Kerap selsema ketika cuaca panas? Hidung berair jernih dan selalu bersin walaupun hari panas terik? Ketahuilah anda tidak berseorangan!
Ramai yang sangka selesema hanya akan berlaku ketika cuaca sejuk. Tetapi, tanggapan ini tidak benar sama sekali.
Malah, kita boleh mengalami selesema pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Kenapa tiba tiba selsema?
Walaupun cuaca panas, virus yang menyebabkan selesema masih boleh merebak dan menjangkiti kita.
Sama seperti penyakit lain, selesema boleh tersebar apabila individu yang menghidap penyakit ini menjadi kontak rapat dengan orang lain yang sihat.
Ada banyak cara untuk virus ini merebak. Antaranya adalah melalui batuk, bersin atau sentuhan.
Tidak kiralah jika anda mengalami selesema ketika cuaca panas atau sejuk, simptomnya tetap sama.
Walaupun keadaan di luar panas terik, virus yang menyebabkan kita kerap selsema boleh berjangkit dengan mudah.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Kerap selsema pada waktu sejuk dan panas, apa bezanya?
Kenapa tiba tiba selsema?
Demam dan selesema pada waktu sejuk boleh berlaku disebabkan jangkitan 200 virus yang berbeza.
Semuanya boleh menyebabkan simptom seperti kerap selsema, bersin dan batuk.
Satu kumpulan virus yang turut dikenali sebagai rhinovirus merupakan dalang di sebalik demam selesema pada waktu sejuk.
Virus ini juga lebih aktif dan mudah merebak ketika berada dalam suhu rendah.
Namun, virus berbeza pula yang akan menjadi aktif ketika cuaca panas.
Menurut Dr. Michael Pichichero dari Rochester General Hospital Research Institute, virus yang menjadi dalang demam selesema pada waktu panas ialah enterovirus.
Virus ini boleh menjangkiti tisu di kawasan hidung dan tekak, mata serta sistem pencernaan kita.
Virus yang sama juga boleh menyebabkan polio, namun vaksin telah melupuskan kebanyakan penyakit ini di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, ada 60 lagi jenis enterovirus yang tidak akan menyebabkan polio masih lagi aktif di sekeliling kita.
Hampir separuh daripada individu yang mengalami jangkitan enterovirus tidak akan jatuh sakit.
Namun, virus ini menyebabkan punca selsema cair kepada hampir 10 juta hingga 15 juta orang di seluruh dunia setiap tahun, terutamanya pada bulan Jun dan Oktober.
Enterovirus juga boleh menyebabkan demam yang datang secara tiba-tiba. Ia juga boleh menyebabkan simptom pernafasan yang tidak serius, sakit tekak, pening kepala, sakit badan dan juga muntah-muntah.
Masalah kerap selsema dan demam selalunya boleh sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan.
Ambil ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen untuk mengurangkan suhu ketika demam.
Ia juga boleh mengurangkan sakit belakang serta sakit badan yang datang bersama demam.
Berapa lama ia akan berlangsung?
Sama seperti demam selesema lain, punca selsema cair ketika musim panas akan berlaku dalam masa kurang daripada 10 hari. Simptom juga akan berkurang sekitar hari ke-7.
Antara simptom-simptomnya ialah:
- Demam pada suhu 38 darjah selsius atau lebih
- Sakit badan
- Rasa lemah dan letih
- Tekak kering
- Pening kepala
- Kerap selsema
- Sukar tidur
- Tidak ada selera makan
- Cirit birit atau sakit perut
Simptom yang sama juga boleh berlaku kepada kanak-kanak. Namun, mereka selalunya akan sakit telinga dan tidak aktif seperti biasa.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak selalunya akan sembuh lebih cepat berbanding orang dewasa. Mereka yang lebih berusia pula selalunya akan mengalami selesema yang lebih panjang dan boleh berlarutan sehingga dua minggu.
Cara mudah atasi masalah demam dan kerap selsema
Selesema atau demam ketika panas mempunyai rawatan yang sama dengan selesema yang berlaku pada musim sejuk. Untuk mengatasi masalah ini, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan:
- Berehat secukupnya. Pastikan anda mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Duduk di rumah dan jangan keluar untuk elakkan selesema daripada menjangkiti orang lain.
- Minum air dengan mencukupi, lebih-lebih lagi air kosong. Elakkan minuman yang boleh menyebabkan dehidrasi seperti alkohol, kopi atau minuman tenaga. Sebaiknya, ambil minuman panas seperti teh yang dapat melegakan simptom.
- Gunakan herba untuk merawat selesema. Walaupun ia tidak mampu memulihkan selesema, ada beberapa jenis herba yang boleh mengurangkan simptom yang anda alami.
- Pasang penapis udara atau air humidifier. Ia dapat membantu mengurangkan simptom seperti hidung berair jernih, hidung tersumbat, sakit tekak dan batuk.
Kesimpulan
Walaupun selesema boleh berlaku pada bila-bila masa, tidak dinafikan ia amat lazim berlaku pada musim sejuk.
Namun, ada juga yang kerap selesema pada waktu panas. Salah satu kaedah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan cara menjaga kebersihan diri.
Pastikan anda sentiasa membasuh tangan dengan sabun, pakai pelitup muka jika perlu keluar rumah dan elakkan berjumpa dengan orang yang sakit.
Jika masalah selesema anda menjadi semakin teruk, pastikan anda berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Jika tidak, anda boleh pergi ke farmasi berdekatan untuk mendapatkan ubat-ubatan secara over-the-counter.