backup og meta

Ada Sebab Mengapa Anda Perlu Tahu Tahap Kolesterol, Jika Tidak Berisiko Pada Otak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/03/2022

    Ada Sebab Mengapa Anda Perlu Tahu Tahap Kolesterol, Jika Tidak Berisiko Pada Otak!

    Adakah anda telah melakukan pemeriksaan kesihatan diri berkaitan tahap kolesterol? Kebanyakan individu dewasa perlu menjalani ujian kolesterol setiap 4 hingga 6 tahun sekali.

    Mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi juga berdepan risiko untuk mendapat isu kesihatan berkaitan penyakit jantung dan angin ahmar.

    Tetapi apakah kaitan penjagaan jantung dengan otak?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Memahami tahap kolesterol

    Kolesterol adalah bahan lemak lipid sterol yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan baik. Ia bergerak melalui saluran darah untuk sampai kepada sel-sel yang memerlukannya.

    Sel tubuh menggunakan kolesterol untuk pelbagai fungsi penting. Antaranya seperti dalam penghasilan hormon dan pencernaan makanan berlemak.

    Pun begitu, jumlah kolesterol yang terlalu banyak dalam darah boleh menyebabkan penumpukan plak pada saluran darah. 

    Lama-kelamaan plak ini boleh menjadi radang dan pecah, yang akhirnya menyebabkan pembekuan.

    Jika pembekuan ini menyekat aliran darah melalui arteri pada jantung, ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan diri seperti serangan jantung

    Sekiranya pembekuan ini berlaku pada arteri pada otak, ia boleh menyebabkan strok.

    tahap kolesterol

    Jenis kolesterol

    Seperti yang dinyatakan tadi, kolesterol bergerak melalui aliran darah dalam zarah-zarah yang disebut lipoprotein. Terdapat pelbagai jenis lipoprotein yang mempunyai kesan-kesan berbeza.

    Lipoprotein berketumpatan rendah, atau disebut sebagai LDL, boleh menyumbang kepada plak. Kolesterol LDL kadang-kadang disebut kolesterol ‘jahat’.

    Berdasarkan kajian mendapati bahawa jika seseorang individu menurunkan kadar kolesterol LDL, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

    Penyebab kolesterol LDL yang paling tinggi adalah gaya hidup yang tidak sihat.

    Berat badan berlebihan dan pengambilan makanan berlemak daripada produk berasaskan haiwan sering dikaitkan dengan tahap kolesterol LDL yang tinggi.

    Faktor lain yang cenderung menyebabkan individu mempunyai masalah kolesterol LDL tinggi adalah seperti genetik diwarisi daripada ibu bapa.

    Selain itu, masalah kesihatan diri melibatkan keadaan perubatan dan pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan kolesterol tinggi.

    Jika pernah mendengar mengenai kolesterol jahat, sudah tentu kisah lawannya si kolesterol ‘baik’ juga telah anda ketahui.

    Ia adalah lipoprotein berketumpatan tinggi atau disebut sebagai HDL. Ia menyerap kolesterol dan membawanya ke hati.

    Daripada hati akan menyingkirkannya daripada tubuh. 

    Disebabkan itu, penyelidik berpendapat bahawa kandungan tahap kolesterol HDL yang tinggi berkemungkinan dapat mengurangkan risiko anda untuk terkena penyakit jantung dan strok.

    Baca juga:

    Penggunaan ubat penurun tahap kolesterol

    Untuk menurunkan kolesterol demi kesihatan diri, ia boleh dilakukan dengan pengambilan ubat. 

    Penggunaan ubat untuk menurunkan kadar kolesterol – khususnya ubat yang dikenali sebagai statin – telah terbukti dapat merendahkan risiko mengalami strok dan dapat mengurangkan keterukan strok, jika terjadi.

    Dengan mengurangkan kadar LDL, statin dan ubat penurun kolesterol lain boleh membantu mencegah pembentukan plak. Ia seterusnya mengelakkan masalah penyakit jantung atau strok.

    Malah, statin juga terbukti dapat mengurangkan risiko strok pada pesakit dengan tahap kolesterol normal.

    Statin juga berfungsi untuk menstabilkan deposit plak yang ada dengan menjadikan plak kurang berlemak dan lebih berserat. Ini sekali gus membuatkan ia kurang berisiko untuk pecah.

    Sekiranya plak pecah, kepingan plak bebas bergerak dan mungkin memasuki aliran darah. 

    Keadaan itu meningkatkan kebarangkalian untuk tersekat pada arteri yang membekalkan oksigen ke otak dan boleh berlaku strok.

    Di sinilah wujudnya hubungan antara masalah kolesterol tinggi dan otak. 

    tahap kolesterol

    Banyak kajian yang dilakukan juga menunjukkan hubungan signifikan antara penggunaan statin dengan penurunan risiko strok. 

    Berdasarkan meta-analisis (kajian yang menganalisis semula hasil beberapa kajian lain), mendapati penggunaan statin mengurangkan risiko strok sebanyak 21%.

    Malah dengan pengurangan tahap kolesterol LDL sebanyak 10% menunjukkan penurunan risiko untuk mengalami serangan angin ahmar sehingga 15.6%.

    Sudah tentu kajian spesifik terhadap statin menunjukkan hasil yang lebih menarik!

    Beberapa kajian menunjukkan, walaupun statin memberikan pengurangan risiko strok secara umum. Namun manfaat terbesar dilihat pada mereka yang tidak pernah mengalami serangan tersebut.

    Ubat penurun kolesterol lain tidak menunjukkan hasil memberangsangkan seperti statin. 

    Namun terdapat kajian kecil menunjukkan kesan perlindungan daripada ubat penurunan kolesterol lain, yang membantu meningkatkan kadar kolesterol HDL.

    Contohnya dalam kajian mengenai gemfibrozil. 

    Ia menunjukkan penggunaan ubat ini boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 31% dengan faedah terbesar dilihat pada tahap awal HDL yang rendah.

    Penjagaan kesihatan diri: Mengurangkan risiko strok

    Garis panduan semasa menetapkan tujuan penurunan tahap kolesterol adalah untuk mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan strok.

    tahap kolesterol

    Garis panduan ini secara amnya mengesyorkan agar individu berikut mengekalkan kadar kolesterol seimbang:

    Kadar kolesterol total seimbang itu adalah kurang daripada 240 mg / dL, dengan LDL di bawah 160 mg / dL dan HDL di atas 40 mg / dL.

    Manakala individu dengan risiko kesihatan diri seperti penyakit kardiovaskular, disarankan untuk menetapkan tahap kolesterol lebih baik bagi melindungi diri daripada penyakit jantung dan strok. 

    Mereka harus mengekalkan tahap kolesterol total di bawah 200 mg / dL, dengan LDL di bawah 100 mg / dL, dan HDL di atas 60 mg / dL.

    Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai kolesterol, dapatkan rundingan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan