Kesan terhadap kesihatan
Tindak balas individu terhadap pencemaran udara berbeza-beza bergantung kepada jenis agen yang didedahkan, tahap pendedahan dan keadaan kesihatan, dan faktor genetik seseorang. Pencemar udara boleh menyebabkan pelbagai kesan pada kesihatan, dari perubahan biokimia dan fisiologi ke kesukaran bernafas, batuk, dan gangguan pernafasan dan jantung. Jika tidak dirawat, keadaan tersebut boleh menyebabkan seseorang ditahan di hospital atau mungkin menyebabkan kematian awal.
Kesan terhadap sistem pernafasan
Kualiti udara boleh menjejaskan kualiti kesihatan kerana ia mempunyai kesan ke atas kesihatan paru-paru dan keseluruhan sistem pernafasan. Selain oksigen, udara mengandungi bahan-bahan lain seperti bahan pencemar, yang boleh memudaratkan kesihatan. Penyedutan bahan pencemar ini mungkin memberi kesan buruk ke atas paru-paru dan organ-organ lain badan. Sistem pernafasan amat sensitif terhadap pencemaran udara kerana ia terdiri daripada membran mukus yang meliputi permukaan dalamannya. Paru-paru direka untuk menyerap sejumlah besar udara (400 juta liter secara purata sepanjang hayat) dengan hubungan rapat dengan aliran darah dan memudahkan pengangkutan oksigen.
Sel-sel tisu paru-paru boleh rosak disebabkan oleh bahan pencemar udara seperti ozon, logam dan radikal bebas. Ozon boleh menyebabkan kerosakan pada alveoli, air sac di paru-paru yang mana pertukaran oksigen dan karbon dioksida dihasilkan. Lebih khusus lagi, tisu-tisu saluran udara yang mengandungi sejumlah besar enzim bio-pengaktifan, boleh mengubah bahan pencemar organik ke dalam metabolit reaktif, yang boleh menyebabkan kecederaan paru-paru, gangguan perilaku neuro dan kanser, mungkin termasuk kanser payudara.
Kesan terhadap kardiovaskular
Apabila udara yang tercemar dihirup, ia diserap oleh darah dan diangkut ke jantung. Pelbagai bahan kimia dan biologi boleh memberi kesan langsung kepada sistem kardiovaskular dan mengakibatkan kerosakan struktur, seperti tindak balas degeneratif dan radang nekrosis. Sesetengah bahan pencemar juga boleh menjejaskan kekecutan (contractility) jantung. Sekiranya perubahan fungsi ini cukup serius, ia boleh menyebabkan aritmia yang membawa maut.
Perubahan dalam sistem organik juga boleh memberi kesan pada sistem endokrin. Sesetengah cytokines yang dilepaskan oleh organ-organ lain yang meradang (disebabkan oleh pencemaran udara) juga boleh menghasilkan kesan negatif pada kardiovaskular, termasuk pengurangan prestasi mekanikal dan kecekapan metabolik jantung dan saluran darah.
Kesan lain: Merendahkan tahap kolesterol baik
Dalam satu kajian, yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Jantung Amerika, Arteriosclerosis, Thrombosis, and Vascular Biology, para penyelidik mendapati bahawa pencemaran udara dapat menurunkan tahap lipoprotein berkepekatan tinggi (HDL), atau kolesterol baik di dalam badan, yang menyebabkan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular.