backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Pelik, Kenapa Bacaan Gula Dalam Darah Tinggi Lepas Bangun Tidur? Ada 3 Puncanya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/12/2023

    Pelik, Kenapa Bacaan Gula Dalam Darah Tinggi Lepas Bangun Tidur? Ada 3 Puncanya!

    Perasan tak, bacaan gula dalam darah akan jadi lebih tinggi daripada biasa pada waktu pagi? Bagi individu yang tidak menghidap kencing manis, peningkatan ini tidak akan membawa sebarang kesan. Namun, sebaliknya pula untuk mereka yang menghidap diabetes. Sebab itulah, bacaan gula normal waktu pagi untuk penghidap kencing manis mungkin lebih tinggi daripada biasa.

    Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan punca bacaan gula anda memuncak pada waktu pagi. Jika tidak diuruskan dengan betul, masalah ini boleh menyebabkan komplikasi kesihatan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

    Cuba periksa, adakah bacaan gula normal waktu pagi?

    bacaan gula normal waktu pagi

    Walaupun diabetes dapat dikawal dengan baik, namun pesakit kencing manis masih akan alami peningkatan kadar gula dalam darah pada waktu pagi.

    Ada 3 penyebab utama masalah ini:

    1. Fenomena fajar.
    2. Kesan Somogyi.
    3. Tahap insulin yang kian rendah.

    Walau bagaimanapun, ketiga-tiga efek di atas berlaku bukan sahaja pada waktu pagi, ia juga akan terjadi ketika pesakit bangun setelah tidur terlalu lama!

    Malah, pesakit yang bekerja pada waktu malam dan tidur pada waktu siang juga bakal mengalami efek yang sama.

    Untuk individu yang sihat, tahap gula dalam darah yang normal adalah:

  • Antara 4.0-5.4 mmol/L (72-99 mg/dl) ketika berpuasa.
  • Sehingga 7.8 mmol/L (140 mg/dl) 2 jam selepas makan.
  • Bagi mereka yang menghidap diabetes pula, bacaan gula normal waktu pagi adalah seperti berikut:

    1. Sebelum makan: 4 to 7 mmol/L untuk penghidap diabetes jenis 1 dan 2.
    2. Selepas makan: Bawah 9 mmol/L untuk penghidap diabetes jenis 1 dan 8.5 mmol/L untuk penghidap diabetes jenis 2.

    1. Bacaan gula dalam darah tinggi disebabkan fenomena fajar (dawn phenomenon)

    bacaan gula normal waktu pagi

    Badan kita perlukan tenaga untuk bekerja. Jadi, pada sekitar pukul 3-8 pagi, badan akan mula memproses glukosa yang ada dalam badan dan menukarkannya kepada tenaga.

    Dalam masa yang sama, sel beta dalam pankreas pula akan mula merembeskan insulin untuk memastikan kadar gula dalam darah kekal seimbang.

    Bagi pesakit diabetes, semua ini akan berlaku sebelum anda sempat mengambil ubat. Ini akan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat secara drastik sewaktu anda baru bangun tidur.

    Secara puratanya, hampir separuh penghidap diabetes jenis 1 atau 2 mengalami dawn phenomenon. Fenomena ini membuatkan bacaan gula normal waktu pagi atau ‘fajar’ meningkat naik.

    Baca juga:

  • Biar Kadar Gula Dalam Darah Tinggi Tanpa Rawatan? Hati-Hati, Bimbang Jadi Keracunan Diabetes!
  • Cuba Cara Ini Untuk Kawal Gula Dalam Darah Anda Dengan Diabetes!
  • 2. Keberkesanan insulin makin menurun

    Satu lagi punca tahap glukosa dalam darah tinggi pada waktu pagi adalah keberkesanan insulin yang makin menurun.

    Jika badan tidak menerima insulin yang mencukupi pada waktu malam, bacaan gula dalam darah pasti akan meningkat pada keesokan pagi.

    Punca tahap insulin berkurang berbeza dari individu ke individu.

    Walau bagaimanapun, ia selalunya berlaku apabila pam insulin merembeskan insulin asas (basal) yang terlalu rendah pada waktu malam.

    Durasi pemberian insulin turut memainkan peranan tersendiri. Jika anda menyuntik insulin terlalu awal, ia mungkin tidak dapat bertahan sehingga keesokan hari.

    3. Kesan Somogyi 

    Mendapat nama daripada Dr. Michael Somogyi, ahli kimia yang menemuinya pada tahun 1930, kesan Somogyi merupakan tindak balas badan terhadap kadar hipoglisemia pada waktu malam.

    Sebagai contoh, jika anda terlupa makan malam atau ambil terlalu banyak insulin pada waktu petang, kadar gula dalam darah mungkin akan menjunam pada waktu malam.

    Badan pula akan menghasilkan lebih banyak glukosa sebagai respons. Anda pula akan bangun pagi dengan bacaan gula dalam darah yang lebih tinggi daripada biasa.

    Bagaimana untuk pastikan bacaan gula normal waktu pagi?

    bacaan gula normal waktu pagi

    Jika bacaan gula dalam darah anda meningkat pada waktu pagi, pastikan anda berjumpa doktor untuk tentukan punca yang sebenar.

    Jika anda menghidap fenomena fajar:

    1. Tukar masa atau jenis ubat diabetes yang diambil.
    2. Makan sarapan yang lebih ringan.
    3. Tingkatkan dos ubat-ubatan diabetes pada waktu pagi.
    4. Jika anda mengambil insulin, tukar kepada pam insulin dan programkannya untuk melepaskan lebih banyak insulin pada waktu pagi.

    Untuk kesan Somogyi:

    1. Rendahkan dos ubat diabetes yang menyebabkan kadar gula darah menurun.
    2. Ambil snek sebelum tidur.
    3. Jangan bersenam pada waktu malam.
    4. Jika anda mengambil insulin, programkan pam tersebut untuk merembeskan kurang insulin pada waktu malam.

    Penting bagi penghidap diabetes untuk sedar bahawa paras gula darah mereka mungkin meningkat pada waktu pagi. Oleh sebab itu, catat bacaan untuk ketahui bacaan gula normal waktu pagi.

    Jika perkara ini kerap berlaku, pastikan anda berjumpa doktor untuk menerima rawatan yang sewajarnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 20/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan