Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Awas, 5 Simptom Ini Tanda Serangan Jantung Ringan Pada Wanita, Jangan Abaikan!
Tahukah anda, tanda serangan jantung ringan pada wanita berbeza dengan lelaki? Walaupun kedua-dua jantina berisiko untuk menghidap penyakit sama, namun tanda tanda serangan jantung ringan yang dialami wanita selalunya sering diabaikan oleh kaum Hawa itu sendiri.
Malah, wanita juga tidak mengalami simptom serangan jantung seperti apa yang kita tonton pada kaca televisyen. Lupakan sahajalah adegan memegang bahagian dada seperti yang ditonton dalam drama-drama. Semua itu tidak benar.
Selalunya, serangan jantung bagi kaum Hawa bersifat ‘senyap’. Sebab itulah, kebanyakan wanita hanya akan berjumpa doktor jika simptom yang dialami benar-benar serius. Mereka anggap ia adalah sakit biasa, dan tidak tahu ia sebenarnya adalah tanda tanda serangan jantung ringan.
Bagi lelaki, tabiat yang tidak baik seperti merokok merupakan penyebab terbesar yang menyumbang kepada kes-kes kematian disebabkan penyakit jantung.
Walau bagaimanapun, statistik Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan, hampir 13.4 peratus kematian disebabkan penyakit jantung iskemik pada tahun 2020 membabitkan wanita.
Sebab itulah, kita perlu cakna mengenai tanda serangan jantung ringan pada wanita. Walaupun ia berlaku secara senyap, tetapi kita boleh mencegahnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Tanda serangan jantung ringan pada wanita
Antara tanda serangan jantung pada wanita ialah sakit dada.
Sama seperti lelaki, tanda serangan jantung ringan pada wanita adalah sakit dada (angina). Pun begitu, wanita mungkin mengalami simptom yang lebih ringan, antaranya sesak nafas, rasa loya atau sakit belakang.
Antara 5 tanda serangan jantung akan muncul ialah:
Tanda serangan jantung ringan pada wanita #1. Sakit dada
Salah satu tanda tanda serangan jantung ringan yang berlaku kepada lelaki dan wanita adalah sakit dada. Mereka yang mengalami serangan jantung akan rasa ketat pada kawasan dada atau sesak nafas.
Walau bagaimanapun, wanita boleh mengalami serangan jantung tanpa sakit dada. Menurut kajian, 29.7 peratus wanita mengalami ketidakselesaan pada kawasan dada beberapa minggu sebelum serangan jantung.
2. Rasa letih yang melampau
Keletihan yang melampau adalah antara tanda awal serangan jantung. Malah, ada juga yang rasa penat tanpa sebab beberapa jam sebelum mengalami sakit jantung.
Bukan itu sahaja, kadangkala aktiviti mudah yang tidak memerlukan sebarang tenaga juga boleh menyebabkan rasa penat melampau.
3. Sesak nafas, tanda serangan jantung ringan pada wanita
Jumpa doktor secepat mungkin jika anda sukar bernafas.
Jika anda mengalami kesukaran untuk bernafas, walaupun ketika sedang berada dalam keadaan relaks, ini mungkin adalah salah satu tanda tanda serangan jantung ringan.
Sesetengah wanita akan rasa sesak nafas ketika berbaring, namun simptom jadi semakin baik ketika mereka berdiri. Dapatkan rawatan secepat mungkin jika sesak nafas diikuti dengan simptom lain seperti sakit dada.
Selain itu, wanita juga mungkin akan rasa seram sejuk walaupun cuaca tidak panas.
Tanda serangan jantung ringan pada wanita#5. Sengal-sengal pada bahagian atas badan
Dalam pada itu, antara tanda serangan jantung wanita ialah rasa sengal, terutamanya pada bahagian atas badan.
Antara kawasan yang terlibat ialah:
Leher
Rahang
Lengan
Tanda serangan jantung ringan pada wanita ketika menopaus
Tanda menopaus dalam kalangan wanita.
Selepas menopaus, risiko serangan jantung bagi wanita akan meningkat disebabkan penurunan hormon estrogen dalam badan.
Malah, wanita juga lebih berisiko mengalami serangan jantung apabila semakin berusia berbanding lelaki. Pakar menggalakkan agar wanita berusia 40 tahun ke atas melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.
Pemeriksaan ini penting bagi memastikan wanita dapat mengenal pasti sebarang masalah kesihatan seawal mungkin. Rawatan awal sangat penting bagi mengelakkan serangan jantung.
Oleh sebab itu, penting agar wanita tahu mengenai 5 tanda serangan jantung akan muncul selepas mengalami menopaus. Antaranya:
Rasa sakit pada kawasan lengan, belakang badan, leher, rahang atau perut.
Degupan jantung yang laju.
Sakit dada yang teruk.
Berpeluh tanpa melakukan sebarang aktiviti.
Rasa letih yang melampau.
Faktor risiko serangan jantung wanita
Wanita yang menghidap diabetes lebih berisiko mengalami serangan jantung.
Selain tanda tanda serangan jantung ringan, wanita juga perlu tahu faktor risiko serangan jantung.
Antara faktor risiko yang meningkatkan kebarangkalian serangan jantung dalam kalangan kaum Hawa ialah:
Umur. Wanita berusia 55 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi.
Sejarah keluarga. Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap sakit jantung lebih berisiko menghidap penyakit sama.
Sejarah kesihatan. Wanita yang mempunyai tekanan darah tinggi atau masalah kolesterol lebih berkemungkinan mengalami sakit jantung.
Penyakit.Mereka yang obes, menghidap diabetes atau penyakit autoimun lebih berisiko mengalami serangan jantung.
Gaya hidup.Merokok dan mengambil dadah boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Selain itu, tidak bersenam dan mengamalkan gaya hidup sedentari (tidak banyak bergerak) juga boleh menjadi antara risiko yang menyumbang kepada keadaan kesihatan ini.
Cara elak serangan jantung:
Lakukan pemeriksaan dengan kerap
Berhenti merokok
Jangan lupa makan ubat untuk penyakit tertentu, misalnya kolesterol tinggi atau diabetes
Turunkan berat badan
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
Ambil makanan berkhasiat
Kurangkan stres dalam kehidupan seharian
Pantau 5 tanda serangan jantung akan muncul dan jumpa doktor jika mengalami sebarang ketidakselesaan
Bila hendak berjumpa doktor?
Sekiranya anda mempunyai tanda serangan jantung seperti yang dijelaskan di atas, jumpa doktor secepat mungkin.
Jika perlu, doktor juga mungkin akan mencadangkan ujian darah atau menggunakan alat yang dikenali sebagai electrocardiogram untuk mengesan aktiviti jantung.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Heart Attack Symptoms in Women. https://www.heart.org/en/health-topics/heart-attack/warning-signs-of-a-heart-attack/heart-attack-symptoms-in-women. Diakses pada Ogos 20, 2024.
Heart attack symptoms and warning signs in women. https://www.hri.org.au/health/learn/cardiovascular-disease/heart-attack-symptoms-and-warning-signs-in-women. Diakses pada Ogos 20, 2024.
Heart disease in women: Understand symptoms and risk factors. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/heart-disease/art-20046167. Diakses pada Ogos 20, 2024.
Women and heart attacks. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/conditions/heart-attack/signs-and-symptoms-of-heart-attacks-in-women. Diakses pada Ogos 20, 2024.
Heart Attacks Striking Younger Women. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/heart-attack/heart-attacks-striking-younger-women. Diakses pada Ogos 20, 2024.
Versi Terbaru
09/02/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid