backup og meta

2 Dalam 1, Susu Baharu Ini Boleh Bantu Turunkan Kolesterol & Kuatkan Sendi!

Tekanan darah anda tinggi angkara kolesterol tidak terkawal? Mungkin anda boleh mula mempertimbangkan susu untuk kolesterol khusus bagi membantu mengawal tahap kolesterol badan anda.

Hendak tahu apa manfaat susu untuk turun kolesterol? Baca lebih lanjut tentang kebaikan susu untuk keluarga ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Ramai tak sedar ada kolesterol tinggi

Kolesterol tinggi kini menjadi antara masalah kesihatan utama di Malaysia, yang menjejaskan jutaan orang dewasa.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, hampir 7.5 juta rakyat Malaysia atau 33.3% daripada populasi dewasa mengalami kolesterol tinggi, dan separuh daripada mereka tidak menyedarinya.

Walaupun kolesterol sering dikaitkan dengan penyakit jantung, ramai tidak tahu bahawa ia juga memberi kesan kepada kesihatan keseluruhan termasuk pergerakan tubuh.

Kolesterol tinggi, jika tidak dikawal, boleh meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan pelbagai komplikasi lain yang serius.

Kaitan antara kolesterol dan mobiliti

Untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif, kita memerlukan tulang, otot, dan sendi yang kuat.

Namun, apabila mobiliti terjejas, tahap aktiviti fizikal juga akan menurun, lalu menyebabkan penambahan berat badan dan peningkatan risiko kolesterol tinggi.

Inilah sebabnya mengapa kesihatan jantung dan kemampuan bergerak saling berkait rapat.

Apabila mobiliti dikekalkan, kita mampu bersenam dengan lebih konsisten, yang seterusnya membantu mengekalkan tahap kolesterol dalam julat normal.

Anlene CholestoPro: Inovasi susu untuk kolesterol dwi-fungsi

susu untuk kolesterol
Minum banyak susu untuk kekuatan tulang dan sendi.

Sebagai jenama susu dewasa No. 1 di Malaysia*, Anlene kini melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan inovasi terbaharunya iaitu susu untuk kolesterol Anlene CholestoPro.

Produk ini diformulasi secara saintifik dengan fungsi dwi-aksi: menyokong kesihatan mobiliti dan membantu merendahkan paras kolesterol.

Ganesh Thiagarajan, Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia & Singapura, menjelaskan:


Kekal aktif dan menguruskan kolesterol perlu diusahakan bersama dan ia saling berkaitan. Untuk bergerak aktif, kita memerlukan tulang, sendi, dan otot yang kuat.
Pada waktu yang sama, kesihatan tulang, sendi, dan otot yang lemah boleh menghadkan tahap aktiviti, meningkatkan risiko penambahan berat badan dan kolesterol tinggi, yang boleh membawa kepada masalah jantung.
Menyedari hakikat ini, Anlene komited untuk menggalakkan rakyat Malaysia makan secara sihat dan menyediakan rangkaian produk yang diformulasikan secara saintifik.

Apa kata pakar tentang susu untuk kolesterol ini? 

Menurut Ganesh lagi, satu daripada dua orang dewasa yang menghidap kolesterol tinggi tidak sedar mereka mengalaminya.

Tambahan pula, lebih 54% orang dewasa di Malaysia kini mempunyai berat badan berlebihan atau obes, sekali gus meningkatkan risiko kesihatan berkaitan kolesterol.

Pakar fisiologi perubatan, Dr. Azura Abas, turut menegaskan bahawa kolesterol tinggi adalah faktor risiko kedua tertinggi bagi penyakit jantung di Malaysia, dan masalah ini kerap berlaku 10 tahun lebih awal berbanding purata global.


Ramai yang tidak menyedari bahawa kolesterol tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular akibat pengumpulan kolesterol dalam arteri, yang boleh menyebabkan salur darah sumbat, serangan jantung, dan komplikasi serius yang lain.
Malah, ia adalah faktor risiko kedua paling utama bagi penyakit berkaitan jantung. Di Malaysia, kes penyakit kardiovaskular semakin meningkat, dengan kes berlaku purata sepuluh tahun lebih awal berbanding trend global.

Dr. Azura Abas turut menambah,


Kolesterol tinggi sering berpunca daripada gaya hidup yang tidak aktif, kurang bersenam, tidak mengamalkan diet seimbang, atau pengambilan lemak tepu yang berlebihan. Namun, berita baiknya ialah kita boleh mengambil langkah untuk mengawalnya.
Dengan kekal aktif, makan secara sihat, dan mengambil makanan yang membantu menurunkan kolesterol seperti sterol tumbuhan, kita boleh memberi impak positif kepada tahap kolesterol kita.

Kandungan Anlene CholestoPro & manfaat ambil dua gelas sehari

susu untuk kolesterol
Antara manfaat utama susu Anlene CholestoPro.

Susu untuk kolesterol Anlene CholestoPro diformulasikan dengan pelbagai nutrien penting yang menyokong gaya hidup sihat, antaranya:

  • 1.2g sterol tumbuhan – membantu menghalang penyerapan kolesterol tidak baik (LDL) dari usus

  • Kalsium & Vitamin D – Ia juga adalah susu untuk kalsium badan. Kalsium penting untuk kekuatan tulang

  • Protein – membina dan membaiki tisu badan

  • Kolagen – menyokong kesihatan sendi

  • MFGM Active™ – bahan tenusu unik yang membantu keseimbangan, kekuatan dan fleksibiliti

  • 18 vitamin & mineral penting – menyokong kesihatan menyeluruh

Kajian menunjukkan bahawa, pengambilan dua gelas susu untuk kolesterol Anlene CholestoPro setiap hari dapat membantu menurunkan tahap kolesterol LDL sambil mengekalkan struktur tubuh yang kuat.

Selain itu, nutrien seperti magnesium dan zink juga menyumbang kepada kesihatan tulang dan sendi dalam jangka panjang.

Jadi, anda boleh cuba susu untuk keluarga ini!

Kempen kesihatan dan akses produk Anlene di seluruh Malaysia

Sempena pelancaran produk susu untuk kolesterol ini, Anlene turut melancarkan Anlene Get Active, Let’s Move Roadshow – sebuah kempen kesihatan bergerak yang menawarkan:

  • Pemeriksaan imbasan tulang dan ujian kekuatan otot secara percuma

  • Pemeriksaan kolesterol percuma hasil kerjasama dengan Sunway Multicare dan Avometer

  • Kempen bergerak di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mobiliti dan kolesterol


Susu untuk turun kolesterol Anlene CholestoPro kini boleh didapati dalam pek 480g dan 800g di seluruh pasar raya, farmasi, pasar raya besar dan juga dalam talian melalui Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut produk: https://www.anlene.com/my/en
Untuk lokasi & tarikh roadshow: https://www.anlene.com/my/en/anlene-move-check.html

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

*NielsenIQ report data via Retail Index Service for adult segment for the 52-week period ending 31 October 2022, Peninsular Malaysia market. (Copyright © 2022, NielsenIQ.

Institute for Public Health 2024. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023: Non-communicable Diseases and Healthcare Demand – Key Findings.

[email protected]. (2023, June 12). USM News Portal – ONLINE NEWS: EXPERTS CALL FOR MORE EFFECTIVE MANAGEMENT OF HIGH CHOLESTEROL IN CARDIOVASCULAR FIGHThttps://news.usm.my/index.php/keratan-akhbar/9037-online-news-experts-call-for-more-effective-management-of-high-cholestrol-in-cardiovascular-fight. Diakses pada April 18, 2025.

Hassan, H. (2023, June 26). Heart disease hitting Malaysians at younger age as cholesterol issues go undiagnosed: Paper. The Straits Times. https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/heart-disease-hits-malaysiansat-younger-age-as-cholesterol-issues-go-undiagnosed. Diakses pada April 18, 2025.

Dairy for strong bones? 2 essential nutrients for bone and joint health. https://www.uchicagomedicine.org/forefront/orthopaedics-articles/essential-nutrients-for-bone-and-joint-health. Diakses pada April 18, 2025.

Versi Terbaru

21/04/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

7 Makanan Ini Boleh Kurangkan Kolesterol & Lemak Jahat, No. 7 Mesti Anda Suka!

Orang Perempuan Kalau Alami 7 Benda Ini, Itu Tanda Kolesterol Badan Anda TINGGI!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 21/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan