brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Rasa Sihat Hari Ini, Mengapa Kesihatan Jantung Masih Penting untuk Golongan Muda

Pada usia muda, rasa sihat mungkin membuatkan kita menganggap tiada apa yang perlu dibimbangkan. Tiada rasa sakit dada, tidak mudah penat dan masih mampu menjalani rutin harian seperti biasa. Jadi, mengapa perlu risau tentang kesihatan jantung atau mengamalkan apa-apa petua turunkan kolesterol?

Rasa Sihat Hari Ini, Mengapa Kesihatan Jantung Masih Penting untuk Golongan Muda

Ramai golongan muda beranggapan masalah berkaitan jantung hanya berlaku apabila usia semakin meningkat. Namun, beberapa faktor risiko seperti kolesterol tinggi, hipertensi dan diabetes boleh berkembang tanpa menunjukkan sebarang gejala yang jelas. 

Ini bermakna seseorang boleh berasa dan terlihat sihat, tetapi pada masa yang sama mungkin tidak menyedari bahawa mereka mempunyai faktor risiko kesihatan yang belum dikenal pasti.

Hakikatnya, rasa sihat semata-mata bukanlah ukuran yang tepat untuk menentukan tahap kesihatan jantung. 

Maka, mengenali faktor risiko dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala boleh menjadi langkah awal yang penting untuk memberi perhatian kepada kesihatan jantung dalam jangka panjang.

Jadi, adakah anda benar-benar sihat atau sekadar belum mengetahui faktor risiko yang mungkin belum disedari?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Golongan muda mungkin belum sedar tahap & risiko kesihatan jantung mereka

Ramai golongan dewasa muda mungkin menganggap diri mereka sihat kerana tidak mengalami sebarang gejala. Namun, data daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2023 menunjukkan bahawa sebahagian besar golongan muda yang mempunyai faktor risiko seperti kolesterol tinggi, hipertensi dan diabetes sebenarnya tidak menyedari keadaan kesihatan mereka.

Menurut tinjauan itu lagi, individu berusia 18 hingga 29 tahun dilaporkan:

  • 95% menghidapi kolesterol tinggi tetapi tidak tahu tentangnya
  • 80% menghidapi hipertensi tidak didiagnosis.
  • 84% menghidapi diabetes tidak didiagnosis.

Angka ini penting kerana kondisi seperti kolesterol tinggi, hipertensi dan diabetes mungkin boleh bertambah teruk tanpa wujud gejala yang ketara. 

Ramai individu hanya akan mengetahui tentangnya apabila menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin atau berkala.

Apabila tanda atau gejala mula muncul, keadaan kesihatan tersebut mungkin hanya disedari pada peringkat yang lebih lewat. 

Oleh itu, kesedaran tentang faktor risiko dan pemeriksaan kesihatan lebih awal boleh membantu rakyat Malaysia mengambil langkah proaktif seperti mengamalkan petua turunkan kolesterol untuk menyokong penjagaan kesihatan jantung mereka melalui tabiat harian yang lebih sihat.

Persoalannya, apakah petua untuk menurunkan kolesterol tinggi?

Kesedaran tentang kesihatan jantung penting sejak usia muda

Menjaga kesihatan jantung bukanlah sesuatu yang hanya perlu diberi perhatian apabila usia semakin meningkat. Sebaliknya, ia harus dipupuk secara beransur dan berperingkat sepanjang kehidupan. 

Penyakit kardiovaskular boleh berkembang dalam tempoh bertahun-tahun, manakala faktor risiko seperti kolesterol tinggi, hipertensi dan diabetes mungkin sudah wujud sebelum sebarang gejala muncul.

Malah, tabiat harian yang kelihatan kecil seperti pemakanan, aktiviti fizikal, pola tidur dan pengurusan berat badan boleh memberi kesan terhadap kesihatan jantung dalam jangka panjang. 

Ini bermakna apa yang dilakukan ketika usia muda bakal mempengaruhi risiko penyakit jantung apabila seseorang meningkat dewasa.

Satu kajian selama 40 tahun melibatkan 4,200 orang dewasa muda berusia 18 hingga 30 tahun mendapati bahawa tahap kesihatan kardiovaskular yang baik pada awal kehidupan dikaitkan dengan hasil kesihatan yang lebih baik pada usia dewasa.

Ketahuilah bahawa paras kolesterol seseorang dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk genetik, usia dan paling penting, gaya hidup.1 

Jadi, masa terbaik untuk kita semua mula menjaga kesihatan jantung dan tahap kolesterol ialah sebelum masalah kesihatan itu muncul.1 

Tapi, berapa bacaan kolesterol paling tinggi? Secara umum, jumlah kolesterol 6.2 mmol/L (240 mg/dL) atau lebih dianggap tinggi.2 

Dengan meningkatkan kesedaran dan mengubah gaya hidup lebih awal, golongan muda mempunyai peluang untuk mengenal pasti faktor risiko dan membuat perubahan gaya hidup yang lebih sihat sejak awal.

Mengamalkan petua turunkan kolesterol sejak awal boleh menjadi sebahagian daripada usaha menjaga kesihatan jantung dan membina tabiat yang lebih sihat..3

Petua turunkan kolesterol melalui tabiat-tabiat kecil sejak dari usia muda lagi

petua turunkan kolesterol
Tabiat pemakanan sihat perlu bermula dari awal lagi.

Menjaga kesihatan jantung tidak semestinya memerlukan perubahan gaya hidup yang besar. Sebaliknya, tabiat kecil yang dilakukan secara konsisten setiap hari boleh membantu menyokong kesihatan jantung dalam jangka panjang.

Antara petua turunkan kolesterol yang utama adalah dengan mengamalkan tip pemakanan sihat seperti:4 5 6

  • Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan harian.
  • Pilih bijirin penuh dan makanan berserat seperti oat serta kekacang.
  • Ambil ikan, khususnya ikan berlemak sebagai sumber omega-3.
  • Utamakan sumber lemak tidak tepu dan hadkan pengambilan lemak tepu.
  • Kurangkan makanan ultra-proses serta makanan tinggi gula dan garam.
  • Jadikan air kosong sebagai pilihan minuman utama keluarga.

Dalam masa yang sama, golongan muda yang sukar mencari masa untuk bersenam boleh sahaja memulakan aktiviti seperti berjalan kaki sebagai titik permulaan yang mudah dan praktikal. 

Tidak perlu menunggu sehingga mempunyai masalah kesihatan untuk mula bergerak. Aktiviti fizikal yang dilakukan secara konsisten boleh membantu menyokong kesihatan kardiovaskular secara keseluruhan dan menjadi salah satu pelaburan kecil yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan jantung pada masa hadapan.

Menguruskan kolesterol dengan mudah & konsisten

Menguruskan paras kolesterol bukan semata-mata tentang membuat perubahan besar dalam gaya hidup. Sebaliknya, cara anda menguruskan kolesterol dengan mudah dan konsisten adalah kunci utama. 

Pertama, anda perlu tahu kolesterol baik (HDL) yang mungkin diperlukan dan kolesterol jahat (LDL) yang kurang diperlukan.

Persoalannya, bagaimana cara membuang kolesterol jahat dari dalam badan. Untuk pengetahuan anda semua, ia sebenarnya bukan bermaksud menghapuskan LDL sepenuhnya.

LDL mempunyai fungsi dalam tubuh, tetapi paras yang terlalu tinggi perlu diuruskan kerana ia boleh meningkatkan risiko pembentukan plak dalam arteri.7

Bagi mengelak paras kolesterol LDL dan HDL yang tidak stabil, aspek pemakanan, pemeriksaan kesihatan serta aktiviti fizikal secara berkala perlu dijaga dengan baik. 

Tabiat yang lebih sihat biasanya lebih mudah dikekalkan apabila ia dapat disesuaikan secara semula jadi dengan rutin harian.

Pilihan yang mudah diamalkan setiap hari boleh membantu seseorang mengekalkan perubahan gaya hidup dengan lebih konsisten.

Salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan ialah Nestlé Omega Plus UHT, yang boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada rutin harian dalam usaha membantu menyokong pengurusan kolesterol. 

petua turunkan kolesterol
Antara variasi produk Nestlé Omega Plus.

Nestlé Omega Plus UHT hadir dalam format sedia diminum yang mudah diambil pada bila-bila masa sama ada ketika di tempat kerja, di universiti di sekolah atau di mana-mana sahaja. 

Dua pek sehari membekalkan 1.2g Acticol® Sterol Tumbuhan, iaitu yang telah dibuktikan manfaatnya secara saintifik bagi membantu mengawal paras kolesterol. 

Keberkesanan ini disokong oleh kajian Thomsen et al. yang menyatakan bahawa, pengambilan 1.2 g sterol tumbuhan sehari menerusi pengambilan 2 hidangan Nestlé Omega Plus menghasilkan penurunan LDL yang signifikan berbanding kumpulan kawalan.8

Ini menjadikannya salah satu petua turunkan kolesterol yang mudah untuk individu yang ingin memberi lebih perhatian kepada pengurusan kolesterol dalam kehidupan seharian.

Walau bagaimanapun, pengambilan produk sebegini sebaiknya dilihat sebagai pelengkap kepada gaya hidup sihat secara keseluruhan, termasuk pemakanan seimbang, aktiviti fizikal dan pemeriksaan kesihatan berkala.

Petua turunkan kolesterol: Jadikan Nestlé Omega Plus sebahagian daripada rutin pengurusan kolesterol 

Ramai golongan muda di Malaysia mungkin tidak menyedari bahawa mereka mempunyai faktor risiko kardiovaskular kerana kondisi seperti kolesterol tinggi, hipertensi dan diabetes boleh berkembang secara senyap tanpa gejala yang ketara.

Oleh itu, kesedaran awal, tabiat harian yang lebih sihat dan pemeriksaan kesihatan secara berkala boleh membantu seseorang mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan jantung. 

Mengekalkan tahap kesihatan kardiovaskular yang baik sejak usia dewasa muda dikaitkan dengan hasil kesihatan jantung yang lebih baik pada masa hadapan.

Bagi individu yang ingin memberi perhatian kepada pengurusan kolesterol sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat, Nestlé Omega Plus UHT menawarkan pilihan rendah lemak yang mudah diamalkan dalam rutin harian. 

Ia mengandungi Acticol® Sterol Tumbuhan terbukti secara saintifik membantu menurunkan kolesterol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup sihat.

Menjaga kesihatan jantung boleh bermula dengan tabiat harian yang lebih sihat sejak usia muda.

Langkah kecil yang konsisten hari ini boleh menjadi pelaburan untuk kesihatan jantung pada masa hadapan.

Ketahui lebih lanjut tentang Nestlé Omega Plus di sini!

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada seminggu lalu