backup og meta

7 Jenis Minyak Masak Yang Sesuai Dan Sihat, Khas Buat Pesakit Kencing Manis!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/05/2022

    7 Jenis Minyak Masak Yang Sesuai Dan Sihat, Khas Buat Pesakit Kencing Manis!

    Umum mengetahui bahawa pesakit kencing manis perlu lebih waspada dengan setiap makanan dan minuman yang diambil. Begitu juga dengan jenis minyak masak!

    Ini kerana minyak masak yang anda gunakan ketika memasak itu juga mungkin akan memberi kesan terhadap tahap kesihatan lebih-lebih lagi jika anda ada diabetes.

    Persoalannya, apakah antara jenis minyak masak yang sesuai dan sihat khas buat pesakit diabetes? Jom teruskan membaca artikel ini dengan lebih mendalam lagi.

    Jenis minyak masak & diabetes

    Dietary Guidelines for Americans 2015 – 2020 menyarankan agar 20% ke 35% keperluan kalori seharian perlu hadir dari lemak, jadi minyak masak adalah antaranya.

    Pun begitu, anda juga perlu tahu bahawa kebanyakan minyak masak dalam pasaran kini tinggi lemak tepu yang ternyata tidak bagus terutamanya buat pesakit diabetes.

    Kandungan lemak tepu yang tinggi ini bukan sahaja berisiko meningkatkan kadar kolesterol dalam badan malahan juga menaikkan kadar gula dalam darah individu.

    Disebabkan itu, adalah penting buat anda yang ada kencing manis untuk memilih dan membeli jenis minyak masak terbaik agar tahap kesihatan anda terjamin.

    jenis minyak masak

    Jenis minyak masak yang terbaik

    Walaupun ia tidak disarankan, penderita diabetes masih boleh menikmati makanan bergoreng dengan syarat anda menggunakan minyak masak seperti berikut:

    #1. Minyak Avokado

    Mengejutkan, minyak avokado ini masih tidak popular sedangkan ia kaya dengan asid oleik yang sangat bagus untuk meregulasikan kadar gula dalam darah anda.

    Bukan hanya itu, ia juga kaya dengan asid lemak omega 3 yang mampu menurunkan kadar glukosa di samping mengurangkan risiko penyakit arteri koronari.

    Kandungan lutein dan vitamin E yang wujud di dalamnya pula mampu untuk menjadi antioksidan yang sangat bagus buat kesihatan kulit serta rambut anda.

    #2. Minyak Zaitun

    Menurut kajian Sapienza University di Itali, masakan yang dimasak dengan minyak ini hanya akan meningkatkan kadar glukosa paling sedikit berbanding minyak lain.

    Bukan itu sahaja, ia turut dipercayai mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan sekali gus menjadikan ia minyak masak yang bagus jika individu ada menghidap diabetes.

    Selain itu juga, minyak zaitun turut mendatangkan manfaat lain seperti meningkatkan sistem penghadaman serta bagus buat kesihatan otak dan mental.

    jenis minyak masak

    #3. Minyak Kanola

    Menurut kajian Dr. David Jenkins dari Kanada, masakan yang dimasak dengan minyak ini berupaya menurunkan kadar gula dalam darah pesakit diabetes.

    Dalam pada itu, minyak kanola yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan omega-6 ini mampu menurunkan konsentrasi trigliserida – punca masalah jantung.

    Minyak ini juga mengandungi kadar lemak tepu yang paling sedikit dengan 7% jika hendak dibandingkan dengan pelbagai jenis minyak masak yang lain.

    Jenis minyak masak #4. Kacang Macadamia

    Minyak ini kaya dengan lemak mono tidak tepu yang diyakini sangat bagus dalam usaha menurunkan faktor risiko yang berkaitan dengan sindrom metabolik.

    Sindrom ini meliputi faktor risiko seperti tinggi kadar gula dalam darah serta kadar kolesterol dalam badan yang meningkatkan risiko diabetes dan penyakit lain.

    Ia juga padat dengan antioksidan dan flavonoid berbanding minyak kacang jenis lain yang mampu meneutralkan radikal bebas yang boleh jadi punca kondisi diabetes.

    jenis minyak masak

    #5. Minyak Sapi

    Walaupun ia adalah antara minyak masak yang terkandung lemak tepu, namun penggunaannya dalam kadar ideal masih boleh dikatakan bagus buat pesakit diabetes.

    Pakar Nutrisi Shilpa Arora mengatakan bahawa beras yang dimasak bersama minyak ini mampu membantu pesakit kencing manis menguraikan gula daripada nasi.

    Apabila ditambah pada makanan tinggi glisemik pula, ia dipercayai mampu mengurangkan impak karbohidrat terhadap darah lantas menstabilkan kadar glukosa.

    Jenis minyak masak #6. Bunga Matahari

    Minyak masak ini adalah tinggi dengan asid oleik yang sangat bagus dalam usaha mengekalkan tahap kolesterol lantas mengelakkan penyakit kardiovaskular.

    Selain itu, minyak masak bunga matahari juga kaya dengan vitamin A dan E yang mampu meningkatkan kesihatan kulit serta sistem imun tubuh badan.

    Jenis minyak masak #7. Bunga Saff

    Minyak masak ini dipercayai tidak menghasilkan radikal bebas selain mampu mengurangkan kolesterol LDL (buruk) dan meningkatkan kolesterol HDL (baik).

    Kajian terbaharu terbitan Clinical Nutrition juga menyatakan bahawa penggunaan minyak ini dalam masakan mampu menstabilkan kadar gula dalam darah.

    Kesimpulannya, jika mampu, pilihlah minyak masak yang terbaik mengikut keadaan kesihatan anda.

    Namun, untuk lebih kepastian, anda amat disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum membuat pilihan minyak masak mana yang terbaik buat anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan