Buah pinggang merupakan antara organ penting di dalam badan manusia. Oleh itu, amatlah perlu untuk jaga buah pinggang anda supaya sentiasa dalam keadaan sihat.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Buah pinggang merupakan antara organ penting di dalam badan manusia. Oleh itu, amatlah perlu untuk jaga buah pinggang anda supaya sentiasa dalam keadaan sihat.
Ingin tahu tip menjaga kesihatan buah pinggang? Ikuti perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.
Buah pinggang berfungsi sebagai ‘penapis’ sisa daripada darah dan menghantarnya keluar melalui pundi kencing. Tanpanya pelbagai masalah kesihatan berisiko untuk berlaku.
Jadi berikut adalah beberapa tip penjagaan kesihatan atau cara jaga buah pinggang sihat yang boleh diikuti.
Ubat NSAID merupakan ubat antiradang nonsteroid seperti ibuprofen dan naproxen. Pengambilan dalam jumlah yang terlalu banyak atau secara kerap boleh merosakkan buah pinggang.
Penggunaan proton pump inhibitors (PPIs) untuk tempoh jangka masa panjang bagi merawat ulser atau GERD cenderung untuk meningkatkan risiko mengalami penyakit buah pinggang yang kronik. Pastikan anda hanya mengambilnya jika mendapat saranan daripada doktor.
Ubat yang membantu melawan bakteria ini boleh merosakkan buah pinggang jika anda mengambilnya terlalu kerap. Masalah kesihatan ini boleh berlaku walaupun pada dasarnya anda sihat.
Sudah tentu isu kesihatan ini akan menjadi lebih serius jika anda sememangnya mengalami sakit berkaitan buah pinggang.
Bahkan, sesetengah jenis antibiotik seperti penisilin, sulfonamida dan cephalosporin antara jenis antibiotik yang cenderung menjadi punca masalah.
Sesetengah suplemen herba adalah tidak selamat, malahan terdapat produk herba yang berisiko menjejaskan fungsi buah pinggang anda.
Suplemen seperti ini akan menjadi lebih berbahaya untuk dimakan jika anda mempunyai masalah berkaitan buah pinggang. Ini kerana, ia boleh menyebabkan keadaan kesihatan semakin teruk atau menjejaskan fungsi ubat-ubatan yang anda ambil.
Buah pinggang akan memproses setiap makanan dan minuman yang diambil oleh individu. Itu termasuklah makanan yang tinggi lemak, garam dan gula. Untuk tempoh jangka masa panjang, pemakanan yang tidak sihat ini pastinya akan menyebabkan tekanan darah tinggi, obesiti dan diabetes.
Secara tidak langsung ia meningkatkan risiko untuk mewujudkan masalah kesihatan lain yang ‘membebankan’ fungsi buah pinggang anda.
Jadi untuk menjaga kesihatan buah pinggang, perbanyakkan makan sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh serta kurangkan pengambilan makanan yang diproses.
Mineral ini memberikan kesan yang berbeza bagi setiap individu. Bagi sesetengah individu, ia akan meningkatkan jumlah protein dalam air kencing mereka. Sudah tentu keadaan itu boleh mendatangkan bahaya pada buah pinggang hingga menjadi semakin kronik.
Pengambilan garam secara berlebihan juga akan membangunkan risiko untuk menghidap tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang dan batu karang. Keadaan kesihatan ini sudah tentu menyakitkan dan boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang jika tidak dirawat.
Cara jaga buah pinggang yang seterusnya adalah dengan air.
Air dapat membantu menyalurkan nutrien penting ke buah pinggang dan menyingkirkan sisa kepada pundi kencing dalam bentuk air kencing.
Pengambilan air yang tidak mencukupi, akan menyebabkan fungsi penapis kecil di dalam buah pinggang boleh terhenti dan berisiko menyebabkan jangkitan dan batu karang. Berdepan dengan dehidrasi juga boleh merosakkan buah pinggang, khususnya jika keadaan ini sering berlaku.
Bersenam juga merupakan salah satu cara jaga buah pinggang.
Seperti pengambilan diet makanan seimbang, senaman juga boleh membantu mencegah masalah kesihatan seperti kencing manis dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Tetapi berhati-hati, terlebih bersenam juga berisiko merosakkan buah pinggang anda jika ia tidak bersedia.
Mulakan senaman secara perlahan-lahan, seperti 30 hingga 60 minit dalam tempoh lima kali seminggu. Jangan membebankan atau memaksa diri anda melakukan aktiviti fizikal intensiti tinggi.
Pastikan anda mendapat nasihat dan rundingan doktor sebelum melakukan sebarang senaman jika anda mempunyai masalah kesihatan.
Adalah penting untuk mengetahui tahap risiko penyakit buah pinggang kepada diri sendiri. Kecenderungan untuk anda menghidapnya adalah tinggi jika anda atau ahli keluarga mempunyai penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes atau sejarah keluarga dengan masalah kegagalan buah pinggang.
Tabiat tidak sihat seperti pengambilan minuman alkohol secara berlebihan boleh menjejaskan fungsi buah pinggang untuk tempoh jangka masa panjang. Apatah lagi, tabiat ini mungkin akan menyebabkan kerosakan organ tersebut.
Manakala tabiat merokok pula cenderung untuk meningkatkan risiko kanser buah pinggang dan merosakkan saluran darah. Keadaan ini akan menyebabkan aliran darah menjadi perlahan sekaligus menjejaskan fungsi buah pinggang.
Jadi cara yang terbaik adalah dengan mengurangkan atau berhenti terus dari tabiat buruk ini.
Dua keadaan kesihatan yang boleh menjejaskan buah pinggang adalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Pengambilan diet yang seimbang dan bersenam secara kerap dapat membantu mengawal kedua-dua masalah kesihatan ini.
Ingat, buah pinggang adalah organ penting dalam badan dan anda haruslah menjaga organ tersebut dengan baik.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen