Tekanan darah anda tinggi angkara kolesterol tidak terkawal? Mungkin anda boleh mula mempertimbangkan susu untuk kolesterol khusus bagi membantu mengawal tahap kolesterol badan anda.
Tekanan darah anda tinggi angkara kolesterol tidak terkawal? Mungkin anda boleh mula mempertimbangkan susu untuk kolesterol khusus bagi membantu mengawal tahap kolesterol badan anda.

Hendak tahu apa manfaat susu untuk turun kolesterol? Baca lebih lanjut tentang kebaikan susu untuk keluarga ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Kolesterol tinggi kini menjadi antara masalah kesihatan utama di Malaysia, yang menjejaskan jutaan orang dewasa.
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, hampir 7.5 juta rakyat Malaysia atau 33.3% daripada populasi dewasa mengalami kolesterol tinggi, dan separuh daripada mereka tidak menyedarinya.
Walaupun kolesterol sering dikaitkan dengan penyakit jantung, ramai tidak tahu bahawa ia juga memberi kesan kepada kesihatan keseluruhan termasuk pergerakan tubuh.
Kolesterol tinggi, jika tidak dikawal, boleh meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan pelbagai komplikasi lain yang serius.
Untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif, kita memerlukan tulang, otot, dan sendi yang kuat.
Namun, apabila mobiliti terjejas, tahap aktiviti fizikal juga akan menurun, lalu menyebabkan penambahan berat badan dan peningkatan risiko kolesterol tinggi.
Inilah sebabnya mengapa kesihatan jantung dan kemampuan bergerak saling berkait rapat.
Apabila mobiliti dikekalkan, kita mampu bersenam dengan lebih konsisten, yang seterusnya membantu mengekalkan tahap kolesterol dalam julat normal.

Sebagai jenama susu dewasa No. 1 di Malaysia*, Anlene kini melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan inovasi terbaharunya iaitu susu untuk kolesterol Anlene CholestoPro.
Produk ini diformulasi secara saintifik dengan fungsi dwi-aksi: menyokong kesihatan mobiliti dan membantu merendahkan paras kolesterol.
Ganesh Thiagarajan, Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia & Singapura, menjelaskan:
Menurut Ganesh lagi, satu daripada dua orang dewasa yang menghidap kolesterol tinggi tidak sedar mereka mengalaminya.
Tambahan pula, lebih 54% orang dewasa di Malaysia kini mempunyai berat badan berlebihan atau obes, sekali gus meningkatkan risiko kesihatan berkaitan kolesterol.
Pakar fisiologi perubatan, Dr. Azura Abas, turut menegaskan bahawa kolesterol tinggi adalah faktor risiko kedua tertinggi bagi penyakit jantung di Malaysia, dan masalah ini kerap berlaku 10 tahun lebih awal berbanding purata global.
Dr. Azura Abas turut menambah,

Susu untuk kolesterol Anlene CholestoPro diformulasikan dengan pelbagai nutrien penting yang menyokong gaya hidup sihat, antaranya:
1.2g sterol tumbuhan – membantu menghalang penyerapan kolesterol tidak baik (LDL) dari usus
Kalsium & Vitamin D – Ia juga adalah susu untuk kalsium badan. Kalsium penting untuk kekuatan tulang
Protein – membina dan membaiki tisu badan
Kolagen – menyokong kesihatan sendi
MFGM Active™ – bahan tenusu unik yang membantu keseimbangan, kekuatan dan fleksibiliti
18 vitamin & mineral penting – menyokong kesihatan menyeluruh
Kajian menunjukkan bahawa, pengambilan dua gelas susu untuk kolesterol Anlene CholestoPro setiap hari dapat membantu menurunkan tahap kolesterol LDL sambil mengekalkan struktur tubuh yang kuat.
Selain itu, nutrien seperti magnesium dan zink juga menyumbang kepada kesihatan tulang dan sendi dalam jangka panjang.
Jadi, anda boleh cuba susu untuk keluarga ini!
Sempena pelancaran produk susu untuk kolesterol ini, Anlene turut melancarkan Anlene Get Active, Let’s Move Roadshow – sebuah kempen kesihatan bergerak yang menawarkan:
Pemeriksaan imbasan tulang dan ujian kekuatan otot secara percuma
Pemeriksaan kolesterol percuma hasil kerjasama dengan Sunway Multicare dan Avometer
Kempen bergerak di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mobiliti dan kolesterol
Untuk maklumat lanjut produk: https://www.anlene.com/my/en
Untuk lokasi & tarikh roadshow: https://www.anlene.com/my/en/anlene-move-check.html
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
*NielsenIQ report data via Retail Index Service for adult segment for the 52-week period ending 31 October 2022, Peninsular Malaysia market. (Copyright © 2022, NielsenIQ.
Institute for Public Health 2024. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023: Non-communicable Diseases and Healthcare Demand – Key Findings.
[email protected]. (2023, June 12). USM News Portal – ONLINE NEWS: EXPERTS CALL FOR MORE EFFECTIVE MANAGEMENT OF HIGH CHOLESTEROL IN CARDIOVASCULAR FIGHT. https://news.usm.my/index.php/keratan-akhbar/9037-online-news-experts-call-for-more-effective-management-of-high-cholestrol-in-cardiovascular-fight. Diakses pada April 18, 2025.
Hassan, H. (2023, June 26). Heart disease hitting Malaysians at younger age as cholesterol issues go undiagnosed: Paper. The Straits Times. https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/heart-disease-hits-malaysiansat-younger-age-as-cholesterol-issues-go-undiagnosed. Diakses pada April 18, 2025.
Dairy for strong bones? 2 essential nutrients for bone and joint health. https://www.uchicagomedicine.org/forefront/orthopaedics-articles/essential-nutrients-for-bone-and-joint-health. Diakses pada April 18, 2025.
Versi Terbaru
21/04/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor