
Selalu Skip Sarapan Sebab Sibuk? Cuba Menu Sarapan Ringkas & Mesra Jantung Ini
Pagi hari mungkin terasa seperti perlumbaan kecil. Jam loceng berbunyi, tetapi tangan masih mahu menekan butang snooze. Kemudian perlu menyiapkan anak ke sekolah, menguruskan pasangan, bersiap untuk bekerja dan berdepan pula dengan kesesakan lalu lintas.

Dalam keadaan terburu-buru, sarapan sering menjadi perkara pertama yang dikorbankan.
“Tak sempat makan, nanti makanlah.”
Bunyi macam perkara kecil, tetapi tabiat meninggalkan sarapan dikaitkan dengan kualiti pemakanan harian yang kurang seimbang1. Ini termasuk pengambilan buah-buahan, bijirin penuh dan produk tenusu yang lebih rendah1.
Jadi, daripada menganggap sarapan sebagai hidangan yang boleh dilepaskan begitu sahaja, sudah tiba masanya untuk melihat semula kepentingan menu sarapan yang mudah tetapi berkhasiat sebagai sebahagian daripada corak pemakanan yang lebih seimbang2.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Apa akan berlaku jika anda kerap meninggalkan sarapan?
Kajian menunjukkan bahawa tabiat meninggalkan sarapan dikaitkan dengan corak pemakanan harian yang kurang seimbang1.
Keadaan ini boleh dikaitkan dengan:
- Corak pemakanan yang kurang berkualiti dari segi nutrisi1
- Kadar pengambilan buah-buahan, bijirin penuh atau produk tenusu yang lebih rendah1
Jika corak pemakanan yang kurang seimbang ini berlaku secara berterusan, ia boleh menjejaskan usaha untuk mengekalkan corak pemakanan yang baik untuk kesihatan jantung2,3.
Ini bermakna, persoalannya bukan sekadar “perlu atau tidak sarapan?“, tetapi juga “apa yang kita makan untuk sarapan?“
Apa kaitannya dengan paras kolesterol?
Kolesterol ialah sejenis bahan berlemak yang diperlukan oleh tubuh. Namun, paras kolesterol yang tinggi boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan jantung3.
Dua istilah yang sering disebut apabila bercakap tentang kolesterol ialah LDL dan HDL4.
| LDL | HDL |
| Kolesterol jahat (Low-density lipoprotein) | Kolesterol baik (High-density lipoprotein) |
| Paras LDL yang tinggi boleh menyumbang kepada pengumpulan kolesterol pada dinding salur darah. | Membantu membawa kolesterol berlebihan kembali ke hati untuk diproses. |
Pemakanan memainkan peranan penting dalam membantu menguruskan paras kolesterol, termasuk memberi perhatian kepada jenis lemak yang diambil5. Oleh itu, tabiat sarapan juga wajar dilihat sebagai sebahagian daripada corak pemakanan harian secara keseluruhan2.
Kerap melangkau sarapan bukanlah satu-satunya perkara yang perlu diberi perhatian dalam usaha menguruskan paras kolesterol. Sebaliknya, apa yang dimakan sepanjang hari, jumlah lemak tepu dalam diet, tahap aktiviti fizikal dan faktor gaya hidup lain turut perlu diberi perhatian4,5,6.
Justeru, membina rutin pemakanan yang lebih seimbang boleh menjadi salah satu langkah untuk menyokong kesihatan jantung dalam jangka panjang2.
Jadikan sarapan lebih mudah dan pantas
Sarapan yang baik tidak semestinya memerlukan hidangan yang rumit atau mengambil masa yang lama untuk disediakan. Jika pagi sentiasa sibuk, menyediakan menu sarapan yang ringkas pada malam sebelumnya boleh membantu anda mengelakkan sarapan daripada terus dilangkau.
Apa yang penting ialah memilih gabungan makanan yang sesuai dan membantu melengkapkan keperluan pemakanan harian2.
Antara pilihan menu sarapan yang mudah dan praktikal untuk disediakan termasuk:
- Susu bersama buah-buahan
- Roti bijirin penuh bersama sumber protein
- Oat bersama buah dan kekacang
- Yogurt bersama buah
- Bijirin penuh bersama susu

Bagi individu yang ingin memberi lebih perhatian kepada paras kolesterol, pemilihan makanan yang mengandungi bahan tertentu seperti sterol tumbuhan juga boleh dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada diet seimbang.
Sterol tumbuhan mempunyai struktur yang serupa dengan kolesterol dan boleh membantu mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus. Kajian klinikal terhadap susu rendah lemak yang diperkaya dengan sterol tumbuhan turut menunjukkan pengurangan paras LDL dalam kalangan subjek dengan hiperkolesterolemia7.
Jadi, bagi yang mencari menu sarapan pagi simple, tidak perlu terlalu memikirkan hidangan yang kompleks atau mengambil masa yang lama untuk disediakan. Pilihan yang ringkas tetapi seimbang lebih mudah untuk diamalkan secara konsisten.
Jika anda sedang mencari resepi sarapan pagi sihat, pilih gabungan makanan yang mengandungi sumber bijirin penuh, protein, buah-buahan serta minuman yang sesuai untuk melengkapkan hidangan2.
Mulakan dengan perubahan kecil
Tidak perlu mengubah keseluruhan rutin pemakanan dalam satu hari. Sebaliknya, cuba mulakan dengan beberapa perubahan mudah:
- Elakkan meninggalkan sarapan secara rutin1.
- Pilih makanan yang lebih rendah lemak tepu5.
- Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet2.
- Pilih sumber bijirin penuh2.
- Pertimbangkan makanan yang mengandungi sterol tumbuhan sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang7.
- Pastikan pengambilan makanan dan minuman sepanjang hari kekal seimbang2.
Diet dan gaya hidup sihat untuk membantu menguruskan kolesterol
Menjaga kolesterol bukan sekadar memilih menu sarapan yang baik. Kesihatan jantung turut dipengaruhi oleh keseluruhan corak pemakanan dan gaya hidup seseorang2.
Pilihan menu sarapan yang mudah juga boleh memudahkan usaha untuk mengekalkan rutin pemakanan yang lebih konsisten.
Selain sarapan, makanan yang dipilih sepanjang hari juga penting. Minuman seperti susu boleh dinikmati bukan sahaja pada waktu pagi, tetapi juga sebagai sebahagian daripada waktu makan atau snek
Pada masa yang sama, pemakanan yang sihat sebaiknya disokong dengan aktiviti fizikal yang konsisten. Aktiviti seperti berjalan kaki, bersenam atau melakukan aktiviti fizikal secara berkala boleh membantu seseorang mengekalkan gaya hidup yang lebih aktif6.
Jangan lupa untuk kekal aktif
Jika sukar mencari masa untuk melakukan senaman yang panjang, mulakan dengan aktiviti yang lebih mudah dimasukkan ke dalam rutin harian.
Contohnya:
- Berjalan kaki selepas makan
- Menggunakan tangga berbanding lif jika sesuai
- Berjalan ketika melakukan urusan harian
- Menetapkan sasaran langkah harian
- Melakukan aktiviti fizikal bersama keluarga

Nestlé Omega Plus: Pilihan mudah untuk rutin penjagaan kolesterol
Bagi individu yang sedang berusaha menjaga paras kolesterol, pemilihan makanan dan minuman yang sesuai boleh menjadi sebahagian daripada rutin harian.
Di samping mengamalkan pemakanan seimbang dan kekal aktif, anda juga boleh mempertimbangkan Nestlé Omega Plus yang diperkaya dengan ACTICOL® sterol tumbuhan sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan sihat untuk membantu membantu merendahkan paras kolesterol.
Dua hidangan Nestle Omega Plus membekalkan 1.2 g sterol tumbuhan, yang terbukti berkesan merendahkan kolesterol apabila diambil bersama diet seimbang dan gaya hidup sihat. Susu rendah lemak ini juga tinggi kalsium untuk penyokongan tulang dan gigi yang kuat. Susu rendah lemak ini juga tinggi kalsium berbanding pesaing utama dalam kategorinya.

Risau tentang paras kolesterol? Ketahui lebih lanjut mengenai Nestlé Omega Plus dengan ACTICOL® sterol tumbuhan dan bagaimana pengambilannya boleh membantu menguruskan kolesterol apabila diamalkan bersama diet seimbang dan gaya hidup aktif, klik di sini.
Selain menjaga pemakanan, kekal aktif juga penting untuk menyokong kesihatan jantung.
Langkah Bersama, Jantung Dijaga!
Mulakan dengan sarapan seimbang, sokong rutin sihat jantung
Meninggalkan sarapan mungkin nampak seperti perkara kecil apabila pagi sudah terlalu sibuk. Namun, apabila ia menjadi kebiasaan, ia boleh mempengaruhi corak pemakanan sepanjang hari — terutama jika rasa lapar menyebabkan kita memilih makanan yang lebih mudah dan kurang seimbang.
Sebab itu, membina menu sarapan yang ringkas, cepat dan mempunyai nilai pemakanan yang baik boleh menjadi satu langkah mudah untuk memulakan hari dengan lebih baik.
Namun, menjaga kesihatan jantung tidak berhenti pada sarapan sahaja. Pemilihan makanan sepanjang hari, pengambilan makanan yang sesuai untuk membantu menguruskan paras kolesterol serta aktiviti fizikal yang konsisten semuanya memainkan peranan.
Dengan ACTICOL® sterol tumbuhan, Nestlé Omega Plus boleh menjadi salah satu pilihan dalam rutin pemakanan harian bagi individu yang ingin membantu menguruskan paras kolesterol, bersama-sama diet seimbang dan gaya hidup aktif.
Jadi, daripada terus berkata “nanti makan”, mungkin sudah tiba masanya untuk memberi perhatian semula kepada sarapan. Perubahan kecil yang dilakukan secara konsisten boleh menjadi sebahagian daripada usaha membina tabiat pemakanan dan gaya hidup yang lebih baik untuk kesihatan jantung dalam jangka panjang.