Oleh itu, bagi anda yang mengamalkan diet vegetarian atau vegan, dapatkan diet yang seimbang dengan mendapatkan zat besi dan vitamin B12 yang diperlukan daripada sumber lain bagi mencegah anemia.
Anemia dan kekurangan zat besi
Punca paling umum anemia adalah kekurangan zat besi. Keadaan ini bermakna bahawa anda tidak mendapatkan zat besi yang mencukupi dalam diet anda. Zat besi diperlukan untuk membawa oksigen ke dalam hemoglobin sel darah merah. Sel-sel ini akan membawa oksigen ke keseluruhan tubuh anda dan memberikan anda tenaga. Kepenatan adalah simptom yang paling umum daripada anemia. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa mereka memilikinya.
Berikut kandungan zat besi yang diperlukan oleh tubuh seseorang pada setiap hari:
- Perempuan berusia 14-18 tahun: 15 miligram (mg)
- Perempuan berusia 19-50 tahun: 18 mg
- Wanita berusia 51 tahun dan ke atas: 8 mg
- Lelaki berusia 14- 18 tahun: 11 mg
- Lelaki berusia 19 tahun dan ke atas: 8 mg
Beberapa makanan yang boleh dimakan oleh vegetarian bagi meningkatkan zat besi dalam diet mereka adalah:
- Sayuran berdaun hijau
- Bijirin
- Biji-bijian
- Beras atau pasta
- Biji labu
- Jus prune
- Buah kering, terutama kismis
Adalah dicadangkan untuk menggbungkan pengambilan zat besi dengan makanan yang tinggi vitamin C kerana ia vitamin C membantu penggunaan zat besidalam tubuh anda. Sebagai contoh, anda boleh memakan salad bayam dengan oren atau segelas jus oren dengan bijirin pada setiap pagi.
Multivitamin juga mengandungi zat besi, terutama yang dilabelkan untuk wanita di bawah umur 50 tahun. Bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa suplemen.