Ketua Keluarga Panik Beli Barang Dapur, Ini Tip Elak Kena Bebel Dengan Isteri

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/04/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan dalam satu sidang media, hanya seorang sahaja atau ketua keluarga yang dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang dapur.

Peraturan tersebut dibuat bagi mengekang penyebaran jangkitan selain mengelakkan sebarang pembelian panik yang akan dikunjungi oleh ramai individu ke pasar raya dalam satu-satu waktu. 

Pada saat pengumuman tersebut dibuat, pasti ramai suami di luar sana yang mula risau berkenaan nasib mereka yang bersendirian di pasar raya untuk mencari barang keperluan dapur.

Sementara itu, berikut merupakan satistik terkini berkenaan kes COVID-19 di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

293,698

Disahkan

9,196

Sembuh

1,100

Kes Kematian
Peta sebaran

Pembelian panik atau panik semasa membeli?

membeli belah di pasar raya

Ramai yang menganggap, perkara yang lebih panik sebenarnya bukanlah pembelian panik itu sendiri. Tetapi menjadi panik ketika membeli disebabkan tidak tahu apa yang ingin dibeli atau dicari. 

Jika sebelum ini, tugas membeli barang dapur biasanya dilakukan oleh golongan wanita, namun pada saat Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung, kaum lelaki terpaksa memikul tanggungjawab ini seorang diri. 

Artikel berkaitan:

Apatah lagi, hanya suami sahaja bagi mencari barang keperluan dapur.

Sebagai seorang isteri, cuba anda bayangkan kepanikan yang bakal dihadapi oleh suami anda saat ingin menentukan mana satukah halia atau kunyit? Atau termenung di hadapan daun ketumbar di saat ingin mencari daun sup?

Tip bagi lelaki untuk mudah mencari barang dapur ketika di pasar raya

Untuk kaum lelaki, terutamanya bagi golongan suami yang tidak begitu mengenali barang-barang yang ingin dicari di pasar raya, gunakan tip yang kami kongsikan ini. Ia boleh membantu anda untuk mencari barang dapur dengan lebih mudah.

Jangan lupa pakai topeng muka sebelum ke pasar raya. Selain daripada pasar raya, berikut merupakan antara lokasi yang memerlukan anda memakai topeng muka:

barang dapur

#1. Buat senarai barang keperluan dapur

Anda mungkin yakin dengan ingatan anda untuk mengingati senarai barangan yang ingin dibeli, tetapi ia belum terbukti lagi ketika anda mula menjejaki pasar raya.

Anda mungkin tidak kelihatan macho jika membawa senarai barang keperluan dapur ketika mencari barangan, tetapi percayalah bahawa ia amat membantu anda.

Tidak semestinya kertas dan pen dibawa bersama, anda boleh sahaja membuat nota senarai barangan yang ingin dibeli dalam telefon bimbit anda.

#2. Buat senarai yang terperinci

Ini amat membantu jika isteri anda mahukan sesuatu yang lebih spesifik. Sebagai contoh, isteri anda mahu anda membeli keju untuk membuat cheesetart. Ketika anda menulis senarai barang keperluan tersebut, tulis juga secara terperinci jenis dan jenama keju tersebut.

Melalui cara ini, anda mungkin mempunyai peratusan yang sangat rendah atau kecil untuk tersalah membeli barang keperluan dapur. 

#3. Minta pertolongan staf pasar raya

Jangan sesekali terfikir untuk bertanya kepada pembeli lain yang sedang mencari barang keperluan mereka. Mengapa?

Kerana mereka juga mungkin seperti anda, kaum lelaki yang jarang sekali keluar ke pasar raya membeli barangan dapur. Bagaimana mungkin anda ingin bertanya kepada mereka sekiranya mereka juga seperti anda. 

Oleh itu, cara terbaik adalah bertanya kepada staf dan kakitangan di pasar raya tersebut. Mereka lebih mengetahui apa yang anda cari dan lokasi barang tersebut ditempatkan. Janganlah malu untuk bertanya.

#4. Buat panggilan video dengan isteri anda

membuat panggila video

Cara ini lebih mudah. Anda gunakan panggilan video bersama isteri anda untuk menentukan ketepatan barang yang anda mahu beli.

Jika tidak mahu pembeli lain mendengar apa yang anda bualkan bersama isteri, maka gunakan kemudahan Whatsapp untuk mengesahkan barangan dengan isteri anda.

Tangkap gambar barangan tersebut dan hantarkannya ke WhatsApp isteri anda. Cara ini lebih privasi, tetapi akan membuatkan anda berada lebih lama di pasar raya tersebut.

#5. Hanya beli apa yang ditulis dalam senarai

Jangan terkejut jika anda perlu membayar barangan dengan harga yang tinggi jika anda kerap mengambil barang yang tidak perlu ketika membeli. Anda perlu tahu, setiap pasar raya mempunyai trik psikologi mereka untuk membuatkan anda berbelanja lebih.

Oleh itu, hanya beli barang dapur yang telah anda tulis dalam senarai sahaja. Jika tidak ditulis pada senarai, elakkan daripada membeli barangan tersebut. Ini kerana, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, sikap membazir amatlah tidak digalakkan. Oleh itu, beli barang yang diperlukan sahaja.

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan bagaimana anda boleh mengurangkan risiko jangkitan ketika berada di pasar raya, video ini boleh membantu anda.

Cara Yang Betul Untuk Elak Jangkitan Bakteria & Virus

Wabak Novel Virus Korona (2019nCoV) boleh berjangkit antara manusia? Oh, tidak! Pastikan kalian pakai topeng muka dengan betul, ya!Ketahui mengenai koronavirus di: http://bit.ly/31dLjPj#ncov2019 #koronavirus #HelloHealthGroup #hellodoktor #HelloHealthCoronavirus

Posted by Hello Doktor on Friday, January 31, 2020

Apa perlu dibuat jika anda masih mempunyai masalah selepas pulang dari pasar raya?

Sebagai seorang lelaki, inilah masanya untuk anda menggunakan senjata terakhir anda iaitu kekreatifan dalam memberikan jawapan. 

Jika anda tersilap membeli barang, katakan sahaja barang yang dikehendaki telah habis dijual. Anda terpaksa membuat keputusan untuk membeli barang alternatif. 

Sebagai contoh, isteri anda meminta anda untuk membeli halia, tetapi anda tersilap membeli kunyit. Hanya katakan bahawa halia sudahpun habis di pasar tersebut. Senang kan?

Isteri perlu memahami keadaan suami

barang keperluan dapur

Untuk golongan wanita dan isteri, jangan sesekali memarahi suami anda jika si dia tersalah membeli barang yang anda inginkan. Untuk meminimumkan kesilapan membeli, anda nyatakan kepada suami anda dengan jelas dan terperinci apa yang anda mahukan.

Jika anda mahu mereka membeli mi, jangan hanya mengatakan “Belikan mi”. Ia sangat tidak membantu suami anda apabila dia melihat puluhan jenis dan jenama mi di rak pasar raya. 

Nyatakan dengan jelas seperti, “Abang, tolong belikan bihun, jenama Gajah Siam, yang 500 gram yea. Plastik bihun tu bertulis tulisan warna merah.” 

Seperti yang anda tahu, lelaki mempunyai sifat ego yang lebih tinggi berbanding wanita. Oleh itu, bantu suami anda dan jangan sesekali memarahi atau mengetawakan mereka. Ia hanya akan membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Artikel berkaitan:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

    Prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia bagi sambutan Tahun Baru Cina sepanjang wabak pandemik virus korona berlangsung...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    COVID-19 11/02/2021 . 3 minit bacaan

    Bukan Semua Pesakit COVID-19 Perlu Masuk Hospital, KECUALI Yang Ada 11 GEJALA Ini

    Bukan semua individu positif jangkitan COVID-19 perlukan rawatan hospital. Namun, jika alami tanda-tanda amaran tertentu, anda perlu segera jumpa pakar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    COVID-19 10/02/2021 . 4 minit bacaan

    Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?

    Tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat pelbagai fungsi hand sanitizer. Namun, sila baca ini terlebih dahulu untuk tahu tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kebersihan Diri 09/02/2021 . 3 minit bacaan

    Ada Satu Lagi Pilihan Vaksin COVID-19 Keluaran Johnson & Johnson, Guna Teknologi Berbeza!

    Vaksin Johnson & Johnson ini adalah jenis vaksin yang sedikit berbeza daripada pengeluar yang lain. Ia menggunakan teknologi Adenovirus dan bukannya mRNA.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    COVID-19 05/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    pemberian imunisasi

    Vaksin COVID-19 Kini Telah Tiba! Kenali Jenis Vaksin Yang Bakal Anda Terima Nanti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 03/03/2021 . 3 minit bacaan
    program vaksinasi

    Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
    asma

    AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
    suntikan vaksin

    Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan