home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ibu Alami Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi) Sewaktu Hamil? Ini 3 Cara Mudah Untuk Mengawalnya!

Ibu Alami Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi) Sewaktu Hamil? Ini 3 Cara Mudah Untuk Mengawalnya!

Hipertensi ketika hamil adalah keadaan biasa terjadi dalam kalangan wanita mengandung. Walaubagaimanapun, komplikasi keadaan ini boleh menjadi teruk. Semak artikel ini untuk melihat adakah anda berisiko dan cara untuk mengurangkan risiko itu.

Hipertensi kehamilan adalah keadaan di mana tekanan darah meningkat selepas 20 minggu kehamilan. Anda akan menghadapi risiko yang lebih tinggi jika:

  • Ibu pertama kali hamil
  • Lebih muda daripada umur 20 tahun atau lebih tua sehingga 40 tahun
  • Ibu hamil kembar
  • Ada adik-beradik atau ibu yang mempunyai sejarah hipertensi kehamilan
  • Mempunyai obesiti, tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang sebelum hamil

Hipertensi ketika hamil

Pada masa ini, tidak ada kaedah yang jelas untuk mencegah hipertensi gestational, tetapi anda boleh mencuba cara ini untuk menjaga keselamatan diri dan bayi sepanjang kehamilan:

  1. Selalu berunding dengan doktor: Periksa dengan doktor sebaik sahaja tahu diri hamil dan hadiri semua temu janji berjadual. Pemeriksaan teratur dengan doktor juga dapat membantu mengesan tanda-tanda masalah ini sekaligus memberikan lebih banyak peluang untuk rawatan awal. Bincang dengan doktor tentang kaedah bagi mengawal tekanan darah tinggi anda.
  2. Mengambil vitamin prenatal: Nutrisi yang mencukupi semestinya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda. Ia boleh mencegah kecacatan kelahiran dan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan sihat. Tambahan pula, menurut beberapa kajian, asid folik dan kalsium – dua nutrien tersebut sebenarnya dapat menurunkan risiko hipertensi kehamilan!
  3. Diet sihat: Semak dengan doktor untuk julat berat badan yang disyorkan sihat untuk ibu dan bayi, serta pengambilan garam yang disarankan. Memilih pelbagai jenis makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging tanpa lemak, roti bijirin dan produk rendah lemak.

Kenapa Ibu Mengandung Alami Mood Swings

Senaman juga adalah salah satu kunci penting untuk kehamilan yang sihat. Satu kajian menunjukkan bahawa wanita berlebihan berat badan dan berjalan dengan kerap sebenarnya boleh membantu menurunkan tekanan darah mereka.

Walau bagaimanapun, bertanyakan kepada doktor terlebih dahulu tentang jenis senaman yang sesuai untuk anda.

Tidak kira apa jua keadaan anda, gaya hidup sihat dan senaman secara konsisten merupakan kunci penting untuk kehamilan yang baik.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Gestational Hypertension: Can I Lower My Risk? http://www.webmd.com/baby/gestational-hypertension-can-i-lower-my-risk#1. Accessed 12 Sep 2016

Gestational Hypertension: Pregnancy Induced Hypertension (PIH). http://americanpregnancy.org/pregnancy-complications/pregnancy-induced-hypertension/. Accessed 12 Sep 2016

National Collaborating Centre for Women’s and Children’s Health (UK). Hypertension in Pregnancy: The Management of Hypertensive Disorders During Pregnancy. London: RCOG Press; 2010 Aug. (NICE Clinical Guidelines, No. 107.) 3, Reducing the risk of hypertensive disorders in pregnancy. Available from: http://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK62644/. Accessed 12 Sep 2016

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Rinee Hamidon Disemak pada 3 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin
x