backup og meta

Ramadan dan Hubungan Kekeluargaan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/07/2020

    Ramadan dan Hubungan Kekeluargaan

    Puasa pada bulan suci, Ramadan adalah peristiwa penting bagi umat Islam dan merupakan salah satu daripada lima rukun Islam. Selain menahan diri dari makan dan minum sepanjang hari, Ramadan juga merupakan masa untuk perkembangan rohani, hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan dan mencerminkan hubungan peribadi.

    Berikut 9 tips untuk menjaga hubungan kekeluargaan.

    1. Ketahui siapa saudara anda

    Ini adalah langkah pertama yang jelas, tetapi ramai orang mengetepikan rasa malu untuk mengaku bahawa mereka tidak tahu semua saudara mereka. Rujuk dengan ibu bapa anda dan tanyakan kepada mereka tentang adik-beradik dan saudaranya yang lain.

    2. Mencari maklumat mereka

    Sama ada nombor telefon, e-mel, Facebook dan lain-lain. Medium ini lebih mudah untuk mendekati mereka dan mulakan hubungan kekeluargaan yang telah lama terpisah.

    3. Rancang berbuka (iftar) bersama

    Ini adalah aktiviti terbaik bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan anda. Kebiasaannya hubungan terasa jauh akibat kekangan seperti tempat tinggal yang jauh. Bagaimanapun, jika terdapat saudara anda yang tinggal berdekatan, jemput atau merancang untuk iftar bersama. Ini lebih memeriahkan puasa anda!

    4. Libatkan kanak-kanak

    Jadikan rumah anda sebagai pusat kerohanian semasa bulan Ramadan kerana kanak-kanak menjadi teruja dengan rutin yang berbeza yang menjadikan bulan suci istimewa. Berikut beberapa aktiviti praktikal yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan kanak-kanak mengambil bahagian dalam semangat Ramadan:

    • Ajar mereka tentang kebaikan puasa
    • Menulis kad ucapan Ramadan untuk rakan-rakan dan saudara-mara
    • Jemput mereka untuk membantu menyediakan Iftar dengan memasak beberapa resipi mesra kanak-kanak.
    • Berikan ganjaran kepada mereka dengan tingkah laku baik mereka secara lisan.

    Semasa Ramadan tunjukkan penghargaan untuk bantuan ahli keluarga anda, terutamanya suami anda. Ingatlah bahawa ini adalah masa untuk mengejar dan merenung bersama tentang keberkatan Ramadan.

    5. Manfaatkan masa berkualiti bersama pasangan

    Semasa Ramadan, sukar untuk mencari masa bersama pasangan anda kerana mereka mungkin sedang bekerja dan apabila mereka berada di rumah, tidak lama kemudian anda dan pasangan mungkin tergesa-gesa untuk solat tarawih.

    Sepatutnya Ramadan perlu menjadi bulan paling meningkatkan kerohanian anda. Jadi, temani satu sama lain semasa berjalan atau memandu ke masjid. Kekalkan hubungan secara rohani dan kasih sayang dengan tindakan seperti menyediakan makanan pasangan anda, menciumnya sebelum pergi solat atau lakukan aktiviti bersesuaian bersama.

    Baca juga:

    • Umur Berapa Anak Boleh Mula Berpuasa?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan