Anda juga boleh menggunakan pelembap udara dalam rumah untuk melembapkan hidung2.
#2. Hilangkan selsema dan hidung tersumbat melalui penghidratan
Kekal hidrat merupakan langkah yang sangat penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh manusia. Namun, anda mungkin tidak sangka ia juga membantu dalam melegakan masalah hidung tersumbat.
Kandungan air yang banyak dalam badan boleh membantu mencairkan lendir dalam saluran hidung, menggalakkan kelancaran pernafasan dan melegakan kesesakan hidung3 4.
Anda boleh minum air biasa, sup atau teh hangat yang boleh melegakan sakit tekak dan memastikan saluran hidung sentiasa lembap.
#3. Kompres panas
Ini merupakan kaedah yang paling cepat dan mudah kerana boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Caranya, letakkan kompres hangat pada hidung dan dahi untuk membantu melegakan keradangan yang menyebabkan hidung tersumbat5.
Untuk membuat kompres hangat di rumah, cukup dengan merendamkan tuala kecil ke dalam air suam. Kemudian, perahkan lebihan air dan letakkan di atas dahi dan hidung anda.
Kehangatan daripada tuala ini akan membantu mengurangkan keradangan dan membuka saluran hidung5.
#4. Hilangkan selsema dan hidung tersumbat: Tinggikan kepala ketika tidur
Jika anda kerap terjaga pada waktu malam disebabkan hidung tersumbat, anda perlu mengubah ketinggian kepala anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen