Kata hati dalaman ini mungkin memberitahu anda bahawa anda seorang yang tidak berguna, tidak bernilai atau tidak mempunyai bakat.
Oleh sebab itu, apabila seseorang menghina orang lain di hadapan orang ramai, ia boleh menyebabkan kecenderungan atau risiko berlakunya gangguan emosi atau tekanan mental kepada individu yang menerima kritikan tersebut.
Antaranya ialah seperti kemurungan, kegelisahan, kebimbangan melampau yang kemudiannya membawa kepada keadaan PTSD (post traumatic disorder).

Jika ia keterlaluan, ia boleh mendorong individu yang dihina itu untuk melakukan perkara-perkara yang membahayakan diri atau luar jangka seperti mencederakan atau membunuh diri.
Selain itu, penghinaan awam ini juga boleh menyebabkan seseorang itu kurang keyakinan diri dan tidak lagi bersemangat dalam melakukan sesuatu.
Bahkan, perkara yang sering membuatkan dirinya teruja juga tidak lagi menarik perhatiannya.
Oleh sebab itu, menegur jangan sampai menghina orang lain kerana ia jelas boleh membunuh karakter seseorang individu.
Latih diri bersifat empati
Buat mereka yang sering atau cenderung bersifat memalukan orang lain, anda perlu melatih diri untuk bersifat empati terhadap orang lain.
Letakkan posisi diri anda dalam situasi individu lain dan cuba fahami atau rasakan apa yang dirasakan oleh orang lain selama ini.
Empati boleh melatih diri anda untuk lebih bertimbang rasa atau memikirkan perasaan orang lain sebelum anda melakukan sesuatu yang mungkin boleh menyakiti mereka.
Menegur jangan sampai menghina
Teguran merupakan salah satu proses yang diperlukan dalam pembelajaran. Namun, ia bukanlah lesen untuk seseorang itu menengking, mengherdik, menghina, atau memalukan orang lain kerana ia bukanlah satu proses pembelajaran yang positif.
Menghina bukanlah satu-satunya cara atau jalan untuk mendidik atau menegur seseorang.
Kata kata nasihat yang baik dan berhikmah juga boleh merangsang potensi seseorang untuk pergi lebih jauh atau menjadi lebih bagus. Perlu diingat, maruah diri setiap manusia perlu dijaga seperti mana anda menjaga maruah diri anda sendiri.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen