip menjalani puasa semasa demam.

Bagaimana menjalankan puasa ketika demam?

Walaupun kadangkala membimbangkan, demam yang tinggi tidak selalu menandakan bahawa anda mengalami suatu penyakit yang serius. Demam yang sering dijumpai dalam kes jangkitan anak-anak seringkali tidak berbahaya. Malah, demam merupakan petanda bahawa sistem ketahanan badan sedang berusaha untuk melawan jangkitan tersebut.

Sebenarnya ketika anda sakit, anda tidak dibenarkan untuk berpuasa. Orang sakit biasanya akan mendapatkan keringanan di sisi agama (anda boleh menanyakan hal ini kepada ahli agama). Namun, jika anda tetap ingin menjalankan ibadah puasa ketika demam, ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan.

Walaupun demam merupakan tanda bahawa sistem imuniti sedang bekerja melawan virus, bakteria, kulat, atau hal lain yang masuk ke dalam badan, anda perlu mengawal demam sehingga anda merasa selesa, terutamanya ketika anda ingin menjalankan puasa ketika demam. Sekarang, apa perkara yang perlu anda lakukan jika ingin berpuasa ketika demam? Baca selanjutnya.

1. Cukupkan keperluan pengambilan cecair

Pastikan anda memenuhi keperluan pengambilan cecair. Mengapa perkara ini penting? Ini adalah kerana ketika demam, badan akan mengalami kenaikan suhu sehingga banda anda akan terasa panas. Pada masa inilah cecair di dalam tubuh seperti menguap dan tubuh mudah mengalami dehidrasi.

Elakkan kekeringan dengan banyak minum air putih dari waktu berbuka puasa hingga menjelang imsak. Anda tidak dibenarkan minum air ais atau sejuk, kerana ia boleh memburukkan lagi demam. Ada baiknya anda lebih memilih minum air suam. Anda boleh menggunakan formula 2-4-2, dua gelas saat berbuka puasa, empat gelas pada malam hari, dan dua gelas semasa sahur.

2. Kompres air suam

Kompres merupakan perkara yang biasa dilakukan ketika demam. Namun, kompres tidak akan berkesan menurunkan suhu badan jika menggunakan air sejuk. Jika seseorang demam, perkara yang dianjurkan adalah kompres air suam, bukan sejuk. Hal ini untuk memindahkan suhu panas pada tubuh. Bahagian tubuh yang boleh anda gunakan kompres adalah dahi dan ketiak.

3. Elakkan menggunakan pakaian yang tebal

Seboleh mungkin elakkan memakai selimut yang tebal dan pakaian hangat kerana hal tersebut menghalang proses pelepasan haba dari dalam tubuh. Walaupun anda merasa sejuk ketika sedang demam, sebenarnya suhu badan anda sangat tinggi, dan anda harus menurunkannya agar badan menjadi lebih hangat.

Biarkan badan anda mengeluarkan haba yang berlebihan tersebut dengan mengenakan pakaian yang tipis dan menutupi badan dengan selimut atau kain yang tipis apabila diperlukan. Memakai baju panas dan selimut adalah sangat berbahaya apabila anda demam kerana boleh membuatkan suhu badan anda menjadi semakin tinggi.

4. Perhatikan makanan berbuka dan sahur

Anda boleh memasukkan buah-buahan ke dalam menu berbuka puasa atau sahur anda seperti tembikai dan oren. Buah-buahan ini kaya dengan kandungan vitamin C, yang boleh melawan jangkitan dan mengurangkan demam.

Buah-buahan ini juga akan memenuhi keperluan cecair tubuh anda. Elakkan makanan berat yang berminyak dan berlemak seperti makanan bergoreng semasa berbuka puasa. Anda juga harus mengelakkan makanan pedas untuk sementara waktu.

5. Ubat

Demam dengan suhu yang tidak terlalu tinggi dan tidak berlangsung lama biasanya tidak memerlukan ubat demam. Namun, untuk mengatasi ketidakselesaan badan, ada beberapa ubat demam yang boleh dibeli tanpa preskripsi di farmasi. Gunakan ubat ini jika demam 38 darjah Celsius atau lebih.

Anda boleh memilih parasetamol, ibuprofen, aspirin,atau antibiotik. Perhatikan label bungkusan atau anda boleh bertanya mengenai butiran ubat kepada ahli farmasi. Anda boleh mengambil ubat ketika waktu berbuka puasa atau sahur. Disyorkan untuk menemui doktor jika suhu demam semakin tinggi atau tidak bertambah baik selepas tiga hari.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Apakah Fungsi Sistem Saraf Pusat & Periferal Manusia? Fahami Strukturnya

    Sistem saraf manusia terdiri daripada organ yang menguruskan isyarat komunikasi badan. Ia terbahagi kepada sistem saraf pusat dan periferal.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Sistem Saraf & Otak 23/02/2021 . 4 minit bacaan

    Risau Bayi Kerap Menggigil? Relaks Ibu, Ini Cara Bezakan Pergerakan Normal & Abnormal Si Manja

    Bingung akan pergerakan bayi anda? Lagi-lagi kalau bayi asyik menggigil. Ah risaunya! Normalkah pergerakan itu? Artikel ini menjawab persoalan anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Kesihatan Anak, Kesihatan Anak Lain 23/02/2021 . 3 minit bacaan

    Gula Tinggi & Gula Rendah Bahayakan Nyawa! Ini 13 Tanda Tubuh Banyak Dan Kurang Gula

    Tahukah anda, paras gula darah yang terlalu tinggi dan rendah sangat berbahaya? Ini 13 tanda kurang gula dalam badan dan tanda gula tinggi dalam badan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kencing Manis 23/02/2021 . 2 minit bacaan

    Sabun Sebabkan Kulit Sensitif Jadi Makin Teruk? Ikut 3 Tip Mudah Ini Agar Tak Gatal Lagi!

    Jika anda mempunyai kulit sensitif atau gatal, apakah cara yang terbaik untuk memilih sabun mandi yang sesuai? Jom ikuti 3 tip mudah untuk memilih sabun.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Alahan Kulit 23/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jantung berdegup kuat

    Jantung Selalu Berdegup Laju? Atasinya Dengan 4 Cara Mudah Ini, Pasti Berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    jangkitan salur air kencing

    Kena Minum Banyak Air Kosong Nak Elak Jangkitan Saluran Kencing, Berkesan Ke Cara Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    kencing tak lawas dan sakit

    Rasa Tak Selesa & Sakit Jika Alami Kencing Tak Lawas, Kena Tahu 8 Puncanya Dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/02/2021 . 3 minit bacaan
    jenis bisul tanpa mata

    AWAS, Bahaya Pecahkan Bisul Tanpa Mata, Boleh Mengancam Nyawa!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/02/2021 . 2 minit bacaan