backup og meta

6 Tanda Masalah Jantung Ini Mungkin Boleh Dikesan Melalui Keadaan Kuku Anda!

6 Tanda Masalah Jantung Ini Mungkin Boleh Dikesan Melalui Keadaan Kuku Anda!

Tahukah anda, kesihatan kuku dan jantung itu berkait rapat? Selain simptom umum seperti sesak nafas dan sakit dada, ada juga beberapa simptom yang boleh dilihat pada kuku tanda sakit jantung.

Perubahan pada kuku boleh memberi petunjuk awal mengenai sistem peredaran darah dan fungsi jantung. 

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai perubahan yang boleh dilihat pada kuku sekiranya anda mengalami sakit jantung dan bila perlu berjumpa doktor. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

6 Simptom pada kuku tanda sakit jantung

Benarkah perubahan warna kuku tanda sakit jantung? 

Selalunya, sukar untuk menentukan apa-apa penyakit melalui warna kuku. Namun, keadaan kuku boleh menjadi tanda awal penyakit tertentu. 

Di bawah, kami akan terangkan beberapa kondisi pada kuku yang mungkin menandakan sakit jantung. 

1. Kuku kebiruan (cyanosis)

Kuku kebiruan merupakan tanda penyakit serius.
Kuku kebiruan merupakan tanda penyakit serius.

Salah satu gejala penyakit jantung melalui kuku ialah cyanosis. Ia merupakan satu keadaan di mana kuku atau bahagian bawah kuku menjadi kebiruan atau kelabu. 

Kuku berubah kepada warna tersebut kerana darah dalam badan kekurangan oksigen.

Keadaan ini boleh disebabkan oleh masalah jantung yang menandakan organ tersebut tidak dapat mengepam darah dengan baik ke seluruh badan. 

Jika anda melihat perubahan ini pada kuku, terutamanya jika ia berlaku sekali dengan simptom lain seperti sesak nafas atau keletihan, segera dapatkan rawatan perubatan. 

Kuku tanda sakit jantung 2: Kuku pucat

Kuku yang nampak pucat atau putih mungkin menandakan anemia. Ia juga merupakan salah satu perubahan warna kuku tanda sakit yang tidak wajar diabaikan. 

Kadangkala, kuku pucat juga boleh menjadi tanda fungsi jantung yang lemah

Keadaan ini berlaku apabila darah tidak mengandungi sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke tisu seluruh badan. 

Jika kuku kelihatan terlalu pucat dalam jangka masa panjang, ia mungkin petanda jantung tidak berfungsi dengan baik. 

Selalunya, simptom tersebut turut disertai gejala seperti pening kepala atau kelesuan.  

3. Kuku clubbing

Jumpa doktor segera jika kuku anda mula melengkung dan menjadi tebal.
Jumpa doktor segera jika kuku anda mula melengkung dan menjadi tebal.

Kuku clubbing merupakan satu kondisi yang berlaku apabila kuku mula melengkung ke bawah dan menjadi tebal. 

Ia boleh berlaku ketika badan mengalami kekurangan oksigen dalam jangka masa panjang. Kondisi tersebut turut dikenali sebagai hipoksia. 

Hipoksia merupakan salah satu gejala penyakit jantung melalui kuku. Ia berlaku disebabkan penyakit jantung kongenital atau penyakit paru-paru kronik

Masalah kuku clubbing selalunya berlaku secara perlahan-lahan. Lakukan pemeriksaan secepat mungkin sekiranya kuku anda mula alami perubahan. 

Kuku tanda sakit jantung 4: Ada garis gelap bawah kuku

Kemunculan garis gelap bawah kuku mungkin menandakan masalah aliran darah atau kerosakan pada saluran darah kecil. 

Dalam kes tertentu, garis ini boleh menjadi tanda endokarditis iaitu jangkitan pada lapisan dalam jantung. 

Garis ini juga dikenali sebagai splinter hemorrhages dan mungkin disertai simptom seperti demam, keletihan dan kesukaran bernafas.  

5. Kuku rapuh dan mudah pecah 

Kuku yang rapuh merupakan tanda tisu dalam badan tidak menerima oksigen yang mencukupi. 

Perkara tersebut boleh berlaku disebabkan penyakit arteri koronari atau masalah peredaran darah lain.

6. Kuku beralur atau berlubang 

Selain itu, satu lagi masalah kuku tanda sakit jantung ialah kuku beralur atau berlubang. Ia mungkin menunjukkan berlakunya stres dari segi fizikal atau gangguan pada aliran darah. 

Bagaimanapun, tanda ini jarang sekali menandakan penyakit jantung. 

Namun, ia mungkin merupakan tanda penyakit lain, misalnya penyakit kulit. 

Bila saya perlu berjumpa doktor?  

Jangan sesekali abaikan masalah pada kuku, ia mungkin tanda penyakit. 
Jangan sesekali abaikan masalah pada kuku, ia mungkin tanda penyakit.

Gejala penyakit jantung melalui kuku perlu diperiksa oleh pakar secepat mungkin. 

Antara tanda kuku tanda sakit jantung ialah kuku kebiruan, melengkung atau munculnya garis hitam. 

Semua perkara tersebut merupakan amaran bahawa wujudnya penyakit tertentu yang perlu dirawat. 

Dapatkan pemeriksaan serta merta jika ia berlaku bersama simptom lain, misalnya:

Kesimpulan:

  

  • Kuku boleh menjadi petunjuk penting kepada kesihatan jantung dan peredaran darah. 
  • Perubahan kecil pada kuku seperti perubahan warna, ketebalan atau kekuatan mungkin menjadi petanda awal masalah jantung yang tidak boleh diabaikan. 
  • Penting untuk sentiasa memantau perubahan pada tubuh badan dan segera mendapatkan nasihat doktor jika terdapat sebarang tanda yang merisaukan. 
  • Pemeriksaan awal dan rawatan yang tepat dapat membantu mengelakkan komplikasi yang lebih serius.  

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 7 fingernail problems not to ignore. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/7-fingernail-problems-not-to-ignore/art-20546860. Diakses pada Oktober 19, 2024
  2. 12 nail changes a dermatologist should examine. https://www.aad.org/public/everyday-care/nail-care-secrets/basics/nail-changes-dermatologist-should-examine. Diakses pada Oktober 19, 2024
  3. Nail problems. https://www.nhs.uk/conditions/nail-problems/. Diakses pada Oktober 19, 2024
  4. Can Your Nails Show Signs of an Illness? https://www.scripps.org/news_items/6820-can-your-nails-show-signs-of-an-illness. Diakses pada Oktober 19, 2024
  5. Nails – fingernail and toenail problems. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/nails-fingernail-and-toenail-problems. Diakses pada Oktober 19, 2024.

Versi Terbaru

24/10/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

12 Tanda Sakit Jantung Yang Anda TAK Boleh Biar! Jaga-jaga Jika Selalu Berdengkur!

Ini 13 Tanda Awal Kalau Jantung Ada Masalah, Semak Jika Anda Pernah Alaminya…


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan