backup og meta

10 Gejala Darah Tinggi Yang Patut Anda Tahu & Buat Pemeriksaan Segera!

10 Gejala Darah Tinggi Yang Patut Anda Tahu & Buat Pemeriksaan Segera!

Tekanan darah tinggi adalah antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan individu di Malaysia. Adakah terdapat cara untuk membantu mengenal pasti gejala darah tinggi dan kolesterol?

Berapa tekanan darah yang dianggap tinggi?

Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Memahami apa itu darah tinggi? 

masalah hipertensi
Tanda-tanda hipertensi.

Sebelum mengenal pasti jika terdapat sebarang simptom atau gejala darah tinggi yang wujud, sudah tentu perkara utama lain yang perlu diketahui adalah memahami mengenai tekanan darah tinggi. Jadi berikut adalah ringkasan mengenai isu kesihatan ini.

Tekanan darah tinggi atau turut dikenali sebagai hipertensi, berlaku apabila tekanan darah meningkat kepada tahap yang tidak sihat.

Pengukuran tahap tekanan darah akan mengambil kira jumlah darah yang melalui saluran darah dan jumlah rintangan yang dilalui ketika jantung mengepam darah.

Mempunyai keadaan arteri yang sempit akan menyebabkan peningkatan rintangan. Semakin sempit saluran arteri, maka akan semakin meningkat tekanan darah anda.

Untuk tempoh jangka masa panjang, peningkatan tekanan ini cenderung mengakibatkan masalah kesihatan, seperti penyakit jantung.

Mengalami hipertensi adalah satu keadaan yang biasa. Ia selalunya mengambil masa untuk berkembang dalam tempoh beberapa tahun.

Sering kali, tiada sebarang simptom atau tanda-tanda darah tinggi dan kolesterol yang dapat diperhatikan. Walau bagaimanapun, masalah tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan melibatkan saluran darah dan organ, khususnya jantung, otak, mata dan buah pinggang.

Melakukan pemeriksaan untuk pengesanan awal adalah satu perkara penting. Melakukan pembacaan tahap tekanan darah secara kerap dan berkala akan dapat membantu anda dan doktor untuk melihat sebarang perubahan.  

Apakah gejala darah tinggi?

Jadi selain pemeriksaan tekanan darah yang perlu dilakukan secara berkala, adakah terdapat sebarang gejala darah tinggi yang boleh diperhatikan?

Pada umumnya, hipertensi adalah satu penyakit senyap. Malahan kebanyakan individu yang mengalami keadaan ini tidak berdepan sebarang tanda-tanda darah tinggi dan kolesterol.

Ia mungkin memerlukan tempoh masa yang lama sehingga masalah kesihatan itu berada pada tahap yang kritikal untuk menampakkan sebarang simptom darah tinggi yang wujud.

Walau bagaimanapun, gejala darah tinggi yang berlaku itu mungkin didasari oleh masalah kesihatan lain. 

Antara gejala darah tinggi yang kronik adalah seperti:

Sekiranya mengalami gejala darah tinggi seperti yang dinyatakan, ini bermakna anda memerlukan pemeriksaan dan rawatan perubatan pada kadar yang segera.

Namun, harus diingatkan, tidak semua individu yang menghidapi hipertensi akan mengalami tanda-tanda darah tinggi dan kolesterol.

Tetapi jika anda menunggu sebarang tanda-tanda darah tinggi dan kolesterol untuk melakukan pemeriksaan, ia mungkin sudah terlambat dan berisiko untuk menyebabkan kematian. 

Bacaan tekanan darah

gejala darah tinggi
Contoh bacaan tekanan darah rendah.

Sememangnya satu-satunya cara terbaik untuk mengetahui sama ada anda berkemungkinan untuk mempunyai masalah tekanan darah yang tinggi adalah dengan melakukan bacaan tekanan darah secara berkala.

Sekiranya anda mempunyai pemeriksaan fizikal tahunan, anda boleh berbincang dengan doktor mengenai risiko untuk anda mengalami hipertensi atau sebarang bacaan lain yang dapat membantu mengawal tahap tekanan darah anda.

Jika anda mempunyai sejarah ahli keluarga dengan masalah penyakit jantung atau mengalami sebarang faktor risiko untuk mengembangkan keadaan berkaitan tekanan darah tinggi, berkemungkinan doktor anda akan mengesyorkan untuk anda melakukan pemeriksaan tekanan darah tinggi dua kali setahun.

Memahami bacaan tekanan darah

bacaan tekanan darah normal
Cara membaca bacaan tekanan darah yang betul.

Apa yang boleh kita simpulkan setakat ini adalah mendapatkan pemeriksaan bacaan tekanan darah penting sebagai salah satu langkah berwaspada terhadap sebarang peningkatan tekanan darah.

Tetapi adakah anda memahami cara membaca bacaan darah tinggi?

Berapa tekanan darah yang dianggap tinggi?

Ketika melakukan pemeriksaan bacaan gejala darah tinggi dan tekanan, akan muncul dua nombor, iaitu:

  • Tekanan sistolik – Ia adalah nombor pertama atau pada bahagian atas. Biasanya ia adalah lebih tinggi daripada bacaan nombor kedua. Fungsinya adalah untuk menunjukkan tahap tekanan dalam arteri apabila jantung anda berdegup dan mengepam darah
  • Tekanan diastolik – Ia merupakan nombor kedua atau pada bahagian bawah. Fungsinya adalah untuk menunjukkan bacaan tekanan arteri yang terletak di antara degupan jantung

Terdapat lima kategori untuk menentukan tahap bacaan tekanan darah bagi individu dewasa:

  1. Sihat – Bacaan tekanan darah yang normal adalah kurang daripada 120/80 milimeter merkuri (mm Hg)
  2. Meningkat – Nombor sistolik antara 120 dan 129 mm Hg, dan bilangan diastolik kurang daripada 80 mm Hg. biasanya jika keadaan ini berlaku, doktor tidak akan merawatnya dengan memberikan ubat tekanan darah tinggi. Tetapi doktor akan menasihatkan anda untuk melakukan perubahan dalam gaya hidup bagi membantu menurunkan nombor anda.
  3. Tekanan darah tinggi tahap 1 – Nombor bacaan sistolik antara 130 dan 139 mm Hg, manakala bacaan tekanan diastolik adalah antara 80 dan 89 mm Hg.
  4. Tekanan darah tinggi tahap 2 – Nombor sistolik ialah 140 mm Hg atau lebih tinggi, dan nombor diastolik adalah 90 mm Hg dan ke atas.
  5. Krisis tekanan darah tinggi –  Bacaan nombor sistolik melebihi 180 mm Hg dan bacaan tekanan diastolik adalah melebihi 120 mm Hg. Jika bacaan tekanan darah adalah dalam julat ini, ia bermakna anda memerlukan perhatian perubatan dengan segera. Jika terdapat tanda-tanda darah tinggi dan kolesterol seperti sakit dada, sakit kepala, sesak nafas atau berlaku sebarang perubahan visual, rawatan perubatan kecemasan adalah diperlukan.

Kesimpulan


Sekiranya bacaan yang diperolehi berada di atas paras normal, sebaiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan cara menurunkan tekanan darah tinggi anda.

Jika bacaan tekanan anda adalah pada 140/90 mm Hg atau lebih untuk tempoh yang panjang, ini bermakna anda mempunyai masalah tekanan dan ada gejala darah tinggi atau hipertensi.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tekanan darah tinggi. http://www.myhealth.gov.my/tekanan-darah-tinggi-2/. Accessed on Jan 13, 2020
  2. Blood pressure. https://www.cdc.gov/bloodpressure/about.htm/. Accessed on Jan 13, 2020
  3. Blood pressure. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/blood-pressure/art-20050982/. Accessed on Jan 13, 2020
  4. Blood pressure/ condition and treatment. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/blood-pressure/. Accessed on Jan 13, 2020
  5. Blood pressure chart for adults. http://www.bloodpressureuk.org/media/bpuk/docs/Blood-pressure-chart-for-adults-(1).pdf/. Accessed on Jan 13, 2020

 

Versi Terbaru

19/09/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Masalah Botak & Rambut Beruban? Anda Berisiko Hidap Sakit Jantung

11 Punca Penyakit Jantung Di Malaysia, Juga Ambil Tahu Rawatan Selain Dari Pembedahan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan