backup og meta

Badan Si Kecil Tiba-tiba Panas? Ibu, Cuba 5 Cara Ini Turunkan Suhu Badan Anak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 hari lalu

    Badan Si Kecil Tiba-tiba Panas? Ibu, Cuba 5 Cara Ini Turunkan Suhu Badan Anak!

    Apabila meletakkan tangan pada dahi anak dan ia terasa hangat, tentunya anda akan berasa bimbang. Pun begitu jika anda mencuba cara turunkan suhu badan anak yang dikongsikan ini, pastinya si kecil akan lebih selesa. Bila perlu ke hospital jika anak demam? Kenapa bila demam badan terasa sejuk?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Anak demam

    Sebelum mengetahui cara menurunkan panas badan anak, ayuh kita fahami secara ringkas mengenai demam ini.

    Demam adalah peningkatan suhu badan melebihi paras normal. Suhu badan biasanya paling rendah pada waktu pagi dan meningkat sepanjang hari.

    Suhu badan setiap individu adalah berbeza. Sukar memberikan suhu tepat sebagai petanda demam. Pun begitu, kebanyakan doktor bersetuju bahawa individu demam adalah apabila suhu mencecah 38˚C atau lebih tinggi.

    Demam boleh menunjukkan badan sedang melawan jangkitan virus atau bakteria. Ia juga boleh berlaku selepas suntikan vaksin, berada dalam persekitaran terlalu panas atau mengalami selaran matahari yang teruk.

    cara turunkan suhu badan anak
    Periksa suhu badan anak secara berkala.

    Cara turunkan suhu badan anak

    Biasanya demam tidak perlu dirawat melainkan anak menunjukkan tanda tidak selesa. Namun anda boleh membantu mengatasinya dengan:

    Pakaian sesuai

    Apabila anak panas dalam badan, berikan mereka pakaian yang nipis. Elakkan pakaian tebal yang boleh memerangkap haba badan dan meningkatkan suhu.

    Tanggalkan pakaian yang boleh menyebabkan anak tidak selesa. Sebaiknya pilihlah material ringan.

    Cara turunkan suhu badan anak #Berikan cecair tambahan

    Pastikan anak mengambil air secukupnya.

    • Bawah usia 1 tahun: Teruskan penyusuan susu badan seperti biasa
    • 1 tahun ke atas: Tawarkan air tambahan untuk diminum seperti air, jus buah-buahan dan popsicle
    cara turunkan suhu badan anak
    Pastikan anak banyak minum air.

    Anak mungkin tidak berselera untuk makan, jadi tawarkan makanan lembut dengan kerap dalam kuantiti yang kecil. 

    Mandi

    Merupakan antara cara menurunkan panas badan anak yang boleh dicuba. Lakukan mandian span atau biarkan anak berendam seketika di dalam tab mandi.  

    Air hendaklah suam, tidak terlalu panas atau sejuk. Anda juga boleh menggunakan kain bersih yang direndam air suam untuk menyapu badan anak.

    Jangan biarkan anak menggigil kerana air sejuk. Ia boleh meningkatkan suhu badan. Elakkan juga untuk meninggalkan anak tanpa pengawasan dalam tab mandi.

    Pemberian ubat sebagai cara turunkan suhu badan anak

    Jika anda memutuskan untuk memberikan ubat selesema, berundinglah dengan pakar pediatrik untuk menentukan jenis ubat yang bersesuaian.

  • Acetaminophen boleh digunakan pada anak yang berumur 2 bulan ke atas
  • Ibuprofen boleh diberikan kepada anak berusia 6 bulan ke atas
  • Menurut Food and Drug Administration (FDA), kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak boleh diberikan sebarang produk ubat batuk atau selesema yang mengandungi dekongestan atau antihistamin.

    Malah, anak berusia 2 tahun ke atas juga harus berhati-hati untuk diberikan ubat yang mengandungi dekongestan atau antihistamin.

    Manakala bagi anak di bawah usia 4 tahun, mereka tidak boleh diberikan gabungan ubat batuk dan selesema. Ini kerana kesan sampingannya boleh menjadi serius dan mungkin mengancam nyawa.

    Sekiranya anak mengalami muntah-muntah dan/atau mengalami cirit-birit, tanyakan kepada doktor sama ada perlu diberikan larutan elektrolit oral (oral rehydration solution).

    Rehat secukupnya

    Benarkan anak berehat. Dalam kebanyakan kes, anda tidak seharusnya membangunkan anak yang sedang tidur untuk memberi ubat demam sebagai cara turunkan suhu badan anak.

    Elakkan cara menurunkan panas badan anak ini

    Berikut antara perkara yang harus anda hindari:

    • Jangan sekali-kali memberikan anak aspirin. Ia boleh menyebabkan keadaan serius dipanggil sindrom Reye, yang boleh membawa maut
    • Jangan berikan anak mandian sejuk berais
    • Walaupun anak menggigil, usah menyelubung mereka dengan selimut atau pakaian tebal
    cara turunkan suhu badan anak
    Jenis ubat batuk yang tidak sesuai untuk anak.

    Peringatan!

    Jika demam anak berterusan, anda disarankan membawa mereka untuk pemeriksaan doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 hari lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan