Tak Semua Orang Boleh Minum Kopi, Pesakit Anemia Jadi Lebih TERUK Jika Ambil Kafein!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Minum kopi awal pagi sudah menjadi kewajipan bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Namun, ada kerisauan yang timbul dalam sesetengah pihak tentang kopi yang dikatakan salah satu penyebab anemia.

Daripada kopi segera hinggalah ke kopi mahal yang dijual di kedai-kedai, semuanya mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Seluruh dunia, pakar menganggarkan sebanyak 2.25 bilion cawan kopi diminum setiap hari.

Tapi, benarkah kopi boleh sebabkan anemia? Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, jom ikuti artikel kami di bawah!

Apa itu anemia?

Anemia ialah satu keadaan di mana individu mengalami kekurangan sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen yang cukup ke seluruh badan.

Individu yang mengalami anemia akan rasa penat dan lemah sepanjang hari.

Namun, bukan semua keadaan anemia adalah kekal. Ada juga jenis anemia yang bersifat sementara dan boleh diperbaiki dengan diet yang betul.

Walau bagaimanapun, rasa penat tidak selalunya menandakan anda menghidap anemia. Sebagai contoh, normal untuk anda rasa penat selepas menderma darah.

Namun, tidak normal untuk anda rasa penat sepanjang masa. Jika anda runsing dengan keadaan anda, berjumpalah dengan doktor untuk sesi konsultasi.

Minum kopi penyebab anemia?

minum kopi

Jangan risau ya penggemar kopi! Minum kopi tidak akan timbulkan apa-apa masalah kepada orang yang normal.

Namun, kepada orang yang kurang darah, anda dinasihatkan untuk elak daripada minum kopi ataupun teh.

Menurut jurnal PLoS ONE, wanita yang baru melahirkan anak dan juga sedang mengandung tidak digalakkan untuk minum kopi atau teh untuk kurangkan risiko anemia.

Kopi dan teh mengandungi polyphenol, sejenis antioksidan yang boleh mengganggu penyerapan zat besi dalam badan manusia.

Tambah lagi, efek ini akan jadi lebih teruk jika kopi atau teh tersebut diminum bersama-sama dengan makanan yang mengandungi zat besi.

Sebuah kajian mendapati bahawa minum kopi bersama makanan seperti roti akan mengurangkan kadar penyerapan zat besi sebanyak 60-90%.

Semakin kuat kopi tersebut, semakin kuranglah amaun zat besi yang boleh diserap oleh badan.

Menurut Cleveland Clinic, anda disarankan untuk tunggu dalam 1 hingga 3 jam selepas makan sebelum minum kopi untuk kurangkan kesan ini.

Selain itu, anda perlu tahu bahawa kafein tidak akan mengganggu penyerapan zat besi dalam badan anda. Namun, anda perlu beringat untuk tidak mengambil kafein dalam kadar yang berlebihan!

Oleh itu, jika anda berniat untuk tukar kopi anda kepada decaf coffee, ia kemungkinan besar tidak akan berhasil.

Anda mungkin juga berminat:

Polyphenols punyai kebaikan tersendiri

Walaupun polyphenols boleh sebabkan individu yang menghidap anemia mengalami masalah kekurangan darah yang lebih teruk, namun antioksidan ini sebenarnya ada banyak kebaikan yang anda mungkin tidak tahu!

Kopi merupakan minuman yang paling banyak mengandungi polyphenol. Bahan ini juga membuatkan kopi mempunyai rasanya yang tersendiri.

Pengambilan kopi secara sederhana boleh membantu sistem pencernaan. Selain itu, kopi juga telah terbukti dapat mengurangkan risiko sakit jantung, diabetes tahap 2 dan juga sesetengah jenis kanser.

Kajian juga mendapati bahawa individu yang minum sebanyak 1-5 cawan kopi boleh kurangkan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 15 peratus.

Patutkah anda kurangkan minum kopi?

penyebab anemia

Setakat ini, individu yang tidak mempunyai masalah kekurangan darah tidak perlu risau untuk minum kopi. Kafein bukanlah penyebab anemia dan ia tidak akan buatkan anda kekurangan darah secara tiba-tiba.

Namun, golongan yang berisiko seperti wanita hamil atau baru lepas bersalin,  pengamal diet vegetarian dan juga mereka yang mempunyai masalah seperti radang usus besar digalakkan untuk mengurangkan pengambilan kopi.

Walau bagaimanapun, orang yang kurang darah boleh menikmati kopi dengan syarat:

Perkara-perkara di atas boleh bantu untuk kurangkan efek kopi terhadap kadar penyerapan zat besi dalam badan anda.

Boleh jika anda ingin menikmati minuman ini sekali-sekala, tapi ikuti tip yang kami berikan di atas ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Artikel lain untuk anda

minum kopi

Warga Emas Yang Gemar Minum Kopi, Ini Berita Baik! Kopi Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 29/09/2020 . 3 minit bacaan
kopi 3 in 1

Anda Penggemar Kopi Segera? Adakah Ia Boleh Mendatangkan Keburukan Kepada Kesihatan Badan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 24/04/2020 . 3 minit bacaan
kopi-juga-boleh-dijadikan-skrub

Bukan Sekadar Dijadikan Minuman, Kopi Juga Boleh Dijadikan Skrub

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/11/2019 . 3 minit bacaan