backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Selalu Penat Dan Rasa Nak Pitam? Jom Cuba 30 Makanan TERBAIK Untuk Tambah Darah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 04/12/2023

    Selalu Penat Dan Rasa Nak Pitam? Jom Cuba 30 Makanan TERBAIK Untuk Tambah Darah!

    Rasa penat dan letih setiap hari? Sedang mencari makanan untuk tambah darah? Anda berada di tempat yang betul! Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 30 jenis makanan berbeza yang kaya dengan zat besi untuk mereka yang ingin menambah darah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Gangguan Darah, sila dapatkannya di sini.

    30 makanan untuk tambah darah terbaik!

    1. Kerang

    Kerang merupakan antara makanan yang paling popular jika anda ingin menambah darah. Semua jenis kerang-kerangan kaya dengan zat besi yang baik untuk pembentukan darah. Malah, ia juga terbukti dapat meningkatkan tahap kolesterol baik dalam badan.

    2. Sayur bayam

    Sayur bayam mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. 100 gram bayam mengandungi 2.7 mg zat besi, hampir 15% daripada keperluan harian badan.

    3. Hati dan daging organ lain

    Daging organ sebenarnya mengandungi banyak nutrisi. Malah, hampir semuanya mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Sebagai contoh, 100 gram hati lembu mengandungi 6.5 gram zat besi.

    4. Telur sebagai makanan tambah darah

    Telur merupakan makanan kegemaran orang Malaysia. Tahukah anda, sebiji telur mengandungi 1.89 miligram zat besi? Makan telur bukan sahaja boleh menambah tenaga, ia juga dapat menguatkan sistem imun badan!

    5. Tambah darah dengan biji labu

    Biji labu merupakan snek yang sangat enak dan mudah dibawa ke mana-mana. Ia juga merupakan makanan tambah darah yang baik. Tambah lagi, biji labu juga kaya dengan vitamin K, zink dan mangan.

    6. Bawang putih

    Bawang putih merupakan antara makanan tambah darah yang sangat popular. Ia bukan sahaja baik untuk sistem imun badan, malahan bawang putih juga dapat mengurangkan tekanan darah.

    7. Bawang merah

    makanan untuk tambah darah

    Bawang merah merupakan sumber terbaik flavonoid, sejenis antioksidan yang baik untuk kesihatan jantung. Ia juga dapat memastikan peredaran darah berjalan lancar serta menambah jumlah darah dalam badan.

    8. Lada benggala

    Anda sukakan makanan yang pedas dan rangup? Tambahkan lada benggala dalam makanan anda. Selain dapat meningkatkan pengaliran darah, ia juga boleh mengurangkan pembentukan plak dalam arteri.

    9. Buah delima

    Buah delima amat bermanfaat jika diambil sebagai jus. Kaya dengan antioksidan, buah delima juga adalah antara makanan tambah darah yang terbaik!

    10. Kunyit baik untuk tambah darah

    Kunyit sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk menambah darah dan melancarkan pengaliran darah. Malah, curcumin yang boleh didapati di dalam kunyit juga dapat mengurangkan stres oksidatif dan inflamasi.

    11. Halia

    Halia bukan sahaja dapat membangkitkan rasa makanan, ia juga sangat bermanfaat sebagai makanan untuk tambah darah. Malah, ia juga telah digunakan selama ribuan tahun untuk mengurangkan tekanan darah.

    12. Ubi bit

    Ubi bit mengandungi nitrat yang akan ditukarkan badan kepada nitrik oksida. Proses ini akan mengembangkan saluran darah dan meningkatkan pengaliran oksigen ke seluruh badan.

    13. Kacang walnut

    makanan zat besi

    Bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah, anda sangat digalakkan untuk mengambil kacang walnut. Makanan super ini mengandungi banyak kompaun yang bermanfaat untuk kesihatan seperti l-arginine, alpha-lipoic acid (ALA) dan vitamin E.

    14. Cendawan

    Jika anda sedang mencari makanan tambah darah, cubalah cendawan! Cendawan tiram mempunyai kandungan zat besi yang paling tinggi.

    15. Asparagus

    Asparagus merupakan sejenis sayuran yang kaya dengan zat besi, lebih-lebih lagi jika dimakan mentah. Secawan asparagus mempunyai hampir 3 miligram zat besi!

    Makanan untuk tambah darah 16# Kentang

    Bagi penggemar kentang di luar sana, inilah masanya untuk melipatgandakan pengambilan makanan kegemaran anda ini! Sebiji kentang bersaiz sederhana selalunya mempunyai 2 miligram zat besi.

    17. Kacang hitam

    Siapa sangka kacang hitam boleh menjadi makanan tambah darah. Secawan kacang hitam mengandungi hampir 4 miligram zat besi. Ia juga merupakan sumber serat yang bagus dan boleh memudahkan proses pencernaan.

    18. Kacang kuda

    Jika anda ingin menambah zat besi dalam badan, makanlah kacang kuda! Secawan kacang kuda kukus boleh memberikan 5 miligram zat besi.

    19. Kurma

    Makanan sunnah ini mengandungi 4.79 miligram zat besi setiap 100 gram. Bukan itu sahaja, kurma juga kaya dengan pelbagai jenis antioksidan.

    20. Buah aprikot kering

    100 gram aprikot mengandungi 2.7 miligram zat besi. Bagi mereka yang ingin menurunkan kadar kolesterol badan, cubalah makan buah aprikot!

    21. Edamame, makanan untuk tambah darah

    Suka makan makanan jepun? Jadi, edamame pasti tidak asing lagi untuk anda. Secawan edamame mengandungi 9 miligram zat besi, membuatkan kacang ini antara makanan untuk tambah darah yang terbaik.

    Baca juga:

    22. Ayam

    Cara yang terbaik untuk medapatkan lebih banyak zat besi dalam diet seharian adalah melalui makanan berdaging, salah satunya ialah ayam. Setiap 75 gram ayam mengandungi 0.9 miligram zat besi.

    23. Kubis

    Tambahkan sayur kubis ke dalam diet anda setiap hari. Ia bukan sahaja sedap dimakan, tetapi kaya dengan zat besi dan pelbagai lagi nutrisi lain.

    24. Kubis Brussels

    Ramai orang yang suka makan kubis Brussels bersama garam dan bawang putih. Masakkan sahaja di dalam air fryer jika anda ingin hidangan sayur yang cepat dan pantas.

    25. Ikan kembung sebagai makanan untuk tambah darah

    Ikan kembung bukan sahaja kaya dengan zat besi dan sesuai dijadikan makanan tambah darah, malah ikan ini juga mengandungi asid lemak omega-3 yang sangat tinggi.

    26. Nak tambah darah? Makanlah coklat gelap!

    makanan untuk tambah darah

    Coklat gelap merupakan sumber zat besi dan antioksidan yang sangat baik. 1 auns coklat gelap mempunyai 3.4 miligram zat besi. Namun, kadar kalorinya juga tinggi, jadi hati-hati dengan saiz hidangan yang diambil!

    27. Makan tuna dalam tin untuk tambah darah

    Ada ke penggemar tuna di sini? Satu tin tuna selalunya mempunyai 2.7 miligram zat besi. Ia juga kaya dengan vitamin B, D dan potasium!

    28. Tofu

    Tofu merupakan makanan yang rendah kalori dan sangat berkhasiat. 3 auns tofu mengandungi 1.4 miligram zat besi. Ia juga mempunyai 150 miligram kalsium dan 125 miligram potasium.

    29. Brokoli

    Brokoli merupakan sayur yang sangat baik untuk kesihatan jantung. Ia juga adalah makanan untuk tambah darah yang popular. Secawan brokoli mengandungi 1 miligram zat besi.

    Makanan untuk tambah darah #30. Quinoa

    Bijirin penuh seperti quinoa merupakan sumber zat besi yang bagus untuk kesihatan. Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang baik untuk badan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 04/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan