9 sumber makanan semasa hamil untuk tingkatkan pengambilan zat besi
Cara paling mudah untuk mencegah anemia semasa hamil adalah melalui diet pemakanan harian anda. Antara makanan yang disarankan untuk diambil adalah seperti3, 4, 5:
#1. Daging merah, makanan tambah darah terbaik
Seperti yang kita tahu, zat besi daripada sumber daging merah seperti lembu dan kambing adalah sangat mudah diserap ke dalam tubuh badan kita berbanding sumber makanan yang lain. Pastinya ia cara atasi anemia semasa mengandung yang paling mudah.
#2. Hati ayam, bantu tambah kepekatan darah
Menurut pakar pemakanan, makan hati ayam dapat menambah kepekatan darah dalam tubuh badan kita, sekali gus bantu mengatasi anemia semasa hamil.
Pun begitu, anda disarankan untuk tidak mengambilnya terlalu kerap kerana organ dalaman haiwan adalah tidak baik untuk kesihatan janin dalam kandungan.
#3. Kerang, makanan laut yang kaya dengan zat besi
Selain makanan darat, ada juga makanan laut yang merupakan cara atasi anemia semasa mengandung.
Makanan laut tersebut adalah kerang. Namun begitu, anda harus memastikan ia dimasak sepenuhnya terlebih dahulu kerana makan kerang secara mentah adalah tidak bagus.
#4. Pisang, buah yang kaya dengan zat besi
Buah pisang dapat membantu menambah sel darah merah dalam tubuh badan wanita hamil.
Oleh itu, anda perlu makan sekurang-kurangnya 2 biji setiap hari kerana asid folik yang terkandung di dalamnya dapat menghasilkan sel baru dan membantu perkembangan janin.
#5. Delima, buah berkhasiat dan tinggi dengan mineral semula jadi
Selain pisang, buah delima juga sebenarnya mampu mengurangkan gejala-gejala anemia. Ini sekali gus dapat membantu wanita hamil mempertahankan jumlah sel darah yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan.
#6. Bayam, sayur terbaik tambah sel darah merah
Sayur bayam merupakan sayur yang paling bagus dimakan berbanding sayur-sayuran yang lain kerana ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk mencegah anemia semasa hamil.
#7. Brokoli, kaya dengan antioksidan dan mineral
Selain sayur bayam, brokoli juga merupakan antara contoh sayur-sayuran yang mampu mencegah anemia ketika hamil.
Ini kerana brokoli mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan, sekali gus melindungi kehamilan.
#8. Kuning telur, makanan berkhasiat yang sering disisihkan
Kadangkala, kita akan rasa pelik jika ada individu yang hanya makan kuning telur sahaja.
Pun begitu, ia perlu dilakukan sebagai cara atasi anemia semasa mengandung kerana
kuning telur mengandungi nutrien yang dapat menambah dan mengekalkan sel darah merah serta haemoglobin.
#9. Kekacang, bantu wanita tambah sel darah merah sepanjang kehamilan
Selain daging, sayur dan buah, kekacang juga adalah antara jenis makanan yang mampu membantu mencegah anemia semasa hamil. Anda boleh ambil sebagai snek dan ia dapat membantu menambah sel darah merah.
Konklusi
Konklusinya, anemia kekurangan zat besi sering berlaku terhadap wanita hamil. Ini mungkin disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat.
Disebabkan itu, anda sebagai wanita hamil perlu lebih berhati-hati dalam mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Sebaiknya, tidak perlu tunggu sehingga anda hamil kerana setiap individu juga perlu menjalani kehidupan dengan lebih sihat agar sentiasa hidup dalam kesejahteraan dan kebahagiaan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen