backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Panasonic

Bersin, Hidung Berair & Sakit Tekak? Jangan Terus Salahkan Cuaca!

Cuaca sejuk sering dikaitkan sebagai punca selsema yang utama. Hakikatnya, selesema selalunya berpunca daripada jangkitan virus yang boleh merebak pada bila-bila masa sepanjang tahun1.

Bersin, Hidung Berair & Sakit Tekak? Jangan Terus Salahkan Cuaca!

Selain menyebabkan hidung berair dan bersin, selesema juga boleh mengganggu aktiviti harian, terutamanya apabila simptom berlarutan atau menjangkiti ahli keluarga yang lain.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Apakah punca selsema?

Ramai yang tertanya-tanya kenapa tiba tiba selsema walaupun cuaca panas dan tidak berada dalam persekitaran yang sejuk.

Salah satu punca selsema yang paling biasa adalah jangkitan virus pada saluran pernafasan atas1.

Sebenarnya, lebih daripada 200 jenis virus boleh menyebabkan simptom seperti hidung berair, bersin, batuk dan sakit tekak2.

Satu kumpulan virus yang turut dikenali sebagai rhinovirus merupakan dalang di sebalik selesema pada waktu sejuk. Virus ini juga lebih aktif dan mudah merebak ketika berada dalam suhu rendah2.

Punca selsema pada waktu panas

Namun, virus berbeza pula yang akan menjadi aktif ketika cuaca panas.

Menurut Dr. Michael Pichichero dari Rochester General Hospital Research Institute, virus yang menjadi dalang selesema pada waktu panas ialah enterovirus2.

Virus ini boleh menjangkiti tisu di kawasan hidung dan tekak, mata serta sistem pencernaan kita2.

Virus ini boleh merebak melalui2,3:

  • Batuk
  • Bersin
  • Sentuhan dengan permukaan yang tercemar
  • Kontak rapat dengan individu yang dijangkiti

Oleh sebab itu, punca kenapa tiba tiba selsema tidak semestinya berkait dengan perubahan cuaca semata-mata, sebaliknya lebih berkait dengan pendedahan kepada virus yang berada di sekeliling kita.

Adakah selsema berjangkit?

Ya, selesema berjangkit dan boleh merebak melalui titisan pernafasan yang terhasil apabila seseorang batuk, bersin atau bercakap3.

punca selsema
Selesema boleh merebak melalui individu yang dijangkiti.

Individu yang sihat boleh dijangkiti apabila menyedut titisan tersebut atau menyentuh permukaan yang tercemar sebelum menyentuh hidung, mulut atau mata3.

Risiko jangkitan biasanya lebih tinggi dalam persekitaran tertutup yang mempunyai ramai penghuni seperti3:

Sebab itulah isu adakah selsema berjangkit merupakan persoalan penting yang perlu difahami supaya langkah pencegahan dapat dilakukan lebih awal.

Kenapa selsema sakit tekak?

Sakit tekak merupakan antara simptom yang sering berlaku apabila seseorang mengalami jangkitan virus pada saluran pernafasan atas1.

Apabila virus menjangkiti kawasan hidung dan tekak, keradangan boleh berlaku dan menyebabkan rasa tidak selesa, gatal atau sakit ketika menelan1.

Selain itu, penghasilan lendir yang berlebihan juga boleh menyebabkan1:

Inilah sebab utama kenapa selesema dan sakit tekak sering berlaku bersama simptom lain seperti hidung tersumbat dan batuk.

Selesema dan influenza: Apa bezanya?

Walaupun sering dianggap sama, selesema dan influenza sebenarnya disebabkan oleh virus yang berbeza walaupun mempunyai beberapa simptom yang hampir serupa4.

Selesema biasanya menyebabkan simptom yang lebih ringan seperti hidung berair, bersin dan sakit tekak4.

Influenza pula boleh menyebabkan demam tinggi, sakit badan, keletihan yang teruk dan boleh menjejaskan aktiviti harian untuk tempoh yang lebih lama4.

Oleh sebab simptom awal kedua-duanya hampir sama, ramai yang sukar membezakan sama ada mereka mengalami selesema biasa atau influenza.

Adakah virus influenza berbahaya?

Dalam kebanyakan kes, influenza boleh sembuh dengan rehat dan rawatan sokongan. Namun begitu, influenza boleh menyebabkan komplikasi kepada golongan yang lebih berisiko seperti5:

  • Kanak-kanak kecil
  • Warga emas
  • Wanita hamil
  • Individu yang mempunyai penyakit kronik

Antara komplikasi yang boleh berlaku termasuk5:

  • Jangkitan paru-paru
  • Pneumonia
  • Dehidrasi
  • Pemburukan penyakit sedia ada

Oleh itu, walaupun tidak semua kes serius, persoalan adakah virus influenza berbahaya perlu diberi perhatian terutamanya bagi individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Berapa lama simptom selesema akan berlangsung?

Sama seperti kebanyakan jangkitan virus lain, simptom akibat punca selsema biasanya akan beransur pulih dalam tempoh sekitar 7 hingga 10 hari1.

Antara simptom yang boleh dialami termasuk1:

punca selsema
Pelbagai simptom lain boleh dialami ketika selesema.
  • Hidung berair
  • Bersin
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Demam
  • Sakit badan
  • Pening kepala
  • Keletihan
  • Hilang selera makan

Cara mudah atasi punca selsema di rumah

Selesema ketika cuaca panas mempunyai rawatan yang sama dengan selesema yang berlaku pada musim sejuk.

Walaupun tidak semua punca selsema boleh dielakkan, terdapat beberapa langkah yang boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan:

  • Basuh tangan dengan sabun secara berkala1
  • Elakkan menyentuh muka dengan tangan yang tidak bersih1
  • Pastikan pengambilan air mencukupi1
  • Dapatkan rehat yang mencukupi1
  • Elakkan kontak rapat dengan individu yang sakit1
  • Pastikan ruang kediaman mempunyai pengudaraan yang baik bagi membantu mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih selesa6 

Selain kebersihan diri, kualiti udara dalaman juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran rumah yang lebih selesa untuk seisi keluarga.

Jadikan udara dalaman lebih selesa dengan Panasonic nanoe™ X

Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, individu yang mengalami masalah sinus atau pemilik haiwan peliharaan, kualiti udara dalam rumah merupakan aspek yang tidak boleh diabaikan.

Walaupun teknologi penyejukan penting untuk keselesaan, penyaman udara moden hari ini juga memainkan peranan dalam membantu mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih selesa.

Panasonic Air Conditioning dengan teknologi nanoe™ X hadir dengan inovasi yang direka untuk membantu meningkatkan kualiti udara dalaman.

punca selsema
Kualiti udara dalaman yang baik membantu mewujudkan persekitaran rumah yang lebih selesa.

Antara kelebihannya termasuk:

  • Teknologi nanoe™ X eksklusif Panasonic
  • Membantu menghalang bahan pencemar tertentu di udara dan pada permukaan
  • Membantu mengurangkan bau yang kurang menyenangkan
  • Sesuai untuk kediaman yang mempunyai haiwan peliharaan
  • Membantu mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih selesa untuk keluarga

Dengan pengalaman lebih 50 tahun menghasilkan produk di Malaysia berinspirasikan kualiti Jepun, Panasonic terus memperkenalkan inovasi yang menyokong gaya hidup lebih selesa untuk rakyat Malaysia.

Rumah yang selesa bermula dengan udara dalaman yang lebih berkualiti. Dengan Panasonic nanoe™ X, anda boleh menikmati kesejukan yang menyenangkan sambil mewujudkan suasana yang lebih selesa untuk seluruh keluarga.

Jadikan Panasonic nanoe™ X pilihan untuk pengalaman udara dalaman yang lebih menyenangkan dan selesa setiap hari.

Beyond the Cool. Hidup Mesti Chill.

Kesimpulan

Walaupun punca selsema selalunya berpunca daripada jangkitan virus, risiko penyebarannya boleh dikurangkan melalui amalan kebersihan yang baik dan langkah pencegahan yang konsisten1,3.

Selain menjaga kesihatan diri, memastikan kualiti udara dalaman yang lebih baik juga dapat membantu mewujudkan persekitaran rumah yang lebih selesa untuk seluruh keluarga.

Jika simptom menjadi semakin teruk atau berpanjangan, dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor1.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Mayo Clinic. (2023). Common cold – Symptoms and causes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/common-cold/symptoms-causes/syc-20351605. Diakses pada Jun 19, 2026.

NIH. (2012). Catching a Cold When It’s Warm. https://newsinhealth.nih.gov/2012/06/catching-cold-when-its-warm. Diakses pada Jun 19, 2026.

CDC. (2026). About Common Cold. https://www.cdc.gov/common-cold/about/index.html. Diakses pada Jun 19, 2026. 

CDC. (2024). Cold Versus Flu. https://www.cdc.gov/flu/about/coldflu.html. Diakses pada Jun 19, 2026. 

NHS. (2026). Flu. https://www.nhs.uk/conditions/flu/. Diakses pada Jun 19, 2026. 

World Health Organization. (2021). Roadmap to improve and ensure good indoor ventilation in the context of COVID-19. World Health Organization. https://www.who.int/publications/i/item/9789240021280. Diakses pada Jun 19, 2026.

Versi Terbaru

01/07/2026

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Hingus Banyak Buat Baby Susah Bernafas, Ibu Ikut 4 Cara Ini Hilangkan Selesema Bayi

5 Cara Hilangkan Selesema Yang Paling Mudah Dan Memang Berkesan, Jom Cuba!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan