backup og meta

Nak Naik Pengangkutan Awam? Pastikan Anda Lakukan 6 Perkara PENTING Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2022

    Nak Naik Pengangkutan Awam? Pastikan Anda Lakukan 6 Perkara PENTING Ini!

    Adakah anda perlu menggunakan kemudahan pengangkutan awam tetapi bimbang mengenai wabak COVID-19? Jika ya, ada beberapa perkara penting yang boleh diamalkan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Kesan wabak COVID-19

    Sejak akhir 2019, dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan berdepan cabaran untuk mengawal penyebaran jangkitan tersebut.

    Namun, setelah hampir 2 tahun, secara perlahan-lahan pelbagai sektor ekonomi kembali dibuka untuk beroperasi. Secara tidak langsung, keperluan untuk pengangkutan awam juga meningkat.

    Bagi kawasan-kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur, menggunakan perjalanan dengan public transport adalah sesuatu yang normal dan menjadi kebiasaan.

    Dengan ancaman jangkitan COVID-19 semasa menggunakan kemudahan pengangkutan awam, apakah cara yang boleh anda lakukan untuk melindungi diri?

    Tip menggunakan kemudahan pengangkutan awam selepas COVID

    kemudahan pengangkutan awam

    Transit awam seperti bas, kereta api, kapal terbang, teksi, mahupun kenderaan e-hailing menyediakan perkhidmatan harian yang diperlukan ramai individu.

    Tetapi dalam masa sama, ia berisiko mendedahkan anda kepada wabak COVID-19. Untuk melindungi diri, amalkan 6 tip penting berikut:

    1. Pakai pelitup muka dengan betul

    Pemakaian pelitup muka dengan betul sangat kritikal untuk melindungi diri dan individu lain.

    Dengan pemakaian yang betul, pelitup muka dapat menghalang titisan bersin dan batuk serta meminimumkan peluang untuk menyentuh muka dan juga menyebar atau bersentuhan dengan virus.

    Pastikan pelitup muka menutup hidung dan mulut, bukannya dipakai di bawah hidung atau dagu!

    2. Bawa gel pembersih tangan & tisu basah antibakteria

    Menaiki transit awam bermakna anda akan berkongsi tempat duduk dan menyentuh pemegang (railing) yang digunakan oleh individu lain.

    Sebaiknya, semburkan cecair pembersih pada tempat duduk atau lapkan pemegang terlebih dahulu.

    Anda juga disarankan untuk kekal berada pada satu tempat sepanjang perjalanan untuk meminimumkan kontak dengan individu lain.

    Jangan lupa untuk membasmi kuman pada tangan menggunakan gel pembersih tangan selepas menyentuh sebarang permukaan. Oleh sebab itu, penting untuk sentiasa membawa hand sanitizer.

    Jika boleh hadkan penggunaan telefon bimbit semasa menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Ia mungkin sukar tetapi perubahan ini penting untuk mengurangkan risiko bahaya kepada jangkitan COVID.

    kemudahan pengangkutan awam

    Sekiranya melalui kawasan untuk mencuci tangan, basuhlah tangan dengan segera. Disyorkan membasuh tangan untuk tempoh 20 saat selepas perjalanan menggunakan transit awam. 

    3. Kekalkan jarak semasa menggunakan kemudahan pengangkutan awam 

    Keadaan di dalam bas dan kereta api boleh bertukar sesak dengan orang ramai, jadi amat penting untuk cuba mengamalkan penjarakan sosial sepenuhnya – duduk atau berdiri jauh daripada individu lain, jika boleh.

    Penjarakan sosial disyorkan kerana pakar perubatan mengetahui virus punca wabak COVID-19 boleh bergerak sekurang-kurangnya 1 meter ketika batuk atau bersin dan boleh hidup pada sesuatu permukaan sehingga beberapa hari.

    Tiada salahnya untuk berbual atau bertegur sapa, cuma pastikan anda mengekalkan jarak selamat.

    4. Mengubah laluan perjalanan

    Walaupun mungkin sukar untuk dilakukan, jika boleh ubah laluan biasa dengan memilih perjalanan yang kurang sesak, terutamanya pada kawasan bandar.

    Anda juga boleh membuat perjalanan di luar waktu puncak. 

    kemudahan pengangkutan awam

    5. Pilih cashless semasa menggunakan kemudahan pengangkutan awam

    Kaedah pembayaran tanpa sentuh semakin digunakan secara meluas – ia harus dijadikan pilihan anda.

    Sekiranya perlu menggunakan kad, pastikan ia dibersihkan selepas digunakan sebelum menyimpan kembali ke dalam dompet.

    Jika anda perlu menggunakan bayaran tunai, elakkan sentuhan yang tidak perlu dengan menyediakan jumlah tepat. Dan pastikan anda menggunakan gel pembersihan dengan segera.

    6. Tabiat kebersihan tangan dan etika pernafasan

    Tidak kira di mana anda berada, sentiasalah amalkan kebersihan tangan seperti kerap membasuh tangan dengan sabun dan air untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 saat.

    Jika tidak boleh, gunakan sanitizer dengan sekurang-kurangnya 60% alkohol di dalamnya.

    Manakala etika asas pernafasan ketika wabak COVID-19 pula jangan dilupakan. Ini termasuk menutup hidung dan mulut dengan tisu pakai buang apabila batuk atau bersin. 

    Jika ada yang batuk atau bersin berdekatan dengan anda semasa menaiki bas atau kereta api yang sesak – bermakna anda tidak dapat berganjak – cuba palingkan tubuh dan muka daripada individu berkenaan dengan segera. 

    Baca juga:

    Jangan sentuh wajah semasa menggunakan kemudahan pengangkutan awam

    Walaupun wujud kemungkinan untuk mendapat virus daripada pengangkutan awam melalui sentuhan fizikal, namun sebenarnya anda tidak akan dijangkiti secara automatik.

    Pakar menyatakan virus di tangan bukanlah masalah utama, sebaliknya yang lebih penting adalah virus yang dibawa ke muka, khususnya mata, hidung dan mulut.

    Atas sebab itu, jaga wajah anda. Jangan menyentuh hidung, mulut atau mata tanpa membasmi kuman di tangan terlebih dahulu untuk menyingkirkan wabak COVID-19.

    Amalkan tip yang dikongsikan sebagai langkah untuk membantu mengurangkan risiko penyebaran dan jangkitan COVID-19 semasa menggunakan pengangkutan awam. 

    Paling penting, langkah asas – penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan kerap mencuci tangan perlu terus dilakukan.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan