backup og meta

5 Cara Hilangkan Selesema Yang Paling Mudah Dan Memang Berkesan, Jom Cuba!

5 Cara Hilangkan Selesema Yang Paling Mudah Dan Memang Berkesan, Jom Cuba!

Antara keadaan kesihatan yang paling menjengkelkan individu adalah flu kerana masih ramai tidak tahu cara hilangkan selsema itu.

Namun kalian mungkin tidak perlu gusar lagi kerana kami akan membantu anda dengan memberitahu petua hilangkan selsema dengan cepat yang betul.

Tanpa berlengah lagi, jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk mengetahui cara hilangkan selsema yang mungkin anda belum tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.

Apa itu selesema (flu)?

Untuk pengetahuan anda, selesema atau flu adalah sejenis jangkitan pernafasan bahagian atas (uppper respiratory tract infection).

Jangkitan ini adalah disebabkan oleh virus yang akan menjejaskan hidung namun juga boleh mempengaruhi tekak, sinus, trakea, larinks, tiub eustachian serta tiub bronkus.

Jika dijangkiti, penderita selalunya akan mengalami gejala seperti hidung berair dan hidung tersumbat akibat dipenuhi oleh mukus yang lebih dikenali sebagai hingus.
Selain itu, wujud juga beberapa simptom flu yang lain termasuklah:
  • Demam
  • Badan letih
  • Badan gigil
  • Sakit otot
  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Bersin
  • Suara jadi serak
  • Hilang selera makan
selalu bersin
Tips atasi resdung.

Ada juga individu yang mengalaminya tanpa sebarang gejala ekoran sistem imun tubuh badan yang kuat dalam melawan jangkitan.

Ada pula individu yang mengalaminya pada bahagian rongga telinga atau sinus dan ini dikenali sebagai jangkitan bakteria sekunder.

Berapa lama tempoh selsema? Ia bergantung kepada punca dan individu itu sendiri serta langkah atau usaha mereka lakukan untuk hilangkan selsema dan hidung tersumbat tersebut.

Apa punca selesema (flu)?

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, punca flu terjadi adalah disebabkan oleh jangkitan virus.

Mungkin ramai yang akan menyangka bahawa ia juga boleh terjadi angkara cuaca terlalu sejuk namun ia tidak tepat.

Berikut adalah antara jenis virus yang boleh mengakibatkan kondisi selesema:

  • Rhinovirus
  • Adenovirus
  • Coronavirus
  • Parainfluenza
  • Respiratory Syncytial Virus

Virus-virus ini boleh merebak melalui titisan air yang tersebar apabila individu dijangkiti bersin, batuk atau berkongsi barangan.

Ia juga boleh berpindah melalui sentuhan kulit ke kulit atau kulit ke objek yang telah tercemar dengan virus ini oleh penderita terdahulu.

Persoalannya, bagaimanakah cara hilangkan selesema yang menyiksa hidup anda ini?

Wujudkah sebarang cara hilangkan selesema?

Ada yang beranggapan bahawa kondisi ini adalah suatu yang biasa dan tidak kronik serta boleh sembuh dengan sendirinya.

Ya, ia mungkin benar namun itu tidak bermakna tiada apa yang boleh dilakukan sebagai cara hilangkan selsema yang dialami.

Petua hilangkan selsema dengan cepat yang perlu dilakukan jika dijangkiti adalah dengan berjumpa doktor untuk mendapatkan ubatan dan menjalani rawatan.

Anda juga boleh cuba untuk lakukan perkara berikut sebagai petua hilangkan selsema dengan cepat:

Cara hilangkan selsema #1. Minum lebih banyak air

cara hilangkan selsema
Masalah selesema yang selalu dialami.

Air putih adalah sangat bagus untuk memastikan tubuh badan anda kekal berhidrasi selain mengelakkan mukus menjadi terlalu tebal.

Selain itu, sebarang jenis cecair seperti jus, sup dan sebagainya juga boleh diambil demi memastikan cecair dalam tubuh badan kekal ideal.

#2. Ambil lozeng

Kebiasaannya, jangkitan selesema ini akan turut hadir bersama gejala yang paling tidak selesa iaitu sakit tekak.

Untuk melegakan kesakitan pada tekak ini, anda boleh ambil lozeng untuk dihisap melalui oral.

#3. Mandi stim

Jika masih tidak berjaya legakan ia, anda juga boleh cuba untuk duduk di dalam kamar mandi dengan pintu tertutup.

Kemudian, biarkan air hangat (pastikan tidak terlalu panas) mengalir untuk mencipta suasana mandi stim atau sauna.

Cara hilangkan selsema #4. Berehat

cara hilangkan selsema
Masalah selesema yang kerap dialami.

Pada hari pertama jangkitan, anda mungkin akan berasa sangat tidak berdaya ekoran gejala-gejala flu yang dihidapi.

Oleh itu, berehatlah di rumah. Ini adalah petua hilangkan selsema dewasa yang paling penting dan elakkan untuk hadir bekerja atau bersekolah untuk hindari sebarang jangkitan.

#5. Rawat gejala secara berasingan

Setiap gejala-gejala selesema seperti sakit kepala, batuk, bersin dan demam mungkin perlu dirawat secara berasingan.

Oleh itu, anda boleh misalnya merawat demam dan sakit kepala hanya dengan mengambil ubatan paracetamol.

Namun harus diingatkan bahawa setiap pengambilan ubatan, rawatan atau cara hilangkan selsema haruslah diperakui oleh doktor terlebih dahulu.

Oleh itu, jangan terlambat untuk datang berjumpa doktor jika terkena flu kerana bimbang keadaan akan lebih memburuk kelak.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Do’s and Don’ts of Easing Cold Symptoms. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/the-dos-and-donts-of-easing-cold-symptoms. Accessed Nov 16, 2021.
  2. Flu. https://www.nhs.uk/conditions/flu/. Accessed Nov 16, 2021.
  3. Cold remedies: What works, what doesn’t, what can’t hurt. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/common-cold/in-depth/cold-remedies/art-20046403. Accessed Nov 16, 2021.
  4. Promoting and supporting influenza immunisation. https://www.influenza.org.nz/. Accessed Nov 16, 2021.
  5. The Common Cold and the Flu. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/13756–colds-and-flu-symptoms-treatment-prevention-when-to-call. Accessed Nov 16, 2021.

Versi Terbaru

26/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Hidung Tersumbat Buat Anda Susah Untuk Bernafas, Ikut Cara Berkesan Ini Atasinya!

Kerap Alami Selesema? Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Mengenai Selesema


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan