backup og meta

Otak Bukan Hanya Terletak Dalam Kepala, Tapi Ada 'Otak Kedua' Di Perut! Nak Tahu Apa Dia? Baca Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 13/01/2022

    Otak Bukan Hanya Terletak Dalam Kepala, Tapi Ada 'Otak Kedua' Di Perut! Nak Tahu Apa Dia? Baca Ini

    Adakah anda mengalami sembelit, alergi, keletihan, masalah kulit, perubahan mood, bau mulut atau intoleransi makanan? Tahukah anda, masalah-masalah ini mungkin berpunca daripada sistem pencernaan manusia!

    Mesti anda pernah mendengar kenyataan yang berbunyi seperti, ‘perut itu rumah penyakit’, kan? Ternyata, ada kebenaran di sebaliknya!

    Pencernaan adalah proses mekanikal dan kimia yang memecahkan makanan menjadi molekul yang sangat kecil untuk diserap melalui lapisan usus.

    Sisa buangan terkumpul dan lendiran yang mengeras berupaya menghalang proses penyerapan!

    Anda perlu mempunyai lapisan usus yang sihat, bersih dan utuh untuk menyerap nutrien semaksimum mungkin.

    Setiap sel, tisu dan organ dalam badan bergantung pada penyerapan nutrien dan asimilasi makanan melalui pencernaan manusia yang sihat.

    Tapi tahukah anda, pencernaan manusia bukan sekadar penghadaman semata-mata?

    Disebabkan peranan pentingnya dalam kesihatan, sistem pencernaan telah dikenali sebagai ‘otak kedua’!

    Apa yang dimaksudkan sebagai otak kedua ini? Ayuh teruskan pembacaan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Sistem penghadaman adalah ‘otak kedua’?

    Turut digelar sebagai gut-brain connection, kaitan antaranya dapat mengaitkan masalah kegelisahan dengan masalah perut dan begitu juga sebaliknya.

    Cuba ingat balik, pernahkah anda mengalami pengalaman yang membuatkan kalian kecut perut? Adakah berada dalam situasi yang mendebarkan membuat anda berasa mual?

    Untuk makluman, saluran gastrousus adalah cukup sensitif dengan emosi yang dialami!

    Kemarahan, kegelisahan, kesedihan, kegembiraan dan emosi lain boleh mencetuskan ‘simptom’ di usus. Ini kerana otak mempunyai kesan langsung pada perut dan usus.

    Otak dan sistem gastrointestinal (GI) saling berkaitan. Usus yang bermasalah akan menghantar isyarat ke otak, sama seperti otak yang bermasalah yang menghantar signal ke usus.

    Oleh itu, masalah perut atau usus seseorang boleh menjadi pemicu kegelisahan, tekanan, atau kemurungan!

    Perkara ini boleh berlaku, terutamanya dalam kes di mana seseorang individu mengalami gangguan gastrointestinal tanpa sebab fizikal yang jelas.

    Dalam kes ini, adalah sukar untuk menyembuhkan usus yang bermasalah tanpa mempertimbangkan peranan tekanan/stres dan emosi.

    pencernaan manusia

    Selain itu, wujud juga bahagian sistem saraf badan kita yang kurang dikenali, terletak di usus. Ia digelar sebagai sistem saraf enterik!

    Rangkaian sistem saraf enterik seperti saraf, neuron dan neurotransmitter terletak di seluruh saluran pencernaan, dari esofagus, melalui perut dan usus, serta ke dubur.

    Oleh sebab sistem saraf enterik bergantung pada jenis neuron dan neurotransmitter sama yang terdapat di sistem saraf pusat, beberapa pakar perubatan menggelarnya sebagai ‘otak kedua’!

    ‘Otak kedua’ di dalam usus, yang berkomunikasi dengan otak, memainkan peranan penting dalam penyakit tertentu dan kesihatan mental secara keseluruhan.

    Boleh dikatakan, memiliki sistem pencernaan manusia yang bagus menghasilkan kesihatan menyeluruh yang lebih baik!

    Berikut adalah beberapa manfaat yang boleh dinikmati daripada sistem pencernaan manusia yang baik!

    7 manfaat sistem pencernaan manusia yang baik

    #1 Penurunan berat badan yang sihat!

    Apabila toksin dapat disingkirkan dengan cekap dan tidak lagi terperangkap di dalam tubuh, badan kita bakal merasa lebih ‘ringan’ dan proses penurunan berat badan berlaku dengan lebih baik!

    Memakan serat dan minum air yang mencukupi akan dapat membantu proses ini.

    #2 Meningkatkan penyingkiran toksin

    Tubuh sememangnya berfungsi dengan hebat sekali dalam menyingkirkan toksin dan sisa lebihan, apabila sistem pencernaan manusia berfungsi dengan baik.

    Badan kita membuang sisa-sisa ini setiap kali kencing, bernafas, menghembus hidung, mengeluarkan air mata ketika menangis, berpeluh dan mengalami pergerakan usus.

    Kemudian, tubuh akan menyasarkan toksin-toksin ini, lalu menyingkirkannya!

    #3 Meningkatkan kesihatan mental!

    Pencernaan yang sihat apabila digabungkan dengan diet berkhasiat, akan menjadi inti pati kepada kesihatan berkualiti dalam jangka masa panjang.

    Makanan anda mempengaruhi setiap sistem di dalam badan, lebih-lebih lagi otak!

    Penyelidikan telah menemui kewujudan neuropeptida (molekul yang menghantar isyarat otak) dalam jumlah yang banyak di saluran gastrointestinal.

    Hal ini juga menunjukkan bahawa bakteria ‘baik’ yang bermanfaat di saluran GI kita mempengaruhi kesihatan otak, mood, dan banyak lagi!

    #4 Peningkatan tenaga dan stamina

    Apabila usus anda dibersihkan secara semula jadi dengan baik, badan tidak lagi perlu bekerja keras untuk mencerna makanan.

    Tenaga yang sepatutnya digunakan dalam proses pencernaan kini akan dapat digunakan untuk keperluan badan yang lain!

    #5 Penyerapan nutrien yang lebih baik

    Apabila anda mempunyai sistem pencernaan yang sihat, semua jenis makanan yang dimakan akan dapat dicerna dengan efektif!

    Hasil ini bermanfaat apabila nutrien daripada makanan akan dapat diserap dengan berkesan, apabila ia dimasukkan ke dalam aliran darah melalui usus kecil.

    Penyerapan nutrien juga akan memperolehi rangsangan apabila lapisan usus yang sihat menghasilkan permukaan yang besar untuk proses penyerapan.

    #6 Sistem imun tubuh dan daya tahan penyakit yang lebih baik

    Tahukah anda, 80% daripada sistem imun kita sebenarnya terkandung di dalam sistem penghadaman? Jawapan pendeknya, ya benar sekali!

    Oleh itu, apabila proses sistem penghadaman anda berjalan lancar, maka tindak balas sistem imun dan daya tahan penyakit juga meningkat!

    #7 Melegakan gangguan mood

    pencernaan manusia

    Saluran pencernaan kita, yang sering disebut sebagai ‘otak kedua’, ternyata bertanggungjawab dalam menghasilkan 95% serotonin (hormon gembira) di dalam badan!

    Kajian turut mendapati, hormon serotonin memainkan peranan penting dalam mengawal masalah kemurungan/depresi.

    Perasaan tenang, optimis dan kesejahteraan keseluruhan boleh dikaitkan dengan neurotransmitter, serotonin.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 13/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan