backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

5 Tanda Serangan Jantung Yang Boleh Muncul SEBULAN SEBELUM Ia Berlaku!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/05/2024

5 Tanda Serangan Jantung Yang Boleh Muncul SEBULAN SEBELUM Ia Berlaku!

Adakah anda tahu apakah tanda sakit jantung yang biasa berlaku? Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang mengalami masalah jantung. Namun disebabkan kurangnya pendedahan mengenai tanda-tanda awal ini, maka ia dianggap berlaku secara mengejut. Berikut adalah 5 tanda serangan jantung akan muncul dalam tempoh sebulan sebelum penyakit benar-benar menyerang. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

Apa itu serangan jantung

5 tanda serangan jantung akan muncul
Sakit jantung boleh berlaku pada bila-bila masa.

Serangan jantung berlaku apabila aliran darah yang membawa oksigen ke jantung terhalang.

Ia biasanya terjadi disebabkan oleh pembentukan plak atau gumpalan darah.

Jika aliran darah tidak dipulihkan dengan cepat, bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah akan mengalami kerosakan dan berada dalam keadaan bahaya. 

Serangan jantung adalah antara penyebab utama kematian di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Mengenali tanda-tanda awal serangan jantung boleh membantu seseorang mendapatkan rawatan segera dan mengelakkan komplikasi yang lebih serius.

5 tanda serangan jantung akan muncul dalam tempoh sebulan

Terdapat beberapa tanda yang biasanya berlaku dalam tempoh sebulan sebelum serangan jantung benar-benar terjadi.

Antara 5 tanda serangan jantung tersebut ialah:

#1. Ketidakselesaan pada bahagian dada

Rasa ketidakselesaan pada dada seperti:

  • tekanan
  • ketegangan
  • rasa terbakar mungkin berlaku

Ini berlaku kerana otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.

Sensasi ini mungkin berlaku secara sporadik dan mungkin hilang dan datang kembali secara berulang.

Ini antara tanda-tanda sakit jantung ringan.

#2. Sukar untuk bernafas

Seseorang individu juga mungkin mengalami kesukaran bernafas atau rasa sesak nafas walaupun ketika berehat.

Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh tekanan pada jantung yang tidak dapat mengepam darah dengan berkesan.

5 tanda serangan jantung akan muncul
Punca-punca penyakit aritmia.

#3. Keletihan yang tidak normal juga antara 5 tanda serangan jantung akan muncul

Rasa letih yang berterusan dan tidak dapat dijelaskan boleh menjadi tanda awal serangan jantung.

Keletihan ini mungkin lebih teruk daripada biasa dan tidak berkaitan dengan aktiviti fizikal.

Keadaan ini mungkin berlaku tanpa sebarang sebab. 

#4. Sakit pada bahagian tubuh yang lain

Kesakitan juga boleh merebak ke bahagian bahu, lengan, leher, rahang, perut, atau belakang badan.

Ini mungkin disebabkan oleh tekanan pada jantung dan boleh berlaku secara tiba-tiba atau beransur-ansur.

#5. Rasa melayang atau hendak pengsan

Ini boleh berlaku apabila jantung tidak dapat mengepam darah ke otak dengan berkesan.

Keadaan ini berkemungkinan disertai dengan rasa mual atau muntah.

Ini juga tanda tanda jantung tersumbat.

2 tanda lain yang juga biasa berlaku

5 tanda serangan jantung akan muncul
Semak tanda-tanda jantung bermasalah sentiasa.

Selain 5 tanda di atas, terdapat dua lagi tanda serangan sakit jantung yang biasa berlaku dalam tempoh sebulan sebelum ia terjadi.

Tanda-tanda tersebut ialah:

#6. Peluh sejuk juga antara 5 tanda serangan jantung akan muncul

Peluh sejuk dan berlebihan tanpa sebab yang jelas juga boleh menjadi tanda serangan jantung.

Kulit boleh berubah menjadi pucat atau biru dan mungkin disertai dengan rasa lemah. Ini juga antara tanda sakit jantung. 

#7. Kembung atau senak perut

Sesetengah individu mungkin merasa kembung atau senak, mirip dengan masalah pencernaan.

Ia mungkin disebabkan oleh tekanan pada jantung atau gangguan pencernaan.

Apa yang perlu dilakukan jika mengalami 5 tanda serangan jantung akan muncul ini?

Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami tanda-tanda ini, adalah penting untuk mendapatkan rawatan segera.

Hubungi ambulans atau pergi ke hospital terdekat dengan kadar segera.

Jangan cuba memandu sendiri.

Pengambilan aspirin juga boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi jika diambil sebaik sahaja mengalami simptom.

Kesimpulan

Mengenali tanda-tanda awal serangan jantung adalah kritikal untuk mendapatkan rawatan segera dan mengelakkan kematian.

Perhatian!

Dengan pengetahuan yang betul dan tindakan yang cepat, banyak nyawa yang boleh diselamatkan hasil pemerhatian tanda sakit jantung sepanjang masa.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan