backup og meta

Warga Emas Boleh Main 'Skuba Diving'? Usah Terkejut! Ada 3 Lagi Sukan Lasak Untuk Atuk Nenek!

Warga Emas Boleh Main 'Skuba Diving'? Usah Terkejut! Ada 3 Lagi Sukan Lasak Untuk Atuk Nenek!

Siapa kata warga emas tidak boleh menyertai aktiviti sukan lasak? Jika mereka sesuai dan berkemampuan untuk melakukannya, jadi tidak salah mereka sertainya.

Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui jenis sukan lasak yang anda boleh cuba!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

Jenis sukan lasak

Berikut adalah antara jenis sukan lasak yang boleh disertai berserta faedah menyertai sukan lasak oleh warga emas.

Aktiviti sukan lasak 1: Selam skuba

Selam skuba adalah antara jenis sukan lasak yang digemari ramai.

Ia juga adalah antara cara paling mudah jika anda mahu melihat dasar lautan yang cantik.

Memandangkan negara kita dikurniakan dengan kecantikan dasar laut semula jadi, maka Malaysia sering menjadi tumpuan pelancong antarabangsa untuk melakukan selam skuba.

Warga emas juga boleh melakukan selam skuba ini jika mereka masih berkemampuan dan tidak mempunyai masalah kesihatan kronik.

Antara kebaikan sukan lasak ini ialah ia boleh membantu menurunkan tekanan darah.

Selain itu, selam skuba juga boleh membantu menguatkan jantung warga emas.

Aktiviti sukan lasak 2: Larian marathon

aktiviti sukan lasak

Marathon adalah aktiviti larian dengan jarak yang jauh. Jarak rasmi untuk sesebuah marathon ialah 42 kilometer.

Aktiviti larian seperti marathon ini adalah antara jenis aktiviti lasak yang boleh disertai oleh warga emas.

Namun, bagi mereka yang mula berjinak-jinak dalam larian ini, mereka perlu bermula dengan jarak yang pendek terlebih dahulu.

Ia adalah sebagai satu latihan sebelum mula menambahkan jumlah jarak dalam larian tersebut.

Larian ini boleh dilakukan dengan selamat oleh warga emas selagi mana dia mengetahui kemampuan tubuhnya.

Kajian menunjukkan bahawa, warga emas yang menyertai larian marathon akan mengalami pengurangan kekakuan aorta.

Kekakuan aorta adalah antara punca terbesar penyakit kardiovaskular seperti strok.

Aktiviti sukan lasak 3: Mendaki bukit atau gunung

Mungkin ada yang menganggap bahawa mendaki bukit bukanlah sejenis sukan lasak.

Namun, ia sebenarnya bergantung kepada laluan atau trek itu sendiri.

Sekiranya laluan tersebut adalah laluan yang mudah, maka ia mungkin sekadar pendakian biasa.

Namun, jika trek tersebut adalah trek yang ekstrem, maka ia boleh dikatakan sebagai satu sukan lasak.

Pemilihan laluan pendakian untuk warga emas bergantung kepada kemampuan serta staminanya.

Jika dia masih kuat dan mampu untuk melakukan pendakian yang ekstrem, maka bolehlah menggunakan laluan pendakian yang sedikit mencabar.

Yuichiro Miura adalah contoh bagaimana seorang warga emas yang berjaya melakukan pendakian lasak dengan mendaki Gunung Everest.

Beliau telah mendaki Gunung Everest sebanyak tiga kali iaitu ketika berumur 70, 75 dan 80 tahun.

Ini menjadikannya sebagai manusia paling tua yang berjaya mendaki gunung tertinggi di dunia itu. 

Aktiviti sukan lasak 4: Rock climbing

faedah menyertai sukan lasak

Rock climbing atau memanjat bongkahan batu adalah antara sukan lasak yang boleh dilakukan di luar atau di dalam bangunan.

Namun, bagi warga emas, mereka dinasihatkan untuk melakukan aktivti rock climbing di dalam bangunan sahaja.

Ini kerana persekitarannya yang lebih selamat, terjaga dan dipantau oleh pelatih.

Warga emas boleh berlatih sedikit demi sedikit untuk melakukan aktiviti rock climbing ini.

Jangan risau kerana aktiviti rock climbing ini bukan hanya bergantung kepada kekuatan tubuh anda semata-mata.

Ia lebih banyak bergantung kepada teknik yang akan anda gunakan sewaktu memanjat.

Antara faedah menyertai sukan lasak jenis ini ialah ia membantu membina kekuatan tubuh dan menguatkan otot warga emas. 

Hati-hati sebelum memulakan sebarang aktiviti

Apa pun aktiviti sukan lasak yang ingin disertai oleh warga emas, kesihatan tubuh badan mereka perlulah dipantau terlebih dahulu.

Antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah:

  1. Pastikan warga emas bersedia dan berkemampaun dari segi fizikal dan juga mental. 
  2. Lebih baik untuk mendapatkan nasihat dan panduan daripada doktor terlebih dahulu. Ini untuk memastikan agar warga emas tersebut benar-benar sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti lasak.
  3. Elakkan warga emas terlibat dalam sebarang pertandingan sukan lasak kerana ia akan merisikokan mereka kepada bahaya yang tidak dijangka.
  4. Pastikan warga emas tidak melakukan sukan lasak dengan cara yang terlalu keras atau memaksa yang mungkin di luar kemampuan tubuh mereka.
  5. Pastikan mereka memakai pakaian yang sesuai dan menggunakan alat keselamatan dan perlindungan tubuh. Mereka perlulah memakai helmet, sarung tangan, pelindung lutut dan kasut yang sesuai dengan aktiviti tersebut.
  6. Pantau mereka sepanjang masa untuk mengelakkan hipotermia iaitu suhu badan jatuh.
  7. Pastikan warga emas banyak meminum air kosong bagi mengelakkan dehidrasi daripada berlaku.
  8. Ajak mereka untuk melakukan latihan terlebih dahulu agar mereka boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sukan lasak yang sebenar.
  9. Bawa kit pertolongan cemas sebagai langkah persediaan awal jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan.

kepentingan minum air

Kesimpulan 

Warga emas sememangnya akan mendapat faedah menyertai aktiviti sukan lasak ini.

Ia boleh membantu menguatkan otot, memberikan kekuatan tubuh serta membantu mereka dalam keseimbangan.

Namun, pastikan mereka benar-benar bersedia dan berkemampuan untuk melakukan sukan tersebut. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Medical Concerns And The Ageing Diver. https://www.dansa.org/blog/2017/08/24/medical-concerns-and-the-ageing-diver. Diakses pada Disember 20, 2023.

Extreme sports can provide mental health benefits—and reducing errors in risk assessment can improve safety. https://www.apa.org/monitor/2023/09/adventure-sports-navigating-decisions. Diakses pada Disember 20, 2023.

Rock Climbing Provides Important Health Benefits. https://gepark.org/2018/09/rock-climbing-provides-important-health-benefits/. Diakses pada Disember 20, 2023.

9 Benefits of Hiking. https://health.clevelandclinic.org/9-benefits-of-hiking. Diakses pada Disember 20, 2023.

Health Benefits of Hiking. https://americanhiking.org/resources/health-benefits-of-hiking/. Diakses pada Disember 20, 2023.

Versi Terbaru

21/12/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tak Perlu Minuman Isotonik, Ini Manfaat Minum Air Kelapa Selepas Bersukan!

Selain Larian Dan Sukan Lompat, Ini 9 Faktor Lain Boleh Buat Tulang Kaki Anda Retak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan