backup og meta

Negara Dilanda Cuaca Panas Melampau, Ikut 10 Tip Ini Untuk Elak Jatuh Sakit!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 14/02/2024

    Negara Dilanda Cuaca Panas Melampau, Ikut 10 Tip Ini Untuk Elak Jatuh Sakit!

    “Panasnya.. Kenapalah cuaca panas di Malaysia panas sangat hari ini?” Ini telah menjadi dialog yang cukup sinonim dalam kalangan rakyat di negara ini.

    Malaysia sememangnya cukup sinonim dengan cuaca panas. Ini kerana Malaysia merupakan antara negara yang hampir dengan khatulistiwa dan menerima lebih ultraungu (UV).

    Malaysia juga merupakan kawasan tropika yang sering mengalami cuaca panas dan kering.

    Sama ada anda suka atau tidak, yang pasti kehidupan kita dipengaruhi oleh keadaan cuaca semasa.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Tahukah anda, pendedahan pada cuaca panas di Malaysia yang melampau boleh memberikan kesan kepada badan kita?

    cuaca panas di Malaysia
    Cuaca panas melampau.

    Ini fakta kerana cuaca panas telah menjadi salah 1 punca berlakunya peningkatan kedatangan pesakit ke klinik dan hospital, malahan menyebabkan kematian terutama kepada kumpulan yang berisiko.

    • Golongan dewasa yang berumur 40 tahun ke atas: 10 kali ganda lebih berisiko daripada golongan muda
    • Kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan ke bawah
    • Pekerjaan yang membabitkan aktiviti-aktiviti fizikal: Peladang, buruh, ahli sukan dan lain-lain
    • Mereka yang menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit kelenjar tiroid
    • Golongan yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung

    Bagaimanakah ini terjadi?

    Kesan-kesan kesihatan akibat kemarau dan gelombang panas melampau ini mempunyai tahap-tahap yang tersendiri.

    Ia boleh berada pada tahap sederhana kepada teruk. Tahap yang teruk mampu menyebabkan kematian.

    Antara gejala awal yang menunjukkan anda menghadapi masalah cuaca panas melampau ialah pening kepala, mual, keletihan, lemah-lemah otot dan muntah.

    tip kekal sihat pada musim panas
    Simptom strok haba.

    Ini adalah kesan jika terlalu terdedah kepada cuaca panas di Malaysia terhadap kesihatan anda:

    • Heat syncope: Pitam atau pengsan akibat kepanasan
    • Heat cramps: Kekejangan badan akibat daripada cuaca panas
    • Heat stroke: Strok akibat kepanasan
    • Heat exhaustion: Kepenatan atau keletihan daripada cuaca panas
    • Heat fatigue: Kelesuan atau keletihan akibat kepanasan

    Hal ini tidak boleh diambil mudah jika dibiarkan, ia boleh memberi kesan yang lebih serius dalam jangka masa panjang seperti:

    Takut apabila dengar kesan-kesan jika terdedah kepada cuaca panas di Malaysia ini, kan? Oleh itu, kurangkanlah berjemur bagi mengelakkan berlakunya kesan pada tubuh anda.

    Tip kurangkan kesan bahaya akibat cuaca panas di Malaysia pada kesihatan:

    Lakukan tip-tip ini bagi mengelakkan diri anda serta keluarga daripada terdedah dengan serangan cuaca panas.

    • Pakai pakaian yang ringan, bermaterial 100% kapas, longgar dan berwarna cerah
    • Hadkan diri daripada melakukan aktiviti luar
    • Pakai alat pelindung matahari seperti cermin mata hitam, topi atau payung yang besar untuk melindungi anda daripada sinaran matahari
    • Minum air kosong dengan banyak. Jangan tunggu sehingga anda berasa dahaga
    cuaca panas di Malaysia
    Pastikan anda kekal hidrat di musim panas.
  • Mandi atau gunakan kipas untuk menyejukkan tubuh badan anda ketika cuaca panas di Malaysia
  • Memakai losyen pelindung matahari: Amalkan pemakaian sunblock apabila keluar dari rumah. Pastikan anda sapu sunblock sekurang-kurangnya 20 minit sebelum berjemur. Kepekatan minimum yang harus digunakan ialah SPF 15
  • Perubahan pada gaya hidup: Mungkin sesetengah daripada anda suka akan idea untuk kelihatan tan hingga sanggup berjemur beberapa jam di bawah cahaya matahrai. Tahukah anda perbuatan ini mampu meningkatkan risiko terkena penyakit kanser kulit? Jangan pula sebab nak cantik, sakit pula yang dapat!
  • Jangan bersenam atau melakukan aktiviti dalam cuaca yang terik: Anda dinasihatkan untuk tunggu sehingga cuaca redup jika mahu beriadah di luar rumah terutamanya jika anda bersama keluarga. Ini kerana kanak-kanak lebih berisiko terhadap kesan ini
  • Jangan ambil minuman yang mengandungi alkohol, berkafein serta bergula tinggi: Minuman seperti coffee, air berkarbonat dan beralkohol harus dielakkan sekiranya anda bakal melakukan aktiviti di bawah matahari
  • Jangan berada di dalam kereta yang tertutup tanpa membuka tingkap atau penyaman udara: Jika anda tinggalkan seseorang di dalam kereta, pastikan dalam keadaan yang tidak panas dan mempunyai aliran udara yang baik.
  • Rumusan

    Pendedahan kepada cuaca yang panas dan terik haruslah dikurangkan agar kesihatan kita tidak akan terkesan dengan risiko-risiko di atas.

    Pastikan anda mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya agar anda dan keluarga kekal terlindung daripada panas matahari.

    Malah, selain manfaat pada kesihatan, anda juga boleh melindungi muka daripada sinaran matahari, jadi kulit anda kekal awet muda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 14/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan