backup og meta

Mudah! Ini Cara Check Kolesterol Di Rumah, Tapi Ada Pro Dan Kontranya!

Mudah! Ini Cara Check Kolesterol Di Rumah, Tapi Ada Pro Dan Kontranya!

Melakukan pemeriksaan kolesterol di rumah merupakan antara pilihan bagi kebanyakan individu yang menghidapi masalah ini. Namun, tahukah anda cara check kolesterol sendiri?

Sebenarnya, melakukan ujian kolesterol di rumah tidak salah kerana dapat memudahkan pesakit memantau tahap kolesterol tubuh.

Pun begitu, terdapat kelebihan dan kekurangannya yang perlu anda ketahui. Ikuti kupasan ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Cara check kolesterol di rumah

Jika anda didiagnosis dengan kolesterol tinggi, memantau tahap kolesterol di rumah mungkin antara perkara yang baik untuk dilakukan. 

Dalam melakukan ujian ini di rumah, anda boleh memeriksa kadar lipid tanpa perlu menunggu tarikh berjumpa dengan doktor. Namun adakah pemeriksaan yang dilakukan ini tepat?

Apa itu kit pemeriksaan kolesterol?

Kit ujian kolesterol di rumah adalah cara mudah dan berkesan untuk menguji tahap kolesterol. Ia membolehkan anda memantau kolesterol tanpa perlu melakukan temu janji doktor.

Lebih daripada itu, keputusan hasil ujian juga boleh diperolehi dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Bagaimana ia digunakan?

Untuk menggunakan kit ini, anda perlu menusuk jari dengan lancet. Seterusnya meletakkan titisan darah pada jalur ujian.

Jalur ujian ini mempunyai bahan kimia khas yang berubah warna selepas beberapa minit. Kemudian, anda perlu memadankan warna akhir dengan panduan warna yang disertakan dengan kit.

Melalui warna yang terhasil, anda akan mengetahui berapa banyak kolesterol dalam titisan darah.

cara check kolesterol

Kit ujian jenis baharu turut mempunyai bacaan meter elektronik yang berfungsi dengan cara yang sama seperti meter glukosa darah diabetes.

Jalur ujian perlu dimasukkan ke dalam peranti elektronik dan jumlah kolesterol akan diukur secara automatik.

Manfaat jika tahu cara check kolesterol di rumah

Dengan mengetahui cara check kolesterol di rumah menawarkan beberapa kebaikan, antaranya: 

  • Ia boleh didapati dengan mudah. Anda tidak memerlukan preskripsi untuk membeli peranti ini dan ia juga dijual di farmasi dan secara atas talian
  • Harga berpatutan. Sesetengah kit ujian kolesterol ini dijual dengan harga mampu milik
  • Mudah digunakan. Ujian boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut keselesaan

Keputusan tahap kolesterol: Boleh dipercayai @ tidak?

Secara amnya, kebolehpercayaan pemeriksaan kolesterol di rumah ini berbeza-beza dan hasilnya boleh berubah – bergantung kepada pengilang. Kebanyakan kit ujian menyatakan bahawa ketepatannya adalah lebih daripada 95%. 

Walau bagaimanapun, hasil keputusan ujian kolesterol ini hanyalah sekadar anggaran dan tidak boleh menggantikan ujian yang dilakukan doktor.

Walaupun anda mungkin secara konsisten mendapat keputusan normal daripada ujian yang dilakukan di rumah, namun pemeriksaan dengan doktor masih penting untuk diteruskan.

cara check kolesterol

Cara check kolesterol di rumah: Ini kelemahannya

Walaupun jika anda tahu cara check atau menggunakan kit pemeriksaan di rumah, namun peranti ini turut mempunyai beberapa kelemahan.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli kit ujian ini, seperti:

  • Ujian lipid

Banyak kit ujian hanya menguji tahap kolesterol keseluruhan. 

Walaupun ia adalah parameter biasa yang diukur, tetapi anda juga perlu mengukur tahap LDL, HDL dan trigliserida untuk mendapatkan gambaran lengkap kesihatan lipid. 

Mempunyai kadar kolesterol tinggi mungkin menandakan anda mempunyai masalah, tetapi ia tidak menggambarkan betapa teruknya masalah itu.

Jika anda sedang memikirkan untuk membeli kit ujian, dapatkan peranti yang turut menguji paras LDL, HDL dan trigliserida selain daripada kadar kolesterol semata-mata.

  • Cara check kolesterol di rumah, anda mesti berpuasa!

Sama seperti apabila anda perlu menjalani ujian lipid di klinik atau hospital, anda juga masih perlu berpuasa sekurang-kurangnya 8-12 jam sebelum melakukan pemeriksaan lipid di rumah.

Bergantung kepada jenis ujian yang akan dilakukan, tidak berpuasa boleh menyebabkan anda mendapat kadar bacaan jauh lebih tinggi daripada tahap sebenar anda.

Baca juga:

  • Reka bentuk ujian 

Kit ujian terdahulu dan beberapa peranti sedia ada – masih bergantung kepada jenis perubahan warna untuk mentafsirkan keputusan.

Tetapi pada masa kini, terdapat peranti yang boleh memberikan bacaan elektronik.

Anda amat disarankan untuk memilih kit ujian yang diluluskan Food and Drug Administration (FDA) kerana ia telah diuji untuk ketepatan dan penggunaannya.

  • Isu yang boleh timbul jika tahu cara check kolesterol di rumah

Sesetengah kit ujian kolesterol di rumah mungkin sukar digunakan dan sukar mentafsir keputusannya.

Kesannya jika anda tidak menggunakan dengan betul, maka keputusan yang diperolehi juga adalah tidak tepat.

Disebabkan itu, amat penting untuk membaca dan memahami arahan penggunaan dengan teliti sebelum memulakan ujian.

Akhir kata

cara check kolesterol

Tidak kira sama ada hasil ujian di rumah menunjukkan tahap kolesterol lipid yang tinggi atau tidak, anda masih perlu melakukan pemeriksaan susulan dengan doktor.

Ini kerana pemeriksaan yang dilakukan dengan doktor akan dapat membantu menentukan sejauh mana tahap lipid anda yang sebenar dan membolehkan langkah bersesuaian diambil untuk membantu meningkatkan kesihatan jantung.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai kit ujian yang sesuai untuk anda beli, berundinglah dengan doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cholesterol test kits: Are they accurate? https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/expert-answers/cholesterol-test-kits/faq-20057822, Accessed on Oct 28, 2021
  2. Should I check my cholesterol levels at home? https://www.bbc.co.uk/programmes/articles/56tVvWFXY9ZKb9CW42JcgNt/should-i-check-my-cholesterol-levels-at-home, Accessed on Oct 28, 2021 
  3. Getting a cholesterol test. https://www.heartuk.org.uk/cholesterol/getting-a-cholesterol-test, Accessed on Oct 28, 2021
  4. How To Get Your Cholesterol Tested. https://www.heart.org/en/health-topics/cholesterol/how-to-get-your-cholesterol-tested, Accessed on Oct 28, 2021
  5. Home Cholesterol Test – Can you monitor your levels at home? https://nebula.org/blog/home-cholesterol-test/, Accessed on Oct 28, 2021
  6. At-Home Cholesterol Testing. https://labtestsonline.org/tests/at-home-cholesterol-test, Accessed on Oct 28, 2021 
  7. Home samples and testing. https://www.heartuk.org.uk/cholesterol/home-samples-and-testing, Accessed on Oct 28, 2021

 

Versi Terbaru

05/01/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Nak Tahu 10 Jenis Makanan Penurun Kolesterol? Jom Baca Di Sini!

Paras Kolesterol Anda 'Cantik'? Ini Cara Nak Kekalkannya, Ambil 7 Makanan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan