Apakah komplikasi yang mungkin berlaku?
Kemurungan ialah penyakit serius yang memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal anda. Serta sikap dan perhubungan. Kemurungan jangka masa panjang tanpa rawatan boleh menyebabkan:
- Berlebihan berat badan atau obesity yang akan mengakibatkan penyakit jantung dan kencing manis;
- Sakit dan kesakitan fizikal;
- Penyalahgunaan alcohol dan dadah;
- Konflik keluarga, kesukaran dalam perhubungan dan masalah kerja dan sekolah;
- Dipulauk oleh masyarakat;
- Gelisah. Gangguan panic dan fobia dengan orang ramai (social phobia);
- Menyakiti diri sendiri seperti memotong;
- Perasaan untuk bunuh diri, cubaan bunuh diri atau bunuh diri;
- Kematian pra matang daripada masalah kesihatan yang lain.
Bagaimana kemurungan didiagnos?
Doktor akan bertanya mengenai tahap kesihatan mental anda yang terkini. Jika anda berasa lemah semangat, murung atau putus harapan. Mereka juga mungkin bertanya sejak bila perasaan itu timbul dan adakah peristiwa terkini yang terjadi dan mempengaruhi perasaan tersebut. Doktor juga boleh memerhati sikap anda untuk menegnalpasti tanda-tanda kemurungan.
Sesetengah ujian boleh dijalankan untuk memantau keadaan yang boleh menjadi penyebab kemurungan. Ujian ini dibuat untuk memeriksa:
- Keracunan karbon monoksida;
- Penyalahgunaan bahan tertentu (alcohol, steroid anabolic, cannabis, kokain, narkotik);
- Preskripsi kesan sampingan ubat;
- Hypothyrodisme;
- Tumor otak;
- Penyakit Parkinson;
- Kurang vitamin.
Apakah rawatan kemurungan?
Terdapat dua kaedah utama untuk merawat kemurungan:
Psykoterapi – juga dikenali sebagai terapi bercakap seperti terapi perilaku kognitif (CBT)
Psykoterapi selalunya digunakan untuk kes-kes kemurungan tidak serius dan bersama dengan ubat- ubatan lain untuk kemurungan tahap sederhana dan serius. Psykoterapi ini direka untuk membantu pesakit mengawal perasaan dan melakukan tugasan. Terapi perilaku kognitif membantu untuk membetulkan paten fikiran negative sementara terapi interpersonal melihat kepada kesan perhubungan.
Rawatan ubat-ubatan – antidepressi
Antidepressi ialah ubat yang dipreskrip oleh doktor, sama ada daripada rawatan penjagaan utama atau psikateri.
Uabt-ubatan biasa digunakan untuk kemurungan tahap sederhana atau serius. Walaupun begitu, ia tidak digalakkan untuk kanak-kanak, dan hanya dipreskrip dalam pantauan untuk dewasa
Beberapa jenis ubat yang boleh didapati untuk rawatan kemurungan:
- Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) – citalopram (Celexa®), escitalopram (Lexapro®), fluoxetine (Prozac®), paroxetine (Paxil®, Pexeva®), sertraline (Zoloft®).
- Monoamine oxidase inhibitors (MAOIs) – isocarboxzaid (Marplan®), phenelzine (Nardil®), selegiline, tranylcypromine (Parnate®), tranylcypromine (Phenelzine®).
- Tricyclic antidepressants – amitriptyline (Elavil®), imipramine (Tofranil®), nortriptyline (Pamelor®), protriptyline (Vivactil®), trimipramine (Surmontil®).
- Atypical Antidepressants – bupropion (Wellbutrin®), maprotiline, mirtazapine (Remeron®), nefazodone, trazodone.
- Selective serotonin and norepinephrine reuptake inhibitors (SNRI) – desvenlafaxine (Pristiq®), duloxetine (Cymbalta®) venlafaxine (Effexor®).
Doktor anda boleh mengesyorkan ubat yang sesuai dengan kemahuan personal,kejayaan atau kegagalan yang lepas, kesan sampingan yang kurang baik, sama ada terlebih dos yang boleh menjadi bebahaya dan memberi tindakbalas dengan rawatan lain
Amaran daripada US Food and Drug Administration (FDA) berkata “ubat antidepresi mungkin menigkatkan fikiran atau perlakuan untuk membunuh diri dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa pada beberapa minggu awal rawatan.” Anda perlu tahu bahawa ubat ini akan meningkatkan tenaga anda dalam masa bebrapa minggu tetapi anda tidak melihat pada peningkatan mood sehingga 4-6 minggu. Fikiran untuk membunuh diri adalah biasa semasa beberapa minggu pertama rawatan dijalankan.
Kesan sampingan yang kurang serius biasanya dialami oleh individu yang mengambil antidepressi termasuklah:
- Sakit kepala;
- Berpeluh pada waktu malam;
- Loya;
- Gelisah;
- Masalah seksual;
- Kering mulut;
- Sembelit
Bagaimana saya boleh mengatasi kemurungan ini?
Individu yang mempunyai maslaah kemurungan biasanya akan pulih lebih cepat dengan bantuan dan sokongan daripada orang lain. Anda perlu berbual dan mengajar keluarga serta rakan-rakan tentang keadaan anda sementara mengamalkan tips-tips berikut dapat pulih dengan lebih cepat:
Ikut plan rawatan anda. Anda sepatutnya tidak mencuba untuk mengelak daripada sebarang temujanji atau doa ubatan walaupun symptom sudah tiada. Anda juga akan mengalami symptom sebaliknya jika anda menggunakan ubatan secara berlebihan.
Belajar mengenai kemurungan. Galakkan keluarga anda untuk belajar tentang kemurunganuntuk embantu mereka memahami dan menyokong anda. Belajar tentang keadaan anda dapat membantu daripada trigger mengelak dan mengikut plan rawatan yang ada.
Elakkan alkohol dan dadah rekreasi.
- Ubat makanan yang sihat, jadi aktif secara fizikal dan dapatkan tidur yang mencukupi untuk memastikan kesihatan badan anda.
- Tulis jurnal. Menulis jurnal ialah sebahagian daripada rawatan anda. Ia boleh memperbaiki mood dengan membenarkan and untuk meluahkan kesakitan, kemarahan, ketakutan atau emosi lain
- Tentukan kumpulan sokongan, kaunseling dan sumber lain untuk membantu kemurungan tersebut. Program pembantu pekerja dan kumpulan keagamaan juga boleh menawarkan pertolongan untuk masalah kesihatan mental anda
- Belajar cara untuk menenangkan diri dan menguruskan tekanan. Seperti meditasi, merehatkan otot secara progresif. Yoga dan tai chi.
- Rancang hari anda. Anda dapati ia membantu untuk membuat senarai tugasan harian. Gunakan nota melekat sebagai peringatan atau gunakan buku perancangan (planner) untuk kekal tersusun. Jangan memberi tekanan diri sendiri pada beban kerja yang banyak.
- Jangan buat keputusan penting ketika anda dalam keadaan tidak bersemangat. Elakkan membuat keputusan apabila ada berasa murung kerana anda mungkin tidak dapat berfikir dengan baik.
Kemurungan ialah keadaan yang serius tetapi masih boleh dirawat. Sebarang persolan berkaitan keadaan anda perlu diajukan kepada doktor. Hubungi doktor atau pakat terapi jika anda menyedari sebarang perubahan symptom atau perasaan anda. Tanya saudara mara atau kawan-kawan untuk membantu anda melihat kepada sebarang tanda-tanda amaran.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen