Mengurangkan makanan berlemak sahaja bukanlah satu-satunya cara untuk menurunkan kolesterol. Sebaliknya, ia memerlukan gabungan pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan amalan harian yang konsisten untuk membantu mengurus paras kolesterol1,2.
Artikel Ditaja Oleh 
Mengurangkan makanan berlemak sahaja bukanlah satu-satunya cara untuk menurunkan kolesterol. Sebaliknya, ia memerlukan gabungan pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan amalan harian yang konsisten untuk membantu mengurus paras kolesterol1,2.

Ramai hanya mengetahui mereka mempunyai kolesterol tinggi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan kerana keadaan ini selalunya tidak menyebabkan simptom yang jelas pada peringkat awal3. Jika tidak dikawal, kolesterol tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung serta strok1,3.
Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa cara kurangkan kolestrol yang boleh diamalkan, termasuk bagaimana sterol tumbuhan boleh menjadi sebahagian daripada pendekatan pemakanan untuk membantu mengurus kolesterol4.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.
Kolesterol ialah sejenis lemak (lipid) yang dihasilkan secara semula jadi oleh hati dan juga diperoleh daripada makanan. Tubuh memerlukan kolesterol untuk menghasilkan hormon, vitamin D serta membantu proses pencernaan5.
Namun, apabila paras LDL (kolesterol “jahat”) menjadi terlalu tinggi, ia boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak. Lama-kelamaan, keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung serta strok1,3.
Ramai tertanya-tanya kenapa kolesterol jahat tinggi walaupun mereka kelihatan sihat. Sebenarnya, peningkatan paras kolesterol LDL boleh dipengaruhi oleh gabungan faktor gaya hidup dan genetik1,3.
Antara faktor yang boleh meningkatkan paras kolesterol LDL termasuk1,3:

Walaupun sesetengah faktor seperti genetik tidak dapat dielakkan, perubahan gaya hidup masih memainkan peranan penting dalam membantu mengurus kolesterol.
Tanda-tanda kolesterol tinggi pada wanita dan lelaki selalunya tidak jelas pada peringkat awal. Oleh sebab itu, kolesterol tinggi sering dikenali sebagai keadaan yang berlaku secara senyap or keadaan tanpa gejala yang jelas3.
Walau bagaimanapun, apabila plak mula menyempitkan saluran darah, beberapa tanda dan komplikasi berikut boleh berlaku1,3.
Apabila arteri koronari menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol, aliran darah ke jantung berkurangan dan boleh menyebabkan sakit dada3.
Pengurangan aliran darah ke kaki boleh menyebabkan rasa lenguh, kekejangan atau kaki mudah penat ketika berjalan3.
Peredaran darah yang kurang baik boleh menyebabkan luka, khususnya pada kaki, mengambil masa lebih lama untuk sembuh3.
Kolesterol yang terkumpul pada dinding arteri boleh menyekat aliran darah ke jantung dan meningkatkan risiko serangan jantung1,3.
Jika saluran darah ke otak tersumbat akibat plak kolesterol, ia boleh menyebabkan strok yang memerlukan rawatan segera1,3.
Sekiranya anda mempunyai faktor risiko, pemeriksaan kolesterol secara berkala amat penting walaupun tidak mengalami sebarang simptom1,3.

Cara menurunkan kolesterol LDL
Cara menurunkan kolesterol LDL memerlukan perubahan gaya hidup yang konsisten. Tiada satu makanan atau amalan yang mampu menurunkan kolesterol secara serta-merta1,2.
Sebaliknya, gabungan beberapa tabiat sihat berikut boleh membantu mengurus paras kolesterol apabila diamalkan secara konsisten1,2.
Antara amalan yang boleh dilakukan ialah2:
Selain mengamalkan cara kurangkan kolestrol seperti pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang diperkaya dengan sterol tumbuhan juga boleh menjadi pelengkap kepada amalan pemakanan sihat untuk membantu mengurus kolesterol apabila diamalkan bersama diet seimbang dan gaya hidup aktif4.
Selain perubahan gaya hidup, pemakanan juga memainkan peranan penting dalam membantu mengurus kolesterol. Salah satu komponen yang telah dikaji sebagai sebahagian daripada pendekatan pemakanan ialah sterol tumbuhan4.
Sterol tumbuhan ialah sebatian semula jadi daripada tumbuhan yang mempunyai struktur hampir menyerupai kolesterol. Apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi, ia membantu mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus, sekali gus membantu menurunkan paras kolesterol LDL dalam darah4.
Keberkesanan sterol tumbuhan dalam membantu mengurus kolesterol turut disokong oleh kajian klinikal yang melibatkan individu dengan hiperkolesterolemia ringan4.
Pengambilan 1.2 g sterol tumbuhan bebas sehari didapati membantu menurunkan purata paras kolesterol LDL sebanyak 7.13% selepas empat minggu4.
Kajian yang sama turut menunjukkan penurunan jumlah kolesterol sebanyak 4.73% bagi pengambilan 1.2 g sterol tumbuhan bebas sehari.
Salah satu produk yang diperkaya dengan ACTICOL® sterol tumbuhan ialah Nestlé Omega Plus. Pengambilannya boleh menjadi sebahagian daripada pendekatan pemakanan untuk membantu menurunkan kolesterol apabila diamalkan bersama diet seimbang dan gaya hidup sihat4.

Mengurus kolesterol tidak memerlukan perubahan yang drastik. Cara kurangkan kolestrol yang berkesan bermula dengan amalan harian seperti pemakanan seimbang, aktiviti fizikal yang mencukupi dan pemeriksaan kesihatan secara berkala1,2.
Di samping mengamalkan cara kurangkan kolestrol melalui gaya hidup sihat, anda juga boleh mempertimbangkan Nestlé Omega Plus yang diperkaya dengan ACTICOL® sterol tumbuhan sebagai pelengkap kepada amalan pemakanan sihat untuk membantu mengurus kolesterol4.
NESTLÉ OMEGA PLUS® mengandungi ACTICOL®, iaitu 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti membantu menurunkan kolesterol dengan mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah sebagai sebahagian daripada diet dan gaya hidup sihat.
Susu rendah lemak ini juga tinggi kalsium untuk membantu mengekalkan tulang yang kuat serta mengandungi asid lemak penting Omega 3 & 6. Kajian klinikal menunjukkan bahawa pengambilan 2 hidangan sehari bersama gaya hidup sihat dapat membantu menurunkan paras kolesterol.
Bagi mereka yang ingin mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan jantung seiring peningkatan usia, NESTLÉ OMEGA GOLD® diformulasikan khas untuk individu berumur 50 tahun ke atas bagi membantu menangani “3 Tinggi” iaitu kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan gula darah tinggi, yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung.
NESTLÉ OMEGA GOLD® mengandungi ACTICOL® sterol tumbuhan yang terbukti membantu menurunkan kolesterol, Kalium yang membantu mengekalkan tekanan darah normal serta Inulin yang telah dikaji dapat membantu mengekalkan kawalan gula dalam darah yang baik.
Bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup yang berbeza, rangkaian Nestlé Omega ditawarkan dalam pelbagai format yang mudah dan praktikal. Pengguna boleh memilih NESTLÉ OMEGA PLUS® untuk membantu menguruskan kolesterol atau NESTLÉ OMEGA GOLD® untuk membantu menangani “3 Tinggi”. Kedua-dua rangkaian turut tersedia dalam pilihan susu tepung dan sedia diminum (UHT), memudahkan pengambilan harian di mana sahaja.
Risau tentang paras kolesterol? Ketahui lebih lanjut mengenai Nestlé Omega Plus dengan ACTICOL® sterol tumbuhan dan bagaimana pengambilannya boleh membantu mengurus kolesterol apabila diamalkan bersama diet seimbang dan gaya hidup aktif DI SINI.
Sertai Walk A Million Miles 2026 anjuran Nestle Omega Plus dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia & IJN Foundation dan anda berpeluang mendapatkan jersi edisi terhad serta pelbagai hadiah menarik yang lain.
Langkah Bersama, Jantung Dijaga!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
25/09/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor