backup og meta

Bila Waktu Sesuai Minum Minyak Kelapa Dara? Pagi, Petang Atau Malam?

Bila Waktu Sesuai Minum Minyak Kelapa Dara? Pagi, Petang Atau Malam?

Pernahkah anda dengar mengenai khasiat minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara merupakan salah satu minyak yang paling sihat di dunia. Ramai yang ingin mengamalkan minyak ini dalam kehidupan seharian, namun apakah waktu sesuai minum minyak kelapa dara?

Berapa bulan boleh minum minyak kelapa dara? Apa khasiat minyak kelapa dara? Apakah minyak kelapa dara terbaik?

Minyak kelapa dara diperbuat daripada buah zaitun yang kaya dengan asid lemak yang sihat. Selain minyak kelapa dara, ada juga minyak zaitun lain yang dijual di pasaran.

Walau bagaimanapun, minyak kelapa dara mempunyai khasiat yang paling besar berbanding jenis yang lain.

Jika anda ingin tahu waktu sesuai minum minyak kelapa dara serta khasiatnya pada badan, anda berada di tempat yang betul! Jom, teruskan pembacaan anda dan ikuti kupasan lanjut kami dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Waktu sesuai minum minyak kelapa dara

waktu sesuai minum minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara biasanya lebih jernih.

Berapa bulan boleh minum minyak kelapa dara? Apa khasiat minyak kelapa dara? Apakah minyak kelapa dara terbaik?

Tidak dinafikan, minyak kelapa dara mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Malah, ramai orang yang mengamalkannya untuk kekal sihat dan menurunkan berat badan.

Minyak kelapa dara juga banyak digunakan dalam masakan kerana khasiatnya yang amat besar untuk kesihatan jantung.

Namun, minyak kelapa dara mempunyai lebih banyak kebaikan, bukannya setakat melindungi jantung sahaja.

Malah, lebih ramai pengguna yang kini lebih bijak dalam membeli-belah. Mereka juga memilih minyak kelapa dara kerana yakin dengan khasiatnya untuk kesihatan.

Tetapi, apakah waktu sesuai minum minyak kelapa dara?

Mengikut kajian, minyak kelapa dara amat bagus diambil pada waktu pagi. Kita digalakkan untuk mengambil sebanyak 50 ml setiap hari.

Tetapi, 50 ml merupakan satu jumlah yang agak banyak. Jadi, mungkin sukar untuk kita ‘meneguk’ minyak kelapa dara setiap pagi dengan perut kosong.

Sebenarnya, 15 ml sudah mencukupi sebagai makanan tambahan setiap hari.

Disebabkan manfaat minyak kelapa dara yang pelbagai, ia selalunya digunakan di dalam masakan. Namun, mengambilnya secara mentah lebih sihat.

Untuk memudahkan pengambilan minyak kelapa dara, cuba tambahkan perahan jus lemon supaya ia lebih mudah untuk ditelan. Pada masa yang sama, jus lemon juga boleh menguatkan sistem tubuh badan anda!

Sudah tahu waktu sesuai minum minyak kelapa dara, ini 5 khasiat lain minyak kelapa dara

Apa lagi khasiat minyak kelapa dara?

Selain khasiat yang diceritakan di atas, ada banyak lagi kebaikan minyak kelapa dara terhadap kesihatan kita. Antaranya ialah:

1. Minyak kelapa dara kaya dengan antioksidan

Berbanding dengan minyak zaitun biasa, minyak kelapa dara kaya dengan antioksidan dan lemak yang sihat.

Malah, ia juga mengandungi hampir 30 kompaun berbeza yang dapat membantu melindungi badan daripada radikal bebas. Radikal bebas merupakan molekul yang menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan penyakit.

Komposisi lemak di dalam minyak kelapa dara merupakan rahsia khasiatnya yang pelbagai. 75% daripadanya merupakan lemak mono tidak tepu, sejenis lemak sihat yang menjadi asas utama dalam diet Mediterranean.

Kajian menunjukkan, pengambilan lemak mono tidak tepu boleh mengelakkan penyakit kardiovaskular seperti:

  • sakit jantung
  • strok

Malah, minyak kelapa dara juga boleh mengurangkan inflamasi, tekanan darah, tahap kolesterol dan juga gula dalam darah.

2. Jika tahu waktu sesuai minum minyak kelapa dara, boleh dapat khasiat untuk jantung

Penyakit jantung merupakan punca kematian utama di seluruh dunia.

Namun, apa yang menarik, negara yang mempunyai kadar kematian akibat sakit jantung yang terendah didapati mengambil minyak kelapa dara setiap hari dalam masakan mereka.

Sebuah kajian besar-besaran mendapati individu yang banyak mengambil minyak kelapa dara mempunyai risiko sakit jantung sebanyak 9% lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

Manakan tidak, minyak kelapa dara mengandungi bahan yang dapat merendahkan tekanan darah dan mencegah aterosklerosis.

3. Mungkin dapat melindungi diri daripada strok

waktu sesuai minum minyak kelapa dara
Ia sesuai diambil dengan diet Mediterranean seperti buah zaitun.

Selepas penyakit jantung, strok merupakan pembunuh kedua di dunia. Ia berkait rapat dengan penyakit jantung dan berkongsi banyak faktor risiko, seperti kolesterol dan tekanan darah yang tinggi.

Sebuah kajian yang dijalankan di Perancis telah membandingkan penggunaan minyak kelapa dara dan strok. Individu yang mengambil lebih banyak minyak kelapa dara mempunyai 41% risiko strok yang lebih rendah.

4. Dapat merendahkan risiko diabetes jenis 2

Kompaun fenolik di dalam minyak kelapa dara didapati dapat meningkatkan keberkesanan insulin dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2.

Malah, khasiatnya juga akan bertambah jika pesakit menggabungkan minyak kelapa dara dengan diet Mediterranean. Satu kajian menunjukkan individu yang mengalamalkan diet ini mempunyai pengurangan risiko sebanyak 50%.

5. Tukar minyak sedia ada dengan minyak kelapa dara

waktu sesuai minum minyak kelapa dara
Jenis-jenis minyak masak.

Ada banyak minyak masak yang dijual di pasaran. Namun, tidak ada satupun yang boleh menandingi kebaikan yang ada pada minyak kelapa dara, lebih-lebih lagi dari segi profil lemak sihatnya.

Walau bagaimanapun, minyak ini tidak sesuai untuk tujuan menggoreng. Namun, jika ia dimasak bersama sayur-sayuran, minyak kelapa dara boleh menyerlahkan lagi rasa masakan.

Fakta

Ia juga amat bermanfaat untuk kesihatan disebabkan kandungan antioksidan dan lemak mono tidak tepunya yang tinggi.

Jadi, anda sudah tahu waktu sesuai minum minyak kelapa dara, kan?

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 11 Health Benefits of Extra Virgin Olive Oil That You Can’t Ignore. https://olivewellnessinstitute.org/article/11-health-benefits-of-extra-virgin-olive-oil-that-you-cant-ignore/. Accessed on 4 Feb, 2022.
  2. Grades of Olive Oil. https://www.ams.usda.gov/grades-standards/olive-oil-and-olive-pomace-oil-grades-and-standards. Accessed on 4 Feb, 2022.
  3. Is extra virgin olive oil extra healthy? https://www.health.harvard.edu/nutrition/is-extra-virgin-olive-oil-extra-healthy. Accessed on 4 Feb, 2022.
  4. Definition of olive oil. https://www.internationaloliveoil.org/olive-world/olive-oil/. Accessed on 4 Feb, 2022.
  5. Why should I choose olive oil over other types of fat? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/food-and-nutrition/faq-20058439. Accessed on 4 Feb, 2022.
  6. Virgin Olive Oil and Health: Summary of the III International Conference on Virgin Olive Oil and Health Consensus Report, JAEN (Spain) 2018. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6770785/. Accessed on 4 Feb, 2022.

Versi Terbaru

16/05/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Kurus Tapi Tak Tahu Mahu Makan Apa? Ini Dia Contoh Menu Diet 7 Hari!

Jika Mahu Turunkan Berat Badan, Ambil 8 Jenis Makanan Diet Untuk Kurus Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 16/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan