backup og meta

Stres Boleh Menjejaskan Sistem Penghadaman! Cuba Atasinya Dengan 5 Tip Ini

Stres Boleh Menjejaskan Sistem Penghadaman! Cuba Atasinya Dengan 5 Tip Ini

Tekanan yang dialami merupakan antara faktor yang mempengaruhi sistem pencernaan tubuh. Ia boleh menyebabkan masalah seperti perut kembung, kekejangan, keradangan dan hilang selera makan.

Ketahui cara untuk mengawal stres bagi menjaga saluran penghadaman anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Faktor yang mempengaruhi sistem pencernaan

Pernah tak anda berasa terlalu cemas atau tertekan sehinggakan perut terasa tidak selesa? Seperti peribahasa Inggeris, “had butterflies in your stomach”.

Sekiranya anda pernah mengalaminya, bererti anda faham bagaimana stres boleh menjadi faktor yang mempengaruhi sistem pencernaan.

Jangan terkejut ya, kerana otak dan usus adalah saling berhubung dan sentiasa berkomunikasi.

Sebahagian daripada usus dikawal oleh sistem saraf pusat di otak dan saraf tunjang. Bahkan terdapat lebih banyak neuron berada pada usus berbanding di seluruh saraf tunjang

Ini sekali gus bermakna, tekanan yang anda alami boleh menjejaskan setiap bahagian dalam sistem pencernaan.

Selain itu, usus turut mempunyai rangkaian neuron tersendiri pada lapisan sistem gastrointestinal – yang dikenali sebagai sistem saraf enterik atau intrinsik.

Malahan terdapat banyak penyelidikan yang dilakukan di negara Barat melihat sistem saraf pada usus sangat berpengaruh, sehingga dianggap otak kedua.

Sistem saraf enterik, bersama dengan 100 juta sel sarafnya yang melapisi saluran gastrointestinal – bermula daripada esofagus hingga ke rektum – mengawal dan mengatur proses pencernaan seperti:

faktor yang mempengaruhi sistem pencernaan

  • Menelan
  • Pembebasan enzim untuk memecahkan makanan
  • Pengkategorian makanan sebagai nutrien atau bahan buangan

Dan kesan tekanan dialami anda, boleh menjadi faktor yang mempengaruhi sistem pencernaan tubuh secara signifikan.

Kesan tekanan pada tubuh

Tekanan yang dialami boleh mengakibatkan berlakunya perubahan fisiologi pada tubuh. Antaranya seperti:

  • Peningkatan kewaspadaan 
  • Kadar pernafasan menjadi laju
  • Denyutan jantung pantas 
  • Tekanan darah menjadi tinggi
  • Peningkatan kadar kolesterol darah
  • Peningkatan ketegangan otot

Ini bermakna tekanan tersebut membuatkan tubuh memberi tindak balas fight-or-flight

Ia akan melepaskan hormon stres kortisol dan membuatkan diri berwaspada serta bersedia berdepan ancaman.

Secara tidak langsung, tindak balas tersebut diaktifkan di sistem saraf pusat, ia berkemungkinan boleh menjejaskan sistem penghadaman anda dengan cara:

Dalam kes yang lebih serius, kesan tekanan boleh mengakibatkan penurunan aliran darah dan oksigen ke perut.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan kekejangan, keradangan atau ketidakseimbangan bakteria usus.

faktor yang mempengaruhi sistem pencernaan

Ia juga boleh memburukkan lagi gangguan gastrousus, termasuklah:

Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mengambil langkah-langkah mengurangkan faktor yang mempengaruhi sistem pencernaan seperti mengurangkan tekanan.

Bagaimana?

Hello Doktor ada cara mudah yang boleh anda cuba untuk mengawal stres!

5 tip kawal stres – faktor yang mempengaruhi sistem pencernaan 

Cuba amalkan tip berikut untuk membantu anda mencegah dan mengurangkan tekanan seharian.

1. Seimbangkan antara kerja dan rumah

Hanya bekerja tanpa ada masa untuk bermain dan merehatkan diri? BAHAYA!

Jika anda terlalu sibuk dan lebih banyak menghabiskan masa melakukan kerja pejabat, sudah tiba masanya untuk berehat dan bercuti bersama keluarga atau mungkin dapatkan ‘me time’.

faktor yang mempengaruhi sistem pencernaan

2. Senaman berkala bantu atasi faktor yang mempengaruhi sistem pencernaan 

Memastikan diri mempunyai rutin senaman harian secara berkala dapat menyeimbangkan sistem saraf, meningkatkan peredaran darah dan membantu menyingkirkan hormon stres.

Berjalan kaki selama 20 minit sehari sudah cukup membawa perbezaan pada sistem penghadaman anda!

3. Pemilihan makanan

Gangguan pemakanan dan obesiti boleh dikaitkan dengan tekanan psikologi.

Kortisol – hormon yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal – juga boleh meningkatkan selera makan. Tekanan yang dialami turut mempengaruhi pilihan makanan anda!

Ini di mana apabila anda berada dalam keadaan tertekan secara fizikal atau emosi, wujud kecenderungan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak atau gula mahupun kedua-duanya. 

Sebaiknya, kawal pemakanan dengan memilih makanan mengurangkan kegelisahan – antara faktor yang mempengaruhi sistem pencernaan –  seperti salmon, badam dan buah sitrus. 

Salmon bukan sahaja mengandungi asid lemak omega-3, bahkan turut menjadi makanan penggalak mood semula jadi.

Badam pula kaya magnesium – mineral yang membantu mengawal tahap kortisol. Buah-buahan sitrus seperti oren kaya vitamin C – dapat menurunkan tekanan darah.

Baca juga:

4. Amalkan meditasi atau yoga

Mengamalkan teknik relaksasi dapat mengaktifkan ketenangan dan boleh mengimbangi hormon fight-or-flight.

Terdapat banyak teknik meditasi yang boleh membantu memusatkan fokus anda bagi mencapai ketenangan.

Anda juga boleh mencuba yoga. Latihan melibatkan minda dan tubuh ini menggabungkan posisi fizikal dengan teknik pernafasan serta meditasi.

Yoga juga dipercayai dapat menurunkan tekanan darah dan degupan jantung.

5. Tidur mencukupi, cegah stres faktor yang mempengaruhi sistem pencernaan 

Sekiranya anda tidur kurang daripada 7 hingga 8 jam sehari, tubuh anda tidak akan dapat bertoleransi dengan tekanan.

Jadi cara mudah untuk mengatasinya adalah dengan memastikan diri mendapat rehat dan tidur yang mencukupi setiap hari.

Mudah, bukan?

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://jamaicahospital.org/newsletter/how-stress-affects-your-digestive-system/

https://badgut.org/information-centre/a-z-digestive-topics/stress-and-your-gut/

https://www.health.harvard.edu/newsletter_article/stress-and-the-sensitive-gut

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22314561/

https://my.clevelandclinic.org/health/articles/8133-stress-10-ways-to-ease-stress 

https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-lifestyle/stress-management/3-tips-to-manage-stress 

https://www.mentalhealth.org.uk/publications/how-manage-and-reduce-stress

https://www.helpguide.org/articles/stress/stress-management.htm

https://www.sutterhealth.org/health/mind-body/10-simple-ways-to-cope-with-stress 

https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/the-brain-gut-connection 

https://www.sciencemag.org/news/2018/09/your-gut-directly-connected-your-brain-newly-discovered-neuron-circuit

Versi Terbaru

15/10/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kerap Alami Pedih Ulu Hati & Perut Berangin Serentak? Ada Kaitan Ke Kedua-duanya?

10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Pencernaan Manusia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan