Kerap Sesak Nafas? Ia Mungkin Sebab Asma, Pneumonia Atau COVID-19, Periksa Cepat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Shelby · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/11/2022

    Kerap Sesak Nafas? Ia Mungkin Sebab Asma, Pneumonia Atau COVID-19, Periksa Cepat!

    Sejak wabak COVID-19 semakin tular di seluruh dunia, ramai netizen yang panik apabila mereka mengalami masalah sesak nafas. Namun, mereka juga risau adalah ia benar-benar kerana COVID-19 atau penyebab asma.

    Hal ini kerana kita tahu masalah sesak nafas adalah antara tanda2 coronavirus, selain daripada batuk, selsema, demam dan sakit tekak.

    Oleh kerana virus coronavirus banyak menjangkiti saluran pernafasan, bagaimana pula dengan asma dan pneumonia?

    Kedua-dua penyakit ini juga mempengaruhi keadaan pada paru-paru.

    Malah, individu dengan pneumonia dan penyakit kronik lain lebih berisiko dijangkiti virus korona!

    Untuk semak apakah tanda2 coronavirus, sila rujuk infografik di bawah:

    masalah sesak nafas

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Masalah sesak nafas: Antara tanda tanda virus corona, asma dan pneumonia – apakah bezanya?

    Asma adalah keadaan kronik yang menyebabkan keradangan berkala dan penyempitan saluran udara. Ia menjejaskan bronkus utama, yang merupakan 2 tiub yang dari ttrakea menuju ke paru-paru.

    Asma tidak dapat disembuhkan, tetapi anda boleh mengurusnya dengan berkesan. Dan ia juga boleh bertambah baik dari semasa ke semasa.

    Manakala pneumonia adalah jangkitan paru-paru. Ia boleh berlaku pada satu atau kedua-dua paru-paru.

    Ia menyebabkan keradangan kantung udara dan juga boleh menyebabkan paru-paru anda dipenuhi dengan cecair/bendalir. Pneumonia boleh dirawat dan diubati.

    Walaupun simptomnya sama, asma dan pneumonia adalah penyakit yang berbeza yang memerlukan pendekatan rawatan yang berlainan.

    Masalah sesak nafas: Apa hubungan antara asma dan pneumonia?

    masalah sesak nafas

    Pada permulaan, diketahui bahawa penghidap asma berisiko tinggi membangunkan pneumonia malah juga dijangkiti COVID-19!

    Selain itu, mempunyai pneumonia dalam asma boleh meningkatkan risiko serangan asma.

    Walaupun pneumonia telah sembuh, pesakit asma sering mengalami keadaan pulmonari yang tidak normal untuk beberapa bulan selepas pneumonia hilang.

    Terdapat beberapa bukti kecil menunjukkan bahawa penyebab asma dan pneumonia mungkin sama.

    Walaupun keadaannya berbeza antara satu sama lain, hubungan sebenar antara kedua-dua itu adalah dalam bentuk peningkatan risiko pneumonia dengan komplikasi lebih besar yang disebabkan oleh pneumonia yang dialami oleh pesakit asma.

    Ini adalah bagaimana pneumonia dan asma dikaitkan.

    Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), penghidap asma lebih cenderung untuk mengalami pneumonia sebagai komplikasi.

    Asma penyebab pneumonia

    Sesetengah ubat-ubatan asma boleh meningkatkan risiko pneumonia dalam kalangan pesakit. Dalam kajian klinikal, kadar pneumonia didapati lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mengambil ubat untuk merawat COPD, berbanding individu yang tidak mengambil ubat yang disedut.

    Sebaliknya, kes-kes pneumonia selalunya lebih kerap berlaku pada mereka yang berumur 65 tahun, dan tidak dilihat pada pesakit asma yang lebih muda.

    Walaupun terdapat sedikit risiko pneumonia dalam asma, ia tidak sepatutnya menakutkan anda daripada meneruskan pengambilan ubat menguruskan asma kerana komplikasi yang semakin buruk mungkin timbul akibat menghentikan pelan rawatan tanpa kelulusan doktor.

    Berbincang dengan doktor tentang risiko pneumonia jika anda mempunyai asma. Jika anda berumur lebih dari 60 tahun, mendapatkan vaksin pneumonia dapat membantu mengurangkan risiko.

    Pneumonia penyebab asma

    Terdapat beberapa bukti bahawa pneumonia boleh menyumbang kepada asma. Mycoplasma pneumoniae bertanggungjawab untuk perkembangan pneumonia, dan para penyelidik mendapati bakteria ini dapat menyumbang kepada jangkitan kronik dan keradangan kronik paru-paru, yang boleh menyebabkan asma walaupun jangkitan itu akan hilang sendiri.

    Mycoplasma pneumoniae sering dikesan pada kanak-kanak dengan asma, dan sehingga 40 peratus kanak-kanak yang dijangkiti dengan mycoplasma pneumoniae akan berdehit dan mempunyai ujian fungsi pulmonari yang tidak normal.

    Bolehkan asma dan pneumonia dicegah?

    Asma tidak boleh dicegah. Walau bagaimanapun, pengurusan penyakit yang baik boleh mengurangkan serangan asma.

    Selain itu, anda boleh mendapatkan vaksin untuk jenis pneumonia bakteria yang dikenali sebagai pneumococcal pneumonia.

    Doktor mengesyorkan vaksin ini untuk orang yang berisiko untuk membangunkan penyakit ini. Tanya doktor anda jika anda perlu mendapatkan vaksin.

    Kini anda telah tahu masalah sesak nafas yang berkaitan antara asma dan juga COVID-19.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Shelby

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/11/2022

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan