Hello Health Group - Polisi Penyuntingan & Pembetulan

Polisi Penyuntingan

Integriti Penyuntingan

Misi kami adalah untuk membawakan anda informasi kesihatan yang paling tepat, dipercayai dan objektif. Matlamat harian kami pula adalah untuk memastikan Hello Health Group menjadi sumber paling praktikal serta relevan untuk kesihatan dan kesejahteraan anda.

Kami sangat komited dalam menyediakan informasi berkaitan pelbagai topik kesihatan, dan daripada menyediakan informasi yang mungkin akan atau tidak dapat dikaitkan dengan individu, kami sangat bergantung kepada anda, untuk memilih kandungan yang terbaik buat kalian. Namun, berwaspadalah bahawa informasi yang Hello Health Group atau sebarang laman sesawang lain tidak wajar dianggap sebagai pengganti profesional perubatan. Anda harus selalu mendapatkan nasihat doktor mengenai kondisi kesihatan. Jangan pula bertangguh dan menyangkal nasihat perubatan hanya kerana sesuatu yang anda baca dalam laman sesawang kami.

Kriteria Pemilihan Penyuntingan Untuk Kandungan Asli

Hello Health Group mencipta kandungan asli berdasarkan kriteria berikut:

Relevan – Isu yang mungkin akan menjejaskan cara anda menjaga tahap kesihatan diri dan keluarga. Topik ini termasuklah berita, ubatan, rawatan, produk, amaran, nasihat dan petua untuk mengawal penyakit agar tubuh badan lebih sihat.

Terbukti Secara Signifikan – Sumber dan rujukan perubatan adalah berdasarkan penemuan saintifik yang ditemui dalam jurnal, buku atau kajian dalam negara dan antarabangsa. Ini termasuklah laman sesawang kerajaan, persatuan doktor, jurnal perubatan dan sebagainya.

Trend – Topik yang kena dengan situasi seperti “Keselamatan Ketika Musim Banjir,” “Musim Alahan,” serta “Selesema dan Flu,” kesedaran kesihatan awam, seperti “Bulan Kesedaran Kanser Payudara,” dan “Bulan Kesihatan Jantung,” dan trend kesihatan terkini, seperti dalam aspek nutrisi, kecergasan, pencegahan penyakit, hidup dengan sihat dan sebagainya.

Kandungan Kami Adalah Unik

Ia sangat boleh diharapkan. Di dalam medium yang selalu dikatakan menyediakan informasi tidak tepat dan telah luput, Hello Health Group menyinar sebagai sumber informasi kesihatan yang berkredibiliti.

Kandungan kami dicipta secara tempatan di setiap negara dan platform operasi kami yang spesifik. Setiap informasi dan kandungan akan memberikan pembaca kami perspektif yang lebih komprehensif, seimbang dan jelas berkaitan topik yang spesifik. Sama ada kandungan tersebut adalah bersifat perubatan, gaya hidup atau berita.

Artikel kami adalah berdasarkan pemilihan penyunting berkaitan topik kesihatan yang berlaku pada sesuatu hari kejadian itu. Artikel kami juga bukan sekadar rumusan atau ringkasan sesuatu isu. Ia cenderung mengandungi temubual bersama pengkaji perubatan, doktor, pakar atau sesiapa sahaja yang boleh membantu konteks dan memberitahu pembaca tentang makna sebenar wacana tersebut.

Integriti Penyuntingan – Hello Health Group bertanggungjawab memastikan wujud perbezaan ketara di antara berita, fitur, rujukan dan informasi lain agar individu dapat membezakan informasi dari penyuntingan berbayar dan berpromosi.

Kebebasan Penyuntingan – Dalam laporan, Hello Health Group memastikan prinsip keadilan, ketepatan, kebertanggungjawaban, objektif dan bebas.

Keupayaan Jurnalitistik – Hello Health Group mengangkat prinsip jurnalistik tradisional yang berupaya melaporkan kandungan asli untuk bacaan internet dan berupaya meneliti dan mengesahkan informasi dari sumber yang lain.

Polisi Penyuntingan Untuk Staf Editorial Hello Health Group

Sesiapa yang berkhidmat sebagai staf editorial Hello Health Group, mereka mesti mendedahkan segala kemungkinan konflik kepentingan bersama penaja atau penjual. Staf editorial kami telah dilatih dan dibimbing agar dapat menghasilkan kandungan yang tepat, seimbang, berkonsep tempatan dan merujuk kepada sumber rujukan yang dipercayai sahaja agar ia lebih relevan untuk pembaca.

Staf editorial Hello Health Group ditugaskan dengan tanggungjawab menyediakan topik dan isu yang objektif, tepat dan seimbang. Mereka mesti rajin keluar mencari subjek atau cerita dan mendapatkan komen dari pakar yang berkualifikasi. Mereka juga perlu mendapatkan komen dari kalangan pembaca untuk mendapatkan keseimbangan.

Staf editorial Hello Health Group akan sentiasa berusaha untuk menyediakan kandungan yang berkualiti dengan berdedikasi bagi mengekalkan standard profesional yang tinggi.

Penghasilan Artikel Asli

Staf editorial Hello Health Group akan mendapatkan cerita dari pelbagai sumber: jurnal perubatan, persidangan perubatan, tindakan kerajaan negeri atau negara dan material bebas dari temubual bersama pakar. Hello Health Group percaya bahawa kandungan dari penaja, pengiklan dan rakan kongsi kami juga adalah bermanfaat, namun perlu dilabelkan dengan jelas terlebih dahulu.

Setiap kandungan yang telah siap akan dilihat oleh pakar untuk menilai ketepatan, kesesuaian dan karateritik bahasa perubatan yang digunakan dalam penulisan. Bergantung pada topik, pakar-pakar ini mungkin benar atau tidak mempunyai tauliah. Kandungan itu seterusnya akan disunting oleh Penyunting yang akan menyunting gaya, alir, tanda baca dan kebolehbacaan. Akhir sekali, kandungan itu akan dipindahkan dari penyuntingan ke penerbitan laman sesawang.

Kandungan Berlesen

Apabila Hello Health Group mendapat lesen untuk menulis tentang kandungan perubatan dari pihak ketiga bagi penerbitan di laman sesawang, penyunting senior Hello Health Group bersama penyunting perubatan akan melihat polisi dan prosedur pihak ketiga itu bagi menilai konsistensi dengan Polisi Penyuntingan Hello Health Group.

Kandungan Tajaan Dan Pengiklanan

Ketika menggunakan laman sesawang kami, anda akan perasan ada kandungan, butang, ruang dan pelbagai lagi fitur yang berlabel “Ditaja”, “Dari Penaja Kami”, atau “Pengiklanan”. Hello Health Group akan menerima dana daripada produksi dan publikasi kandungan sebegini. Sila dapatkan lebih informasi tentang Polisi Pengiklanan dan Penajaan di sini.

Polisi Pembetulan Hello Health Group

Hello Health Group adalah komited untuk membuat pembetulan terhadap kandungan asli apabila perlu. Kami akan mengambil tindakan menyunting walaupun kesilapan yang sangat kecil seperti ejaan, tatabahasa atau gaya. Disebabkan perubahan gaya ini tidak mengubah maksud asal kandungan, perubahan itu adalah sukar untuk dilihat.

Jika kami perasan ada kesilapan dalam material kandungan, kami akan mengemaskini kandungan tersebut secepat mungkin dan menerbitkan ia semula. Polisi ini akan termaktub pada kandungan Hello Health Group yang asli termasuklah berita, artikel ataupun material rujukan perubatan. Segala pembetulan terhadap kandungan pihak ketiga adalah berada di bawah tanggungjawab penerbit.

Jika anda ada menemui kesilapan dalam mana-mana kandungan kami, sila beritahu kami dengan menghantarkan emel pada pasukan kami di ruangan “Hubungi Kami” di bawah laman ini.

Bagaimana Hello Health Group Mencipta Kandungan Berkaitan Produk & Servis

Menerusi Kriteria Penyuntingan dan Pemilihan, pasukan penyuntingan kami akan memasukkan pautan produk dan servis berkaitan ke dalam kandungan jika ia sesuai buat pembaca.

Seperti semua kandungan kami, ulasan produk dan servis dengan pautan belian adalah disunting secara sendiri dan kami akan meletakkan garis pemisahan di antara pasukan penyuntingan dengan pasukan pemasaran sepanjang proses ini berlangsung. Kami juga akan memastikan bahawa pasukan penaja kami tidak akan langsung mempengaruhi kandungan kami.

Bagaimana Hello Health Group Memilih Porduk & Servis

Pasukan penyuntingan kami akan menganalisis data dan maklum balas dari pembaca untuk mengetahui apa yang dicari bagi membantu mereka dalam usaha mencapai kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.

Kemudian, kami akan menyelami, mengkaji dan memilih produk, servis dan jenama yang popular, berkualiti, bernilai dan berguna. Tambahan itu, kami juga akan bergantung pada maklum balas dari pasukan pakar komuniti kami.

Kami berhasrat untuk mencipta kandungan yang objektif, menjelaskan pro dan kontra serta harga produk dan servis yang kami akan pautkan di dalam kandungan.

Jika anda membuat pembelian di dalam sesawang mereka selepas menekan pautan kami, Hello Health Group akan menerima komisen untuk menyokong hasil kerja kami.

Dalam usaha kami untuk menjalin hubungan bisnes bersama jenama atau peruncit, kami akan memastikan Hello Health Group hanya akan bekerjasama dengan organisasi yang tekun dan telus terhadap pengguna mereka untuk mendapatkan produk dan servis yang selamat, berkualiti dan berkesan.

Halaman ini telah dikemaskini pada: Julai 22, 2021

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti