Persoalannya, suplemen collagen bagus atau tidak untuk kulit atau ia tidak ada impak besar?
Benarkah suplemen ini bagus untuk kulit?
Sebenarnya, terdapat 4 jenis asid amino yang penting di dalam kolagen iaitu prolin, glisin, arginin dan hidroksiprolin di mana kesemua jenis itu amat diperlukan oleh organ paling besar ini.
Di antara 4 jenis asid amino tersebut, hidroksiprolin merupakan entiti utama yang mendorong sel di dalam kulit manusia bagi meningkatkan penghasilan kuantiti dan kualiti asid hialuronik.
Asid ini pula boleh membantu membuat kandungan air pada kulit menjadi lebih tinggi. Kesannya, kulit individu kurang risiko dehidrasi sekali gus menjadikan kulit lebih lembut, licin, anjal serta kuat!
Menurut kajian seliaan Minerva Research Labs Ltd., pengambilan suplemen kolagen ada potensi tinggi untuk mengurangkan kedutan dan kerutan selain mengelakkan masalah kulit kering.
Ia ekoran daripada maklum balas responden yang mengatakan kulit mereka menjadi lebih cantik, bersih dan awet muda setelah mengambil suplemen kolagen selama 12 minggu tanpa henti.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen