backup og meta

Ada Ramuan Khas Untuk Turunkan Paras Kolesterol? Ini Rahsia Jus Tradisional Terkenal!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/06/2023

    Ada Ramuan Khas Untuk Turunkan Paras Kolesterol? Ini Rahsia Jus Tradisional Terkenal!

    Pernahkah anda dengar mengenai jus lega? Ramai orang yang tertarik dengan jus ini disebabkan ia merupakan ramuan tradisional untuk menurunkan kolesterol serta dikatakan ada manfaat terhadap kesihatan.

    Walau bagaimanapun, apakah rahsia di sebalik jus ini? Jus yang dicampur lemon, bawang putih, halia, cuka epal dan madu ini dikatakan dapat membuatkan badan lebih sihat dan bertenaga. Namun, adakah ia benar-benar berkhasiat seperti yang dicanang-canangkan?

    Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, mari ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Benarkah jus lega dapat menurunkan kadar kolesterol badan?

    Tidak dinafikan, makanan tertentu boleh merendahkan tahap kolesterol badan dan mengurangkan lemak dalam darah.

    Malah, ada juga makanan yang dapat mengurangkan tahap lipoprotein berketumpatan rendah (LDL), sejenis kolesterol jahat yang boleh menyebabkan aterosklerosis.

    Sebagai contoh, makanan seperti jus lemon, halia, cuka epal, bawang putih dan madu sudah banyak digunakan secara turun-temurun untuk mengurangkan kadar kolesterol badan.

    Sebab itulah, bahan-bahan ini digunakan di dalam jus lega. Malah, banyak lagi manfaat bahan ini terhadap kesihatan badan selain mengurangkan kadar kolesterol.

    Namun, apakah rahsia jus ini sehingga ia dikatakan dapat membawa manfaat terhadap kesihatan? Rahsianya mungkin terletak pada bahan-bahan yang digunakan di dalam jus tersebut!

    1. Gabungan lemon dan bawang putih dalam jus lega

    jus lega

    Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam International Journal of Preventive Medicine, pengambilan jus lemon, halia dan bawang putih mentah didapati dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Malah, ini juga merupakan ramuan tradisional untuk menurunkan kolesterol yang telah diamalkan secara turun-temurun.

    Kajian yang dijalankan terhadap 112 orang subjek ini mendapati penurunan kolesterol sangat ketara dalam kalangan mereka yang minum jus lemon dan makan bawang putih setiap hari.

    Tahap kolesterol LDL mereka juga berkurangan sebanyak 30 mg/dl secara purata. Pada masa yang sama, tekanan darah tinggi subjek juga semakin menurun.

    2. Bawang putih untuk turunkan kolesterol

    jus lega

    Bawang putih merupakan salah satu suplemen herba yang sangat laris di pasaran. Salah satu manfaat bawang putih terhadap kesihatan ialah keupayaannya untuk menurunkan kolesterol dalam badan.

    Malah, menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal CJC Pediatric and Congenital Heart Disease, pengambilan bawang putih terbukti dapat mengawal kolesterol badan.

    Walau bagaimanapun, keputusan kajian yang dijalankan adalah bercanggah. Ada juga kajian lain yang tidak menemui sebarang bukti bahawa bawang putih boleh mengurangkan kadar kolesterol.

    Malah, kemampuan bawang putih untuk menurunkan kolesterol juga didapati berkait rapat dengan jumlah dos yang diambil. Bukan itu sahaja, kesannya juga hanyalah sementara dan tidak dapat menurunkan tahap kolesterol badan secara kekal.

    Baca juga:

  • 1001 Khasiat Bawang Putih Yang Ramai Tak Sedar! Usah Risau Mulut Berbau Lagi!
  • Makan Bawang Putih Bakar Campur Madu, Sedap Ke? Ini 5 Manfaat Jika Amalkan
  • 3. Penggunaan cuka epal

    jus lega

    Selain dapat mengawal kadar gula dalam darah, cuka epal dalam jus lega juga mungkin dapat mengurangkan kolesterol dalam badan pesakit.

    Menurut sebuah kajian 12 minggu yang dimuatkan di dalam Journal of Functional Foods, individu yang makan cuka epal dapat mengurangkan berat badan dan mempunyai tahap kolesterol yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

    Malah, tahap kolesterol baik dalam badan pesakit juga berjaya ditingkatkan.

    Kolesterol baik atau HDL merupakan sejenis lemak yang bermanfaat untuk badan. Ia dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung.

    Kesimpulan

    Selain makanan di atas, ada banyak lagi makanan lain yang boleh mengurangkan kolesterol dalam badan. Sebagai contoh, kekacang, buah-buahan sitrus dan minyak sayuran juga mempunyai manfaat yang sama terhadap kesihatan.

    Sebagai contoh, makanan tinggi serat boleh ‘mengikat’ lemak dan mengeluarkannya daripada badan sebelum ia masuk ke dalam salur darah. Ada juga makanan yang kaya dengan lemak poli tidak tepu yang dapat mengurangkan kolesterol LDL dalam badan.

    Malah, ada sayur-sayuran yang kaya dengan sterol dan stanol dan menghalang badan daripada menyerap kolesterol.

    Jika anda ingin mengambil jus lega atau membuatnya sendiri di rumah, pastikan anda dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Benar, ini merupakan ramuan tradisional untuk menurunkan kolesterol yang diamalkan secara turun-temurun. Tetapi, jangan lupa, jika anda mempunyai masalah kolesterol tinggi, ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor perlulah didahulukan.

    Jangan sesekali ambil makanan tambahan untuk merawat masalah atau penyakit tertentu. Walaupun ada banyak testimoni yang memberangsangkan, ada juga makanan tambahan yang boleh membuatkan kondisi anda menjadi semakin teruk.

    Oleh sebab itu, dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis makanan tambahan atau ubat tradisional.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan