backup og meta

Nak Berat Badan Ideal Masa Ramadan? Buatlah Solat Tarawih, Bakar Kalori Anda Lepas Berbuka

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/06/2023

    Nak Berat Badan Ideal Masa Ramadan? Buatlah Solat Tarawih, Bakar Kalori Anda Lepas Berbuka

    Orang selalu beranggapan bahawa menahan lapar dan dahaga semasa berpuasa dapat menurunkan berat. Tetapi ia juga sebenarnya merupakan satu kelebihan solat tarawih.

    Tak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Badan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Jadikan solat Tarawih masa terbaik bersama keluarga

    Sebelum ini, ramai di antara kita yang mungkin tidak sempat untuk bersolat Tarawih secara berjemaah akibat kekangan kerja atau keletihan setelah pulang dari kerja.

    Apatah lagi ingin melaksanakan solat Tarawih di rumah bersama ahli keluarga.

    Maka, ia waktu terbaik untuk mendapatkan kelebihan solat Tarawih bersama-sama keluarga

    Antara manfaat solat Tarawih di rumah bersama keluarga yang boleh anda dapati ialah:

    #1. Berperanan sebagai ketua keluarga

    kelebihan solat tarawih

    Apabila ayah mengajak isteri dan anak-anak untuk solat Tarawih di rumah, ia secara tidak langsung mengembalikan kepercayaan ahli keluarga terhadapnya sebagai seorang ketua keluarga. 

    Selain itu, ia juga menjadikan seorang ketua keluarga itu untuk lebih bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya yang lain.

    Tanggungjawab ini termasuklah dalam membimbing ahli keluarga untuk bersama-sama mendapatkan kebaikan sewaktu bulan Ramadan, seperti melakukan solat Tarawih.

    #2. Meneruskan rutin solat Tarawih setiap tahun

    Sekiranya tidak berkesempatan untuk bersolat di masjid, anda masih boleh dihidupkan dengan cara melakukannya secara berjemaah di rumah pula.

    Ia secara tidak langsung meneruskan dan menghidupkan suasana Ramadan pada tahun ini tanpa masalah. 

    Baca juga:

    #3. Menambahkan kasih sayang

    Apabila solat Tarawih dilakukan secara berjemaah bersama keluarga, ia sebenarnya membantu mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

    Setelah selesai bersolat, ahli keluarga bersama-sama menadah tangan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan masing-masing.

    Kelebihan solat Tarawih kepada tubuh manusia

    Selepas kita berbuka puasa, kita akan menunaikan solat Maghrib dan seterusnya solat Isyak.

    Kemudiannya, kita akan bersama-sama melakukan solat Tarawih di rumah dengan ahli keluarga.

    Tahukah anda, di samping mengumpulkan pahala daripada solat Tarawih, anda juga sebenarnya memperoleh manfaat pada kesihatan tubuh anda.

    Apakah kelebihan solat Tarawih kepada tubuh manusia?

    Sebelum anda berbuka puasa, tahap gula darah dan juga insulin berada pada tahap terendah dalam tubuh anda.

    Selepas anda berbuka puasa, paras gula darah dan juga plasma insulin akan mula meningkat naik dalam tubuh.

    kelebihan solat tarawih

    Pada ketika ini juga, hati dan juga otot badan akan mula memproses dan mengedarkan glukosa yang ada dalam tubuh.

    Gula darah akan mula berada pada tahap yang tinggi dalam tempoh 1 atau 2 jam selepas berbuka.

    Pada ketika anda melakukan solat Tarawih, glukosa yang sedang beredar dalam tubuh anda akan dimetabolisme menjadi karbon dioksida dan juga air.

    Secara tidak langsung, solat Tarawih membantu membakar lebih banyak kalori dan meningkatkan fleksibiliti serta koordinasi tubuh. 

    Selain itu juga, solat Tarawih membantu mengurangkan tindak balas autonomi berkaitan tekanan bagi individu yang sihat dan mengurangkan kegelisahan serta kemurungan yang dialami.

    Solat yang dilakukan ini adalah seumpama 1 senaman setelah anda berbuka puasa.

    Ia membantu meningkatkan kecergasan fizikal tubuh badan, kesejahteraan emosi dan juga memanjangkan umur.

    Kelebihan solat Tarawih yang lain

    Selain itu, terdapat juga beberapa manfaat lain solat Tarawih yang mungkin anda perlu tahu. Antaranya ialah:

    • Membantu mengembalikan kekuatan otot bagi individu yang telah berusia. Apabila seseorang itu telah berusia, senaman fizikal mereka biasanya semakin berkurangan. Ia kemudiannya menjadikan tulang mereka menipis. Pergerakan yang berulang-ulang sewaktu melakukan solat Tarawih mampu memperbaiki fleksibiliti sendi, kekuatan otot serta kekuatan tendon.

    kelebihan solat tarawih

    • Cara solat tarawih yang perlu melakukan pergerakan secara berulang kali dan banyak kali sewaktu melakukan solat Tarawih membantu membakar kalori yang diperoleh sewaktu berbuka puasa
    • Solat fardu dan solat Tarawih selepas berbuka puasa membantu mencernakan makanan yang telah dimakan dengan lebih mudah
    • Antara manfaat solat Tarawih yang lain ialah ia mampu meningkatkan stamina, keyakinan diri serta memberikan ketenangan pada mental seseorang

    Kesimpulan

    Apabila kita melakukan solat Tarawih, kita bukan sahaja mendapat manfaat dari segi spiritual, malah juga fizikal.

    Selain memperoleh pahala berganda yang dijanjikan, solat Tarawih secara umumnya membantu tubuh untuk mengawal gula darah, membakar lebih banyak kalori serta memberikan manfaat dari segi kesejahteraan mental.

    Teruskan melakukan solat Tarawih di rumah bersama ahli keluarga anda.

    Mungkin Ramadan pada tahun ini akan memberikan manfaat serta kelebihan solat Tarawih yang berbeza kepada anda berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. 

    Inilah peluang untuk anda menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga di rumah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan