Bagaimana kita boleh menjalani dan melalui hidup dengan tenang kalau asyik batuk-batuk sahaja gara-gara tekak yang tidak selesa? Tenang, kami akan cuba senaraikan petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang sangat berkesan!
Bagaimana kita boleh menjalani dan melalui hidup dengan tenang kalau asyik batuk-batuk sahaja gara-gara tekak yang tidak selesa? Tenang, kami akan cuba senaraikan petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang sangat berkesan!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi Keadaan Telinga, Hidung & Tekak, sila klik di sini.
Setiap orang pasti pernah mengalami masalah tekak tidak selesa dan batuk kerana ia juga adalah antara penyakit yang biasa berlaku serta berulang beberapa kali sepanjang hidup kita semua.
Merupakan salah satu komponen penyakit tiga sekawan bersama demam dan selesema, ia sering akan datang dan pergi dengan begitu sahaja meskipun anda tiada ambil sebarang ubatan atau rawatan.
Ada beberapa punca sebenar di sebalik masalah ini berlaku kepada individu seperti yang berikut:
Walaupun masalah ini mungkin boleh sembuh dengan sendiri seiring waktu, namun ia bukan alasan bagi individu untuk cuma membiarkan tanpa mendapatkan ubatan dan rawatan klinikal jika perlu.
Maka, individu mungkin perlu cuba amalkan petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat!
Perkara paling penting dan utama, anda perlu berjumpa doktor segera untuk mendiagnosis punca masalah ini terjadi di samping mencari apa jenis ubat batuk terbaik untuk gatal tekak.
Dalam pada itu, ada juga petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat anda boleh amalkan:
Individu boleh mencari lozeng di farmasi atau gula-gula yang dingin. Ia sedikit sebanyak boleh membantu melegakan gatal tekak dan batuk.
Pernah terdengar atau terbaca jika anda batuk teruk, kena minum air suam? Sebenarnya, petua ini bukan sahaja merupakan kepercayaan orang dahulu malah mungkin benar dari segi fakta.
Alasannya, air suam terutama teh yang dicampur lemon, halia atau madu sangat menyegarkan dan mungkin akan membantu melegakan masalah batuk dan ketidakselesaan pada tekak anda.
Selain minum air suam, anda turut amat disyorkan agar makan aiskrim lebih-lebih lagi perisa vanila kerana ia dikatakan boleh membantu melegakan masalah yang serupa seperti di atas.
Jika tidak gemar dengan aiskrim, ada pelbagai lagi jenis snek sejuk yang anda boleh makan seperti puding, koktel dan lain-lain jenis bagi mendapatkan kelegaan walau cuma untuk sementara.
Seperti mana ramai sedia maklum, garam memiliki sifat antiseptik secara semula jadi yang mampu membantu dalam usaha membunuh kuman termasuk bakteria, virus dan macam-macam lagi.
Disebabkan itu pula, berkumur mulut dengan air garam mungkin boleh membantu untuk merawat infeksi virus dan bakteria – antara dalang utama berlaku masalah tekak gatal dan batuk-batuk.
Kadangkala, individu mungkin bakal mengalami masalah pada tekak gara-gara pencemaran udara di sekeliling yang amat sarat dengan habuk, debu, bulu haiwan serta banyak lagi bendasing lain.
Maka, penggunaan air humidifier bukan sahaja boleh mengamankan malah menyamankan udara!
Bukan kami kata anda perlu membisu sahaja sepanjang ketidakselesaan pada tekak terjadi. Akan tetapi, sila hindar daripada terlalu banyak bercakap atau berteriak ekoran ia cuma bakal mengakibatkan masalah tekak dan batuk kalian bertambah parah.
Petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang terakhir adalah dengan elakkan daripada terus melakukan tabiat-tabiat buruk anda seperti menghisap rokok atau meminum alkohol.
Ketahuilah bahawa ia membawa kemudaratan pada tekak dan kesihatan tubuh badan keseluruhan.
Konklusinya, ada banyak petua kurangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang individu kena cuba amalkan tetapi tahap keberkesanannya mungkin berbeza bergantung masing-masing.
Jadi, dapatkan informasi lebih lanjut daripada doktor bagi mengelak masalah ini berulang.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen