backup og meta

Hidung Meleleh & Tak Selesa? Nah Cuba 9 Tip Hilangkan Selesema Ini, Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/04/2023

    Hidung Meleleh & Tak Selesa? Nah Cuba 9 Tip Hilangkan Selesema Ini, Berkesan!

    Apabila mula mengalami simptom selesema, anda pasti akan mencari ubat. Namun adakah ia berkesan? Sebenarnya, tiada ubat untuk selesema biasa, tetapi terdapat cara nak hilangkan selsema yang boleh anda cuba.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/ Tekak, sila dapatkannya di sini.

    Petua berkesan sebagai cara nak hilangkan selsema

    Jika diserang selesema, biasanya anda boleh menjangkakan keadaan tersebut akan berlanjutan selama satu hingga dua minggu.

    Terdapat beberapa petua dan cara mungkin dapat meringankan simptom selesema yang anda alami dan membantu untuk melegakan ketidakselesaan diri.

    Berikut beberapa tip yang boleh anda cuba:

    Kekal terhidrat

    Pengambilan air yang mencukupi penting bagi membantu melegakan hidung tersumbat serta mengelakkan dehidrasi.

    Pelbagai pilihan minuman yang boleh anda minum seperti air kosong mahupun jus. Namun elakkan alkohol, kopi dan minuman soda berkafein yang boleh memburukkan dehidrasi.

    Legakan sakit tekak kesan simptom selesema

    Berkumur dengan air masin – ¼ hingga ½ sudu teh garam yang dilarutkan dalam segelas 236 mL air suam – boleh melegakan sakit tekak atau kegatalan buat sementara waktu.

    Untuk kanak-kanak di bawah usia 6 tahun, mereka mungkin masih belum dapat berkumur dengan betul.

    Anda juga boleh mencuba ketulan ais, semburan sakit tekak atau lozeng. Berhati-hati apabila memberikan lozeng kepada kanak-kanak kerana wujud risiko untuk tercekik

    Elakkan untuk memberikan lozeng kepada kanak-kanak di bawah usia 6 tahun!

    Baca juga:

    Cara nak hilangkan selsema #Berehat 

    Inilah masanya untuk mengecas semula sistem imun badan anda. 

    Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi adalah cara terbaik untuk melakukannya. Pastikan anda tidur antara 8 hingga 10 jam pada waktu malam. 

    Ini juga merupakan peluang terbaik untuk berehat daripada melakukan senaman berat selama dua hingga tiga hari.

    Melawan hidung tersumbat

    Titisan air garam (saline) dan semburan hidung yang dijual secara over-the-counter (OTC) boleh membantu melegakan hidung tersumbat.

    Untuk bayi, pakar mengesyorkan ibu bapa meletakkan beberapa titisan air garam ke dalam sebelah lubang hidung si manja. Kemudian perlahan-lahan menyedut lubang hidung tersebut menggunakan bulb syringe.

    Bagaimana untuk melakukan sedutan hidung? Picit bulb syringe dan masukkan hujung alat tersebut ke dalam lubang hidung, anggaran kedalaman ¼ hingga ½ inci. Perlahan-lahan, lepaskan picitan tadi.

    Manakala semburan hidung (saline nasal) boleh digunakan kepada anak yang lebih besar.

    cara nak hilangkan selsema

    Melegakan kesakitan

    Untuk anak yang berumur 6 bulan atau lebih muda, berikan hanya acetaminophen. Manakala untuk anak yang berusia 6 bulan ke atas, berikan sama ada acetaminophen atau ibuprofen

    Pastikan anda berunding dengan doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan dos yang betul mengikut usia dan berat anak.

    Bagi individu dewasa, anda boleh mengambil acetaminophen, ibuprofen atau aspirin.

    Anda perlu lebih berhati-hati dalam penggunaan aspirin, terutamanya untuk anak yang berusia 3 tahun ke atas. 

    Elakkan memberi aspirin kerana ubat ini telah dikaitkan dengan sindrom Reye. Ia keadaan yang jarang berlaku tetapi berpotensi mengancam nyawa anak.

    Cecair suam sebagai cara nak hilangkan selsema

    Antara cara nak hilangkan selsema yang paling mudah adalah dengan pengambilan cecair suam seperti sup ayam, teh atau jus epal suam.

    Ia menenangkan dan dalam masa yang sama mungkin dapat membantu meredakan gejala hidung tersumbat dengan meningkatkan aliran lendir.

    Madu 

    Petua hilangkan selsema dengan cepat adalah dengan pengambilan madu. Campurkan madu ke dalam teh panas dan berikan kepada mereka yang mengalami selesema.

    Namun harus diingatkan untuk anak di bawah usia 1 tahun, tidak boleh diberikan madu kerana berisiko mengalami botulisme.

    Tambahkan pelembap pada udara

    cara nak hilangkan selsema

    Pengewap atau pelembap kabus sejuk boleh menambahkan kelembapan dalam rumah anda, yang mungkin membantu melegakan hidung tersumbat. 

    Paling penting, pastikan anda menukar air setiap hari, okay?

    Ubat selesema dan batuk OTC

    Bagi individu dewasa dan anak berusia 5 tahun ke atas, dekongestan OTC, antihistamin dan ubat tahan sakit mungkin dapat melegakan simptom selesema yang dialami.

    Walau bagaimanapun, ia tidak menghilangkan atau memendekkan tempoh selesema. Bahkan kebanyakannya mempunyai kesan sampingan.

    Pakar bersetuju bahawa ubat-ubat di atas tidak boleh diberikan untuk anak yang lebih muda usianya.

    Penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan serius. Berbincang dengan doktor sebelum memberikan sebarang ubat.

    Perkara perlu dielakkan sebagai cara nak hilangkan selsema 

    Berikut merupakan antara beberapa perkara yang tidak berkesan dalam membantu mengatasi selesema, seperti:

    Zink 

    Terdapat sedikit bukti yang dapat menyokong zink untuk melawan selesema.

    cara nak hilangkan selsema

    Antibiotik tidak melegakan simptom selesema 

    Antibiotik direka untuk merawat jangkitan bakteria, bukan virus.

    Elakkan meminta doktor untuk antibiotik bagi merawat selesema atau menggunakan antibiotik lama yang anda ada di rumah.

    Anda tidak akan sembuh lebih cepat dan penggunaan antibiotik tidak bersesuaian boleh menyumbang kepada masalah bakteria rintang antibiotik yang serius (antibiotic-resistant bacteria).

    Vitamin C

    Terdapat sedikit bukti vitamin C dapat melawan virus selesema. 

    Walaupun sesetengah kajian mencadangkan pengambilan vitamin ini secara tetap boleh membantu mengurangkan tempoh simptom selesema, tetapi ia tidak memberikan kesan jika diambil selepas mengalaminya.

    Penjagaan diri

    Walaupun tidak teruk, tetapi mengalami selesema boleh menyebabkan ketidakselesaan. 

    Mencuba cara nak hilangkan selsema seperti berehat, minum air dan memastikan udara lembap adalah perkara terbaik yang boleh anda cuba.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan