Jom Cuba 4 Menu Berbuka Puasa Ini Kalau Nak KURUS!

    Jom Cuba 4 Menu Berbuka Puasa Ini Kalau Nak KURUS!

    Ramai orang berlumba-lumba melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan berat badannya sewaktu berpuasa, salah satunya adalah melalui diet. Malah, mungkin ramai tercari-cari menu buka puasa untuk diet yang sesuai.

    Perubahan pola makan sepanjang bulan Ramadan di mana hanya mengambil makanan sewaktu berbuka dan sahur saja, dilihat sebagai satu cara yang efektif untuk mengurangkan hidangan makanan yang biasa diambil.

    Puasa seharusnya tidak menjadi halangan untuk menjalani kehidupan dengan sihat.

    Sewaktu berpuasa, badan lebih banyak memerlukan pengambilan makanan yang kaya nutrisi agar dapat memenuhi keperluan tenaga untuk bekerja seharian.

    Itu sebabnya anda harus bijak memilih menu berbuka puasa ketika berdiet dan menu sahur yang berkhasiat dan sihat.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Pilihan menu buka puasa untuk diet

    Kunci utama menjalani diet sewaktu berpuasa adalah disiplin.

    Ini adalah kerana jika tidak dilakukan secara disiplin, peluang anda menurunkan berat badan dan menjadi sihat sewaktu berpuasa akan menjadi sia-sia.

    Oleh sebab itu, anda perlu memberi perhatian kepada pengambilan karbohidrat, lemak dan protein yang seimbang dari makanan yang anda ambil sewaktu buka puasa dan sahur.

    Jika anda salah seorang yang memang berniat menjalani diet sewaktu berpuasa, berikut adalah beberapa pilihan menu berbuka puasa yang boleh anda sediakan di rumah:

    1. Buka puasa dengan kurma

    menu buka puasa untuk diet

    Kurma merupakan buah yang paling dicari ketika bulan Ramadan. Bahkan bagi sebahagian orang, kurma menjadi makanan yang wajib untuk dimakan sebagai menu buka puasa untuk diet ataupun sahur.

    Buah kurma merupakan sumber gula yang baik dan akan mengembalikan tenaga yang hilang seharian.

    Secawan buah kurma mengandungi 11.8 gram serat. Ini sudah hampir merangkumi setengah dari keperluan serat harian anda.

    Selain kurma, anda juga boleh mengambil buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren, dan anggur.

    2. Salad, antara menu buka puasa untuk diet yang baik

    Pada waktu buka puasa, sebaiknya anda tidak langsung makan makanan berat. Hal ini untuk meminimakan perut kembung selepas menikmati hidangan berbuka.

    Salah satu alternatif menu berbuka puasa yang paling baik adalah salad. Baik salad buah ataupun salad sayur-sayuran, kedua-duanya mengandungi sedikit kalori namun tetap boleh mengenyangkan perut.

    Selain itu, kandungan serat yang tinggi dari pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran mampu menurunkan kadar kolesterol dan mencegah sembelit yang biasa terjadi sewaktu berpuasa.

    Jangan lupa perhatikan bahan-bahan tambahan yang digunakan untuk salad, jangan sampai bahan tambahan yang anda gunakan menyumbang kepada lemak jahat dan kalori yang boleh membuatkan berat badan anda naik di bulan Ramadan.

    3. Sup

    menu buka puasa untuk diet

    Ramai orang yang lebih memilih untuk buka puasa dengan makanan bergoreng dan jus buah kerana merasa lebih nikmat sebagai hidangan berbuka puasa.

    Padahal, semangkuk sup boleh menjadi pilihan menu berbuka puasa ketika berdiet yang menyihatkan.

    Semangkuk sup kaya dengan air yang mampu menghidrasi sel tubuh setelah seharian puasa.

    Selain itu, berbuka dengan sup mampu menghangatkan perut dan membantu mencegah kembung atau ketidakselesaan pada perut.

    Anda boleh mengambil sup ayam, sup kacang merah, sup jagung, sayur bening, ataupun jenis sayur berkuah lain sebagai pilihan menu berbuka puasa.

    Menu buka puasa untuk diet #4. Beras merah

    Mulai sekarang, ganti nasi putih anda dengan nasi merah yang tinggi serat dan mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah.

    Selain itu, beras merah ternyata mengandungi sedikit kalori, dan membantu menurunkan berat badan sewaktu bulan puasa.

    Tidak hanya sewaktu bulan Ramadan, sebaiknya anda menjadikan beras merah sebagai makanan harian.

    Berbanding nasi putih, nasi merah boleh memberikan kekenyangan lebih lama apatah lagi jika ditambah dengan menu berbuka puasa lain yang sihat seperti sayur-sayuran.

     menu buka puasa untuk diet

    Tip turunkan berat semasa Ramadan

    Selain menu buka puasa untuk diet, ada juga tip yang perlu anda amalkan jika mahu menjaga berat badan, seperti:

    Elakkan penggunaan gula diproses secara berlebihan

    Hidangan yang dinikmati semasa berbuka puasa bukanlah satu-satunya punca masalah penambahan berat badan di bulan Ramadan. Sebaliknya penggunaan gula yang diproses secara berlebihan dalam manisan dan minuman juga boleh menjadi punca utama.

    Untuk memastikan kejayaan penurunan berat, elakkan pengambilan gula yang diproses dan digantikan dengan penggunaan buah-buahan segar atau kering dan madu.

    Senaman ringan sepanjang Ramadan

    Ramadan adalah bulan penuh keberkatan yang sangat baik untuk rohani kita. Namun itu tidak bermakna anda perlu melupakan kesihatan fizikal secara keseluruhan.

    Sebaiknya, tetap melakukan aktiviti fizikal ringan sepanjangan berpuasa. Elakkan daripada bersenam seperti sebelum Ramadan.

    Baca juga:

    Jika bermatlamat untuk membakar lemak pada bulan ini, pastikan anda mengekalkan diet rendah karbohidrat atau diet ketogenik. Dengan cara ini, anda boleh membakar lemak dalam badan dengan lebih mudah walaupun aktiviti senaman dikurangkan.

    Ini antara senaman yang boleh dilakukan:

    • Sebelum berbuka puasa, berjalan selama 20 minit. Ingat untuk mengekalkan momentum perlahan
    • Selepas berbuka puasa, perbanyakan minum air kosong untuk mengatasi kesan dehidrasi berjalan kaki tadi
    • Lakukan yoga, berlari sedikit di atas treadmill atau lakukan sejenis senaman kardio mudah selepas makan

    Semoga perkongsian menu buka puasa untuk diet dan tip di atas dapat membantu anda menurunkan berat pada bulan Ramadan ini. Selamat berpuasa!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Fasting and Your Health – http://www.nhs.uk/Livewell/Healthyramadan/Pages/fastingandhealth.aspx diakses pada 8 Juni 2017
    2. Healthy Eating Diet. https://www.nhlbi.nih.gov/health/educational/lose_wt/eat/calories.htm. diakses pada 8 Juni 2017
    3. A healthy Ramadan. https://www.nutrition.org.uk/putting-it-into-practice/food-seasons-and-celebrations/a-healthy-ramadan/, Accessed on March 24, 2022
    4. Thirty Steps to Lose Weight During Ramadan. https://orlandparkprayercenter.org/guest-articles/thirty-steps-to-lose-weight-during-ramadan/, Accessed on March 24, 2022
    5. How to Stay Healthy During Ramadan. https://www.ilmuk.org/news/how-to-stay-healthy-during-ramadan/, Accessed on March 24, 2022
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 13/05/2022
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid